DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Hari nie ntah naper gua rasa gua dah buat satu perkara paling penting dalam hidup gua iaitu menjauhi seseorang yang gua takut akan mengubah gua dan membawa gua terjerumus dalam situasi yang amat genting.. Mungkin salah gua jugak, selalu melayan dan akhirnya memberi harapan yang tinggi pada dirinya.. ntahlah, kalo gua yg bersalah, gua mintak maaf tp jgnlah libatkan org lain dalam perkara ini.. Hal ini antara gua dan kamu!! Saper? Hahahaha. Biarlah rahsia.. Harap akan terus bersahabat walau tiada ikatan yg kukuh terjalin..

Berdasarkan apa yg gua sedang alami nie, rasanya gua dpt idea apa yg gua nak tulis kat dlm blog nie tok pedoman mereka yg di luar sana.. Antara cinta dan keluarga.. Mana korang akan pilih jika korang perlu memilih salah satu daripada dua itu? Mungkin ramai yg akan memilih keluarga, tetapi adakah benar org yg akan memilih keluarga itu benar2 memilihnya atau mereka lebih mahukan cinta dalam kehidupan mereka? Erm... Pikir2... Mcm yg pernah gua katakan dulu, cinta itu subjektif.. dan cinta itu adalah anugerah kepada seluruh insan dan makhluk di dunia ini terutamanya yg bergelar manusia..

Tp kdg2 kita diberi pilihan untuk memilih sama ada mahu bersama2 cinta tersebut atau perlu memilih keluarga.. kerana kdgkala cinta tersebut terhalang dek kerana campur tangan daripada keluarga.. Pasal faktor yg menghalang hubungan cinta itu byk jugalah tetapi itu korang boleh pikir sendiri lebih2 lagi yg melibatkan halangan oleh keluarga. adakalanya keluarga tak suka pilihan hati kita kerana erm... mcm2lah... ada juga keluarga menghalang kerana faktor keturunan dan status serta cinta antara 2 benua...
Sekiranya korang diberi situasi menyintai seseorang daripada negara lain selain negara korang dan seterusnya orang yg korang cintai itu lebih tua dan tersangat jauh jarak usianya daripada korang, adakah keluarga korang boleh menerimanya? Adakah korang sanggup untuk kawen lari dengannya semata-mata kerana cinta dan membelakangkan ahli keluarga dalam masalah ini.. Amat rumit sebenarnya.. Apabila kita harus memilih jalan yang penuh dilema.... Ada yang akan kata "SANGGUP" untuk mengikut pasangan mereka atas dasar cinta dan meninggalkan keluarga dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya..

Tetapi adakah rumahtangga yg dibina akan berkekalan apabila mereka tidak mendapat restu daripada ahli keluarga terutama kedua org tua mereka? Banyak yg kita lihat apabila ada anak gadis terpampang di muka surat khabar yg mereka derita di negara org dek kerana mengikut nafsu cinta itu dan akhirnya keluarga juga yg di cari setelah mereka derita di negara lain.. Ada pula yg "SANGGUP" melepaskan cinta kerana mahu bersama-sama dengan keluarga dan mereka ini juga mungkin akan berdepan dengan dilema dan rasa yang tidak enak kerana perasaan yang tidak tenteram keran meninggalkan pasangan yg mereka cintai..

Kesimpulannya, nak pilih cinta atau keluarga, masing-masing ada kekurangannya..... Apa yg perlu dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian agar kita boleh memilih kedua-duanya sekali... Kalo masih tak dpt jln penyelesaiannya.. Erm... Entahlah.. Gua pon tak tau nak ckp mcm maner... Tapi kalo pilih jawapan gua, gua akan pilih keluargalah coz cinta bila2 boleh muncul (walaupun kdg2 cinta itu hadir sekali sahaja dalam hidup)... So, kepada cinta itu.. maaflah.. bukan sebab kita berbeza warganegara mahupun usia tetapi kita perlu memilih jalan kehidupan kita sendiri yg lebih sempurna.. Apapon... Gud Luck la kat korang yg ada masalah serupa (iaitu bercinta dengan org dari negara laen dan usia yg lebih tua dr korang)...

P/S: Tak sanggup tinggalkan Malaysia kerana seorang gadis seberang.......

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com 57 Jenis Senarai Biasiswa Malaysia 2012 | Biasiswa JPA | Biasiswa Mara | Biasiswa Petronas Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jom Berbual