DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Salam Ramadhan,


Hari nie dah masuk hari ke-2 berpuasa.. Alhamdullilah, gua dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam berpuasa walaupon banyak sangat dugaan yang mendatang.. Apa gua nak membebel bila bulan pose nie?? Nak mencarut tak bole kan?? Kene la hormati bulan pose yang mulia nie.. So, apa kata kalo gua dan korang tambah ilmu pengetahuan dan gua tetibe teringat kat seorang nie yang bila time pose mesti nama die sangat popular.. Saper??

Mesti korang kenal Yusuf Taiyoob? Bila dengar je nama tue, mesti korang ingat kurma kan? Ye la.. Nama Yusuf Taiyoob dan kurma memang tak dapat dipisahkan.. Dulu gua ingat Yusuf Taiyoob nie sekadar jenama kurma ataupon usahawan dari negara Arab tapi rupanya beliau adalah anak kelahiran Pulau Pinang atau dengan erti kata laen orang Malaysia beb!! Pergh!! Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa, Kurma Madu Yuta dan banyak lagi la... Oklah.. Ape kata korang sama gua lihat serba sedikit tentang latar belakang insan istimewa bernama Datuk Yusuf Taiyoob ini.. Jom!!

PROFIL

NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 50 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

INFO

- Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988)

- Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma

- Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei

INFO KURMA

- Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L

- Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia

- Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa

- Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa

- Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan

- Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan

- Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak

- Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C

“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.


“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

Ehsan: Metro Ahad

P/S: Kisah Yusuf Taiyoob nie memperlihatkan yang kejayaan akan datang hasil pengalaman daripada kegagalan..


Selamat Malam buat Pembaca Don Diaries Sekalian,


Malam nie gua sedang berlapor.. Pasal gua sedang berdiet.. Pasal apa gua berdiet?? Pasal gua rasa kaki gua nie dah tak mampu menampung berat badan gua yang dah berlapis-lapis nie.. Gua bukan lagi harus tapi wajib kuruskan badan gua kalo gua nak terus hidup lama lagi......

Dah bermacam-macam cara gua gunakan untuk diet.. Dekat beribu gua habis beli ubat itu ubat ini yang mana mata gua telah dikaburi oleh mamat-mamat dan awek-awek cun yang telah berjaya menguruskan badan mereka.. Seyes, gua nie memang mudah tertipu rasanya... Hahahahahaha... Gua rasa apa yang paling penting dalam berdiet nie adalah disiplin yang kuat!! Ya... Mana taknya, mula-mula diet.. Selang 2-3 bulan lagi back to habit asal....... Memang taklah nak kurus kalo gitu!! ye x... Kalo gua dapat tahan daripada nafsu makan-makan nie gua rasa boleh je nak kurangkan 50kg dalam masa 3 bulan... Hahahahahaha.. Gua tak kira!! Kalo Aizat boleh kurus.. Takkan gua tak boleh.. Ya!! Hidup Orang KURUS!! Hahahhhaha...


Actually, ada sebab why gua nak kurus.. Pasal ia ada kaitan dengan keyakinan diri.. Gua punya confidence very low... Ya!! Gua malu... Kalo gua menulis memang gua tak malu pasal tak der orang tengok muka gua.. Tapi bila gua berhadapan dengan orang, pergh!! Kadang2 gua nak gi interview pon gua segan pasal tubuh badan gua!!

Jadinya diet itu penting... Kalo ada orang kata nak senang bukan senang, nak susah bukan susah... Kali nie gua amek kata-kata orang tue jadi kalo nak kurus bukan senang, kalo nak gemok bukan susah........ Hahaha... Ape susah nak gemok... Gua boleh tunjukkan!! Hahaha....


Bulan pose pon dah nak dekat.. Jadinya gua rasa gua boleh capai matlamat gua untuk kurus sebelum gua bercuti ke Brisbane......... Hahahahahha.. Gua tak nak nampak buruk depan mata mat saleh....... mestilah gua nak tunjuk yang orang Malaysia pon comel-comel jugak.. Mane tau tetibe terpaut sorang dua kat sana....... Meletoppss!!

Oklah.. pada yang sama-sama berdiet.. Jom kita berdiet.. Jadikan hidup kita nyah dari makanan berminyak, nasi, dan segala yang mengemokkan!! Jom makan kekacang dan minum air banyak2....


P/S: Teringat Nasi Lemak Village....... Ayamnya... Wau!!! Meletoppss!!!!

Top Sponsor

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com 57 Jenis Senarai Biasiswa Malaysia 2012 | Biasiswa JPA | Biasiswa Mara | Biasiswa Petronas Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jom Berbual