DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Hari nie aku masih lagi dalam mood bercuti... Ye la.. Jual cendol pon mestilah kene cuti gak... Lagi-lagi sekarang nie musim hujan yang tak menentu.. Kadang-kadang separuh cendol pon x laku.. Tak macam musim panas.. Boleh sampai 2 tempayan cendol habis dijual... So, saper yang nak abeskan cendol tu nanti.. AKU jugak!!!

Sekarang nie, kita digemparkan dengan situasi genting yang melanda Jepun di mana bukan sahaja gempa bumi, malah tsunami yang melanda telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.. Sebagai seorang yang bersifat kemanusiaan, kita haruslah sentiasa tolong-menolong di antara satu sama lain.. Mungkin hari ini hari mereka, esok lusa tiada yang tahu nasib kita.. Apa pun, kita perlu sentiasa berdoa agar keharmonian yang kita kecapi ini berkekalan selamanya.. Anyway, aku nak ucapkan takziah kepada semua penduduk Jepun yang di landa bencana yang terhebat itu..

Seminggu kebelakangan nie aku dah start merajinkan diri untuk melihat blog aku.. Tertanya jugak sendiri, ini BLOG dah mampus ker?? Hahahahaha.. Lama aku tak post kat blog nie coz aku ada lagi satu blog untuk bisnes aku... So, kalo nak duit lebih, kenelah usaha lebih mempromosikan blog aku yang lagi satu tue...

Melihat daripada stats, nampaknya ada jugak kunjungan ke blog nie.. Terima kasih banyak-banyak.. Walaupon blog nie taklah sepopular blog-blog laen tapi aku rasa apa yang disampaikan dalam blog nie semuanya ada pengajarannya dan moral value yang tersendiri.. Ye ar.. Laen orang laen citarasanya..

Bila aku tengok balik Stats untuk blog aku, ramai daripada mereka yang membaca post aku yang bertajuk "Kisah Seram Terjadi Padaku".. Walaupon kisah tu tergantung pasal aku nie penakut sikit nak cerita bab-bab yang menyeramkan nie.. Tapi sambutannya luar biasa.. Aku ingatkan bila aku post sesuatu yang ilmiah nie orang nak bacer la bahan-bahan berbentuk ilmiah nie tapi nampaknya sangkaan tue meleset teramat jauh... Bahan bacaan yang seram, lawak jugak menjadi kegemaran mereka.. So, no wonder la biler banyak citer-citer hantu sekarang nie.. Tapi yang aku pelik, makin banyak citer hantu (konon nak penuhi permintaan penonton), makin banyak jugak komen mengutuk citer sedemikian untuk dipaparkan.. Tue la, makin banyak citer, orang makin cepat boring... Tapikan, kalo tak ada permintaan masakan ada penawaran.. Tak giteww?? Hahahahaha..

Berbalik citer pasal blog aku nie, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat pengunjung-pengunjung semua kerana memberikan "duit" kat aku.. Tadi check kat google adsense ada jugak pertambahan yang semakin meningkat.. Mungkin tak lama lagi adalah cek sampai ke rumah.. Huhuhuhu..

Anyway, BLOG ini tak mampus lagi.. So, semua bolehlah melawat BLOG nie tanpa rasa was-was.. No 18SX ok... Hanya sekadar luahan hati berdasarkan pengalaman dan bahan bacaan yang aku bacer.. Apa pon, hidup mesti diteruskan.. Semoga sinar yang mendatang akan lebih cerah dari hari ini...

P/S: Sedih lihat bencana di Jepun.. Takziah pada semua keluarga mangsa yang terkorban..


Salam Satu Malaysia,

Lama tak post cerita baru.. Maklumlah sekarang nie dah abes belajar dan dah start nak mulakan hidup baru, di alam yang baru iaitu dalam bidang pekerjaan.. Sekarang nie tengah menunggu panggilan kerja yang bersesuaian setelah aku melepaskan peluang terbaik untuk kerja di salah sebuah kolej swasta di Selangor.. Itu namanya bukan rezeki la.. Kadang-kadang peluang hanya datang sekali saja, kalau dah lepas peluang, nak tunggu peluang yang lagi satu boleh makan masa lama.. Ayoo.. Tu la sebabnya, untuk menghabiskan masa-masa menganggur dengan sebaiknya, jual cendol la dulu.. Ader la gak duit masuk.. Huhuhu..

Baru-baru nie aku ada dapat SMS dari beberapa orang yang mengelarkan mereka "junior-junior" tempat aku belajar dulu.. Aku ex-senior diorang la maknenyer... Kadang-kadang mereka yang aku tak kenal pon terlibat sama SMS aku untuk meminta tunjuk ajar dari aku tentang assignment diorang.. Kadang-kadang junior yang baru semester 2 dan 3 SMS aku untuk bertanyakan tentang assignment diorang.. Naik Heran bin Ajaib jugaklah bila aku menerima SMS tue.. Dalam hati, "aik, punyalah jauh gap aku dengan diorang nie, senior diorang yang laen tak ada ker??".. Aku pon reply la gak mesej2 diorang nie.. Diorang kata, diorang dapat no aku daripada senior diorang.. Aku agak ni kire ala-ala "surat berantai" jugaklah.. Aku bagi nombor kat junior, junior bagi no aku kat junior diorang.. Junior diorang bagi no kat junior-junior diorang.. Tu yang budak-budak semester baru pon ada no aku...



Perkara nie sebenarnya dah lama aku alami since sejak aku belajar kat universiti lagi.. Tapi time tue aku pon rasa ok jer coz aku masih berstatus "student".. Rasa satu kehormatan bila ada junior yang nak mintak tunjuk ajar dari diri yang masih x berapa nak betol nie.. Maksudnya orang percaya yang kita boleh beri mereka "guideline" yang betol untuk mereka pelajari... Aku pernah jugak tanya mereka, mengapa tak tanya sahaja pada senior mereka yang mungkin masih lagi "fresh" dengan asssignment tue.. Ye la, tanya kat aku yang dah lama tinggalkan zaman semester 2 dan 3 nie.. Mereka kata yang senior merekalah yang suruh tanya kat aku.. Hurm..

Berlakunya perkara yang macam nie, kadang-kadang kita boleh buat satu "hipotesis" atau satu andaian yang mana mereka ini mungkin kebiasaannya belajar semata-mata kerana exam dan bukan untuk ilmu sepanjang hidup mereka... Orang kata belajar untuk lulus dan bila sampai masanya, ilmu yang dipelajari akan dilupakan.. Yup, aku pon penah buat benda yang sama...



Dalam melahirkan satu generasi yang cemerlang, ilmu memainkan peranan yang paling penting.. Orang-orang tua pernah cakap, "tak ada harta yang dapat kami tinggalkan selain daripada pendidikan kerana dengan pendidikanlah dapat menjamin masa depan".. Yup, ramai mereka yang berjaya hari ini datang daripada keluarga yang miskin dan mereka berjaya kerana pendidikan.. Oleh itu, pendidikan adalah untuk masa depan dan bukan kerana exam semata-mata.. Apa yang aku buat iaitu dengan membantu mereka secara tak langsung dapat mengingatkan diri aku kembali dengan ilmu yang dipelajari..

Aku ingat lagi bila aku buat satu assignment sewaktu di semester 3, memang pada masa tue ramai yang tak dapat buat assignment tue.. Ketika tue, aku belajar juga membuat assignment tue dengan cara sendiri.. Hampir subuh aku siapkan assignment tue daripada malam.. Baru dapat siap.. Itu pun beberapa kali aku dah start berputus asa.. Aku buat hampir 7-8 jam tanpa henti semata-mata untuk siapkan assignment itu walaupun sekarang nie aku dah boleh siapkan assignment yang sama dalam tempoh hanya 15 minit (inilah yang akan kita perolehi kalau kita dah expert sebab selalu ajarkan orang benda yang sama).. Lepas tue, member-member aku mintak diajarkan.. Ketika itulah, aku cuba mencari cara yang betul.. Setiap member yang aku ajarkan, aku ajar dengan step dan cara yang berlainan..



Niat aku bukan untuk menipu mereka.. Tapi aku cuba untuk mencari cara yang mana satu yang betul dan sewaktu assignment dipulangkan, barulah ketika itu kita tahu langkah atau step mana yang betul.. Ingat lagi cara yang aku pakai atau gunakan untuk assignment aku sendiri salah dan cara yang aku tunjukkan pada member aku betul.. Markah member aku lagi tinggi dari aku.. Masa tu memang rasa kecewa tetapi setidak-tidaknya kita dapat belajar sesuatu yang baru.. Bahawa cara yang aku tunjukkan kepada member aku adalah cara yang betul dan aku tidak akan mengulanginya pada kenudian hari.. Tapi ketika itu, member-member aku tak tahu niat aku.. Mulalah diorang mengatakan padan muka kepada aku kerana mereka rasakan yang aku menipu mereka kerana aku konon-kononnya tak mengajarkan mereka cara yang sama aku buat dekat assignment aku.. Anyway, i'm not a teacher.. Ketika itu, aku hanyalah seorang yang sama dengan mereka.. Iaitu masih lagi belajar.. Belajar benda yang sama pulak tue.. Kalo aku mengajarkan mereka benda yang sama seperti yang aku buat, bagaimana aku nak tahu jawapan yang mana satu yang betul?? Am I right?? Biarlah mereka tak tahu niat aku yang sebenarnya until now..

So, aku dah mula faham bagaimana untuk menyiapkan assignment tue, sebab bila aku ajarkan mereka dengan secara tak langsung aku dapat ingat step-step yang diperlukan.. Dan begitulah cara yang aku praktikkan sewaktu junior-junior mintak tunjuk ajar.. Tapi mungkin aku silap.. Dengan menunjukkan mereka cara kerja dengan tidak membiarkan mereka berdikari menyiapkan sendiri assignment mereka membuatkan mereka lupa bagaimana untuk melakukannya sendiri.. That's why ada lagi junior yang masih mencari aku walaupun aku dah lama meninggalkan zaman pelajaran.. Senior mereka tak dapat tolong mereka kerana mereka dah lupa bagaimana untuk melakukannya kerana "disuap" dengan pertolongan orang lain.. Aku silap dalam memberi bantuan pada mereka.. Sepatutunya aku mendorong mereka berusaha melakukan kerja dengan sendiri seperti mana aku lakukan.. Berulah mereka tahu untuk melakukannya...



Anyway, inilah sekadar luahan hati aku.. Tak berniat menyinggung perasaan sesiapa.. Apa yang pasti, rezeki setiap orang dah ditentukan.. Ada mereka yang menipu dan tak ikhlas sewaktu belajar berjaya dalam kehidupannya di alam pekerjaan.. Dan tak semestinya mereka yang ikhlas itu jugak perolehi perkara yang sama.. Hidup adalah satu perjuangan... Ilmu adalah untuk masa depan dan bukan untuk exam semata-mata... Kita jumpa lagi dalam post yang seterusnya..

P/S: Lepas nie, kalo ada sapa-sapa junior yang SMS lagi, aku tak nak layan.. (Wat ler sendiri.. Usaha itu tangga kejayaan..)

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan