DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Bahan-Bahan:

Taugeh (belilah dalam 50sen)
1 Biji Lobak Merah (Dipotong panjang)
Cendawan (Dihiris)
1 Biji Timun (dipotong panjang-buang isinya)
1 Biji Bawang Besar (dihiris)
3 biji Bawang Putih (diketuk)
8 Batang Cili Merah (dimayang)
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Minyak Masak untuk Menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan masak sehingga lobak kelihatan lembut.
3. Masukkan pula timun dan kemudian cendawan..
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
5. Ahkir sekali, masukkan taugeh tadi dan goreng sehingga masak.. Bolehlah dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!

Salam Satu Malaysia,


Hari nie gua nak tunjuk satu resepi nasi goreng kampung ciptaan gua.. Saja je cuba-cuba masak.. Almaklum, nasi goreng nie kira sinonim dengan orang bujang.. So, gua try share resepi untuk lu orang cuba...

NASI GORENG KAMPUNG DON DALE

Bahan-Bahan:

Nasi Putih
1 Biji Bawang Besar (ditumbuk atau dikisar)
1 biji Bawang Putih (ditumbuk)
7 Batang Cili Padi (ditumbuk)
Ikan Bilis (ditumbuk)
Sawi
Sedikit Belacan
Garam
Serbuk Perasa
Minyak Masak

Cara Membuatnya:

1. Panaskan kuali.. Letakkan sedikit minyak masak.. Setelah panas, masukkan bawang putih, bawang besar, dan cili padi...

2. Masukkan pula belacan dan ikan bilis.. Jangan lupa garam dan serbuk perasa secukupnya..

3. Bila dah nampak sedikit garing, masukkan pula nasi.. Kacau dengan sebati dan kemudian masukkan pula sawi.. Kacau dan kemudian bolehlah dihidangkan..

Selamat Mencuba!!!

P/S: Pernah mintak nasi goreng pattaya kat food court Sek 2, Shah Alam tapi dia bagi nasi ayam dengan telur dadar.......... Bila gua tanya, dia jawab itu nasi goreng pattaya.. Owh.. Ok.. Laen kedai laen caranya kot!!

Selamat Petang Malaysia,


Hari nie gua nak tunjukkan lu orang satu resepi ringkas tapi menyelerakan untuk santapan minum petang korang.. Cuba lu orang chek kat dapur ada tak tepung gandum, ikan bilis, kentang?? Kalo ada lu orang boleh try buat nie.. Simple tapi sedap....

POTATO FRIED with ANCHOVIES DON DALE

Bahan-Bahan:

1. Tepung Gandum
2. 2 Biji Kentang (Dipotong panjang)
3. Ikan Bilis
4. 1 Biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
5. Garam
6. Air
7. Minyak Masak untuk Menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk

2. Masukkan bahan tadi seperti kentang, ikan bilis dan juga bawang.. Turut sama ialah garam secukup rasa.. Gaulkan bahan tadi.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit agar bancuhan tadi rata dan sebati. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair..

4. Panaskan minyak dan goreng adunan tadi satu persatu dengan menggunakan sudu.

5. Bolehlah dihidangkan..

Selamat Mencuba!! Enak dihidangkan bersama-sama sambal kicap atau sos kacang atau sos cili Thai..

P/S: Lama tak buat Cucur Ladon feveret sumer... Ada yang rindu sama Cucur Ladon gua??



Hari nie aku masak makanan jawa tok keluarga aku.. Kalo masak kicap nie memang sinonim la dengan orang jawa.. Tapi aku nak share resepi yang aku curik dari mak aku.. Huhuhuhu iaitu campurkan sedikit gula melaka dalam masakan kicap tue.. Wau.. berapi tue makan... Hahahahha...

Zaman sekarang nie orang dah tak kisah lauk-pauk yang dah biase.. Sekarang orang nak cari lauk-pauk yang ader different sket daripada lauk-pauk yang ada sekarang walaupon cara penyediaan sama jer... Orang zaman sekarang selera mereka bukan maen lagi.. Demand semacam.. Jom la kita try buat ayam masak kicap campur gula melaka nie..



AYAM MASAK KICAP GULA MELAKA

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong 8 dan digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dihiris kecil)
4 biji bawang putih (dihiris)
seibu jari halia (dipotong kecil)
Cili padi (ikut suka)
Sedikit Gula Melaka
Garam dan Serbuk Perasa secukup rasa
Kicap Cair Manis
Rempah tumis
Minyak Masak

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.. Masukkan juga halia dan rempah tumis...
2. Setelah itu masukkan sedikit gula melaka yang dah dihancurkan terlebih dahulu..
3. Masukkan ayam.. Sebatikannya.
4. Letakkan kicap cair manis tadi dan masukkan air jika perlu.. Ahkir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5. Bolehlah dihidangkan...

Selamat Mencuba!!!

P/S: HIDUP NASI LEMAK DI SEKOLAH!!!

Hari nie gua nak post satu resepi yang memang sedap.. Yang pastinya resepi ini akan mengubah persepsi kita dengan sayur-sayuran especially budak-budak.. Budak-budak nie memang liat nak makan sayur.. Pasal ada mak bapak diorang pon tak suka makan sayur..

Masa gua keje dulu, ada sorang kakak nie dok sebok citer pasal anak die yang asyik nak makan ayam je hari-hari... Dalam hati gua dok gak la mengata, yang si maknya pon dok sebok gak nak ikut apa yang anak die nak.. Kalo gua, lantak ko la budak nak makan ke tak.. Kalo lapor makan le budak tue ngan apa yang ada..

Hari nie gua nak share kat korang sumer pasal resepi sayur terbaru gua.. Korang cubalah di rumah ye..


MIX VEGETABLES EWAH-EWAH DON DALE

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

1 batang lobak merah (dihiris nipis dan panjang)
5 batang jagung muda (dipotong bulat)
1 biji kobis bunya (dipotong kecil)
1 ikat sawi hijau
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (dicincang halus)
2 batang lada merah (dimayang)
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan diikuti bawang besar dan lada merah. Goreng sehingga naik bau.

2. Masukkan lobak merah terlebih dahulu untuk melembutkannya terlebih dahulu.. Kemudian, masukkan pula jagung muda dan kobis bunya tadi..

3. Setelah agak empuk, masukkan sedikit garam dan gula serta serbuk perasa.. Sebatikan masakan tadi dan akhirnya bolehlah masukkan sawi hijau tadi..

4. Setelah masak, hidangkan untuk jamuan para tetamu..


P/S: Suka makan Lobak Merah... Maybe pasal lahir tahun arnab kot!! Hahahahaha...


Lama tak post something new kat blog gua.. Rasa macam memang dah mampos jer blog gua nie.. Hahahahha.. Gua bukan tak nak post apa-apa.. Tapi gua dulu bizi nak mampos... Tapi sekarang gua dah berenti keje... Jadi dah tak berapa nak bizi dah... Kenapa gua berenti?? Cakap banyak pon tak guna.. Gua sekarang memang rasa bengang dan sakit hati kat tempat gua keje dulu.. Rasa sakit tue masih tak ilang-ilang lagi... Papepon, bila gua kat rumah nie, ape lagi.. Start la gua jadi tukang masak tak bertauliah kat rumah.. Biasalah.. Mak gua soh masak coz mak gua kata gua masak memang sedap... Hahahahha...

Gua ada cipta satu resepi baru bila gua ada kat rumah nie.. Idea gua buat masakan nie bila gua nampak ada roti yang tak abes lagi di makan walaupon tarikh luput dah makin hampir.. Sayang lak nak biar luput gitu jer.. Gua pon apa lagi.. Dengan menggunakan otak kiri gua yang sangat genius kerana gua baru gunakan otak kiri gua untuk lulus dengan cemerlang dalam audition beberapa hari lepas.. (Audition apa, rahsialah...) Apa pon aku nak share la resepi tue pada korang sumer... Mesti korang nak cubakan??



RESEPI : BEGEDIL ROTI DAN BISKUT DON DALE

Bahan-Bahan yang diperlukan:

10 Keping Roti Hiris/Sandwich (Korang nak lebihkan pon takpe..)
4 Keping Biskut Cracker (Apa-apa jenama pon boleh janji biskut..)
1 Biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
2 Biji Telur Ayam
4 Sudu Besar Sayur Campur
1 Sudu Kecil Lada Sulah
Sedikit daun sup (Dicincang halus)
Sedikit Gula dan Garam
Sedikit Minyak
Sedikit Air

Cara Membuatnya:

1. Ambil roti dan biskut dan hancurkan bersama di dalam sebuah mangkuk.

2. Masukkan bawang besar dan sayur campur. Gaul dengan sebati.

3. Masukkan telur ayam, daun sup dan lada sulah kemudian gaul sebati lagi supaya kesemua bahan tadi cukup ramuan..

4. Campurkan sedikit gula dan garam sebagai penambah perasa.. Campurkan sedikit air supaya adunan tadi benar-benar sebati. Awas, jangan terlalu cair kerana ianya akan menyukarkan untuk membakarnya..

5. Panaskan kuali leper.. Letakkan sedikit minyak..

6. Kemudian, kepal-kepalkan adunan tadi dan leperkan supaya menjadi bulat.. Bakar dengan cara sama membakar daging beger..

7. Dan bolehlah dihidangkan panas-panas...

Selamat mencuba!! Adunan tadi juga boleh terus di goreng dalam minyak..

P/S: Gua memang suka begedil Dulu.. Kini.. Selamanya.. Vadee pon gua suka sekarang...

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan