DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Salam Satu Malaysia,

Malam nie gua tetibe rasa nak post something kat blog gua yang tercinta ini.. Beberapa hari lepas gua tak sengaja ter"google" nama blog gua nie... Skali adalah beberapa blog yang komen pasal blog gua nie.. Tak sangka, ada juga orang yang perasan kat blog gua nie.. TQ bebanyak diucapkan.. Apa gua paling bangga, ada daripada mereka adalah daripada negara luar.. Wow! Impress giler2..

See, dalam gua bersedih dan sakit hati dengan Bajet 2013 baru2 nie, masih ada yang gua boleh banggakan.. Ada kemajuan jugak yang gua lakukan dalam melayari bahtera sebagai blogger nie.. Gua bukan apa, gua tak harapkan benda yang terlalu tinggi dalam hidup gua.. Ibarat jika diberi pilihan antara ikan dan joran, gua lebih rela memilih joran.. Ya, gua bole gunakan joran untuk tangkap berapa banyak ikan yang gua mahu.. Seberapa kerap yang gua inginkan.. Tapi jika memilih ikan?? Ikan jika dimakan akan terus habis.. Lepas tu, takkan korang nak jampi tulang ikan tu pastu tanam tulang ikan tu dan berharap agar tulang ikan tu tumbuh jadi pokok epal atau limau kan?? Kemon la.. Ni bukan zaman Bawang Putih Bawang Merah ok.. Apa pulak la yang gua melalut pasal ikan ngan joran nie? Ha.. korang bole gunakan otak kiri korang untuk berfikir.. Renung-renungkan!!
Stop citer pasal Bajet 2013, tadi gua baru je tengok program feveret gua yang terkini iaitu MasterChef Malaysia di mana peserta tadi diuji untuk ujian kemahiran dalam mengenalpasti jenis2 rempah.. Gua tergelak giler bila peserta tak tahu pon jenis rempah tu padahal gua dengan selamba berkata, "tengok kat TV pon aku dah tau yang tu serbuk kari".. tetiba gua bermuhasabah diri sejenak.. Otak gua mula flash back kisah gua kecik2 dulu.. Ada kisah di sebalik cerita ni..
Dulu gua sangat2 naif.. Time kecik2 dulu, gua tak bole bezakan mana satu bihun dengan suhun.. Ada satu hari kakak ipar gua soh gua belikan bihun pasal dia nak masak bihun goreng.. Gua pegi ke kedai.. Dulu kedai kampung tak macam sekarang.. Semua dah siap packing dan ada tulis yang ini apa dan apa.. Dulu kedai kat kampung gua masih guna timbang kilo.. Tuan kedai pon satu hal, tak letak pula tanda nama.. Gua pon dengan keyakinan yang tingginya terus amek suhun tanpa menge"chek" terlebih dulu dengan tokey kedai.. Dah tak pasal2 gua kene.. Sekarang, kalo gua ke kedai, tanpa ada tanda nama pon gua sudah arif mana satu bihun dan mana satu suhun.. Gua terfikir, bukan ke ini satu kemajuan dalam hidup gua?? Korang nak gelak, gelak la.. Kalo gua soh lu pilih mana satu jintan manis mana satu jintan putih mesti lu orang konfius sekarang lagi2 jenis yang memang kaki makan free ngan makan kedai je..
Rupanya dah 25 tahun gua hidup dalam dunia nie.. Gua tetiba paksa otak gua teringat kembali zaman gua dulu-dulu dengan apa yang gua lakukan sekarang.. Dalam tempoh 25 tahun gua hidup, banyak perkembangan yang telah gua lakukan.. Banyak kemajuan sebenarnya yang kita tak pernah nak bagi anugerah pada diri sendiri tentang segala pencapaian dan kemajuan yang telah dilakukan.. Gua masih ingat time gua sekolah rendah, gua nie memang jenis yang tak banyak cakap, asik kene buli je.. Apa pekembangan yang berlaku kat sekolah, gua senyap je.. Takut nak libatkan diri.. Lagipon dulu cikgu2 gua tak pandang langsung kat gua pasal masa gua darjah satu sampai tiga, gua duduk kelas budak pandai.. Konon-konon pandai la gua nie.. So, banyak la kawan2 gua yang IQ diorang lebih tinggi dari gua.. Lagipon mana ada orang suka dengan budak GEMOK!!
Time gua dulu ada satu peperiksaan kalo x silap gua PTS (Penilaian Tahap Satu).. Time nie result gua hancuss.. Masa akhir tahun darjah tiga tue, cikgu gua buat rombakan iaitu penukaran kelas.. Oleh kerana result gua yang suam2 masin air laut tu, gua kene tukar kelas yang kurang pandai.. Rasa sedih giler tapi tu la permulaan bagi gua.. Bila budak pandai masuk kelas yang kurang pandai, masa tu la segalanya bermula.. Gua dah start melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sekolah, jadi wakil kelas dan bertanding dengan member2 gua yang poyo2 dulu dan gua akhirnya berjaya mendapat NO 1 dalam kelas.. Lebih bangga lagi masa majlis anugerah kecemerlangan, gua dapat hadiah mata pelajaran terbaik... Banyak pencapaian gua dapat bila gua tukar kelas.. Gua masuk acara mendeklamasikan sajak sempena hari kemerdekaan.. Dan gua menang!! Bukan ke ini satu kemajuan walaupun terpaksa melepaskan diri dari kelompok manusia-manusia hebat.. (konon-konon la..)
Masuk sekolah menengah, gua masih ingat lagi masa gua tingkatan satu dengan dua, masa tu gua kelas sesi  petang.. Bapak gua dulu keje bawak lori.. Jadi dia memang lambat balik rumah.. Apa yang gua bole buat adalah dengan berjalan kaki ke sekolah.. Korang penah rasa x cmaner berjalan tengahari panas terik (kadang2 hujan).. Letih woo... Malu pon ada.. Sekolah menengah gua bukan dekat.. Member2 kampung mungkin tau kedudukan rumah gua dengan sekolah cmane kan? Tuhan je la tau.. So, gua terpaksa berjalan kaki ke sekolah semata-mata untuk belajar.. Kalo ada orang yang sudi tumpangkan gua, bagus la.. Tapi sape la nak tumpangkan budak GEMOK!! Start dari tu gua belajar bawak moto.. Gua cilok moto Yamaha SS abang sulung gua.. Gua gunakan untuk ujikaji.. Gua cuba2 bawak.. Dari naek bukit sampai sekarang gua dah terer bawak moto.. Masuk tingkatan 3, gua dah kelas pagi.. Masa tu gua dah start bawak moto ke sekolah.. Yeah, dah tak payah jalan kaki lagi.. Jadinya, bukan ke ni juga satu kemajuan?? Walaupon takde lesen moto time tu.. (agak2 la umur 15 tahun lagi kot)..
Masuk alam universiti, gua sekali lagi terbang sayap gua keluar dari kampung halaman gua.. Sebelom ni gua cuma budak kampung yang tak pernah kenal dunia luar.. Bila masuk UiTM, gua belajar untuk hidup berseorangan.. Gua hadapi dunia luar yang asing bagi gua.. Gua bukan lagi seekor katak dalam tempurung tapi gua adalah helang yang terbang tinggi di awan.. Bukan ke itu juga sebagai kemajuan? Time kat universiti, gua tak libatkan diri dah dalam mana2 aktiviti.. Satu je benda yang gua suka buat bila member2 ajak pegi lepak.. Masa tu gua rasa dah betol2 keluar dari diri gua sebenar.. Gua bukan lagi Don yang orang kenal suka duduk rumah, tak bergaul dengan orang.. Bukan ke itu juga dikira kemajuan kepada diri sendiri?
Bila dah bekerja, semakin tinggi gua naek.. Kini gua bukan lagi seorang yang selalu dibuli... Gua kini adalah pegawai bank.. Dulu apa yang kita nak hanya mampu pandang dan telan air liur saja.. Dulu nak beli kereta "desh" (ntah ape nama kete mainan tu pon aku x ingat) pon sampai simpan duit poket nak beli.. Kini dah ada kereta sebenar.. Kemajuan kan?? Dulu time Form 6 mampu guna henpon 3310 je.. Masuk UiTM upgrade sikit pakai henpon yang ada kamera, bole dengar lagu.. Sekarang bila dah keje, dah mampu pegang iPhone 4S.. Bukan ke ianya satu kemajuan dalam hidup??
"Ya Allah, malam ini baru aku sedar.. Banyak betul kebaikan dan rahmat yang telah engkau berikan kepadaku.. Syukur kepada-Mu Ya Allah"

Dalam kehidupan, baru gua sedar jika inginkan kemajuan, capailah kemajuan dalam diri sendiri sebelum melihat lebih jauh kemajuan yang korang inginkan daripada orang lain.. Usah tanya apa bakti yang telah disumbangkan kepada korang tetapi lihatlah apa sumbangan korang kepada orang lain.. So, lepas nie gua nak lupakan segala yang gua tak dapat daripada kerajaan untuk gua.. Gua bukan budak gomen nak dapat bonus tiap2 tahun.. Bukan jugak layak dapat RM250.. Apa yang gua nak buat sekarang adalah capai kemajuan untuk diri gua dan gua nak senangkan orang-orang disekeliling gua.. Gua mungkin GEMOK pada pandangan luaran tapi gua percaya GEMOK gua adalah GEMOK yang "BERISI"..
Ok la.. Selamat Malam.....

P/S: Usah Mengungkit Tapi Membangkit (Sudah-Sudahlah Don.. Nanti orang kata ko tak bersyukur pula!!)



Don Dale (1/10/2012 : 1.09A.M)

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan