DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Hari nie genap 53 tahun Malaysia merdeka daripada penjajahan pihak British.. Dalam tempoh tersebutlah kita mentadbir negara ini mengikut acuan kita sendiri.. Sehingga kita mampu berdiri megah dan berbangga dengan pencapaian negara apabila disenaraikan sebagai negara ke-37 terbaik di dunia dan ke-3 terbaik di Asia.

Dalam usia yang hanya separuh abad sahaja, kita membuktikan kepada dunia yang Malaysia mampu untuk berjaya jika ada usaha, visi dan misi untuk di capai. Hari ini, di bawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, negara semakin mengorak langkah tanpa perlu bertatih seperti mana 50 tahun yang lalu. Tetapi adakah segalanya mencukupi? Adakah kita berbangga dengan setakat melangkah sahaja.. Jawapannya tentu tidak.. Kita mahu berjalan dan berlari kerana ia lebih pantas dari melangkah dan bertatih..

Generasi muda memainkan peranan penting dalam menjana transformasi membawa negara mencapai Wawasan 2020 (Tun Dr. Mahathir Mohamad) berlandaskan konsep Islam Hadhari (Tun Abdullah Ahmad Badawi) hinggalah kepada perpaduan Satu Malaysia kini, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sebagai seorang yang berilmu dan berpendidikan tinggi, saya juga turut serta dalam menjayakan misi negara supaya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kitalah pemangkin kepada kemajuan dan kesinambungan kejayaan negara masa kini.. Kita harus sedar, untuk menjadi sebuah negara maju, segala-galanya bermula dengan masyarakat atau rakyat. Apabila rakyat berjaya di bawa ke alam minda kelas pertama, segala-galanya pasti akan mudah. Tak guna jika kita mempunyai fasiliti bertaraf dunia jika kita tak mampu untuk menjaga dan menghargainya.. Bagi saya, tema kemerdekaan tahun ini sangat realistik dan ideal untuk ditujukan kepada generasi muda. Mengapa?? Sama konsepnya seperti buluh.. Jika masih rebung, senanglah untuk melentur tetapi jika sudah menjadi buluh lebih-lebih lagi buluh yang sudah tua, buatlah sedaya mana pun, kerahlah sekuat tenaga anda.. Ianya sangat sukar dilentur. Tak perlu menjana transformasi dikalangan masyarakat yang sudah berusia kerana ia tidak memberi impak yang cukup kuat. Sama halnya jika kita tidak membenarkan kanak-kanak masuk campur dalam percakapan orang dewasa kerana kebiasaannya mereka yang sudah berusia merasakan kerana mereka makan garam dahulu, maka mereka mengetahui serba-serbi apa yang berlaku dan tak perlu tunjuk ajar daripada orang yang lebih muda. Inilah kenyataannya..

Jika dibenarkan saya memberi contoh 2 orang pemimpin negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedua-dua mereka telah merasai satu perjalanan dalam mentadbir sesebuah kerajaan agar sentiasa memastikan negara berada pada tahap yang cemerlang. Pada saya, tidak ada masalah dalam pemerintahan kedua-dua pemimpin ini kerana mereka telah membuat satu corak pemerintahan yang tersendiri, berdasarkan pengalaman mereka. Kedua-duanya telah menjana satu transformasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagah di mata dunia. Ada sesetengah pihak mempertikaikan cara dan corak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak seperti pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti yang saya nyatakan, kedua-duanya mempunyai corak pemerintahan yang tersendiri berdasarkan pengalaman hidup yang dilalui oleh mereka. Lihat sahaja latar belakang pendidikan kedua-dua tokoh negarawan ini. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang graduan di dalam bidang perubatan. Satu bidang yang bercirikan Sains dan Teknologi. Satu bidang yang boleh saya katakan berciri kemodenan. Justeru itu, kita boleh saksikan banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam bidang sains dan teknologi dan pembangunan serta kemajuan infransturktur. Berbeza dengan pendidikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau merupakan graduan dalam bidang pengajian Islam, satu bidang yang menitikberatkan hubungan agama dengan kehidupan dan lebih bercorak ke arah kerohanian dan kemanusiaan. Oleh itu, beliau lebih menekankan aspek modal insan dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana dengan modal insan, rakyat akan sedar akan tanggungjawabnya kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Aspek ini yang akan membawa kepada keharmonian sesebuah negara. Justeru itu, tidak hairanlah cara pemerintahan kedua-dua tokoh negarawan ini berbeza sama sekali.

Itu baru di lihat dari segi pendidikan, bagaimana pula latar belakang keluarga memberi pengaruh dalam corak pemerintahan. Tun Dr. Mahathir Mohamad dibesarkan dalam keluarga seorang pendidik. Jika diamati, tugas seorang pendidik pada zaman dahulu adalah suatu tugas yang dihormati dan ditakuti. Tidak seperti sekarang. Jika dahulu, apabila guru menyuruh menyiapkan latihan dan perlu menghantar keesokan hari, maka esok jua lah perlu dihantar. Sikap tegas seorang bapa yang merupakan seorang pendidik telah menjalar dalam jiwa Tun Dr. Mahathir. Oleh demikian, ketegasan itulah yang menjadi corak kepada pemerintahan beliau. Berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga ulama dan sangat mementingkan ajaran agama Islam. Sifat berhemah dan bersopan santun telah menjadi sebahagian keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin.

Ramai mempertikaikan kemampuan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam membuat keputusan kerana kebiasaannya, keputusan yang dibuat memakan masa yang lama dan tidak seperti pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan dalam masa yang singkat. Bagi saya, lihat sahaja bidang pendidikan kedua-dua pemimpin itu. Secara logiknya, tugas seorang doktor memerlukan kita membuat keputusan yang singkat kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Oleh demikian, doktor selalunya akan membuat keputusannya sendiri berdasarkan kepada keadaan dan situasi tanpa membabitkan campur tangan daripada orang lain. Itulah seorang doktor!! Berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dibesarkan dalam jiwa keislaman dan sebagai seorang yang beragama Islam juga, kita telah diajar untuk membuat keputusan dengan memberi pendapat antara satu sama lain (Musyawarrah). Oleh yang demikian, keputusan yang di buat juga memakan masa yang agak lama. Jadinya, tidak ada sebarang masalah juga dalam corak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jika kita melihat pula kepada perkara-perkara lain, ada juga yang turut mengecam pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan selalu "tidur" dalam majlis-majlis penting. Ianya mungkin modal yang paling kerap dan selalu digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam mengecam pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.. Tetapi jika kita membuka semula sejarah lama, membaca sirah-sirah Islam.. Imam Syafie' adalah insan yang selalu tidur di dalam kelas. Tetapi ketika di tanya soalan, beliau selalu dapat menjawabnya dengan sangat baik.. Oleh demikian, kita harus sedar, kadang-kadang kita menutup satu anggota pancaindera, tidak bermakna pancaindera lain tidak berfungsi.. Walaupun mata tertutup, masih ada telinga untuk mendengar..

Apa kaitan cerita kedua-dua tokoh negarawan terulung ini dengan menjana transformasi dikalangan remaja?? Jawapannya mudah sahaja.. Segala yang hendak dilakukan haruslah berpaksikan kepada pendirian diri yang teguh.. Kita dilahirkan ke dunia dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan.. Kaji kelebihan dan kekurangan kita.. Jadikan ia sebagai satu kekuatan dalam diri kita untuk kita mencorak perubahan yang kita mahukan dalam diri kita.. Itulah transformasi yang perlu kita laksanakan kini. Umpama cerita Transformer, untuk kelihatan lebih kuat dan bertenaga, ia bertukar menjadi robot.. Jadinya, tidak ada bezanya.. Kita juga perlu berubah menjadi kuat dan bertenaga..

Sekian, terima kasih..

(P/S: ayat di atas aku cipta dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.. Bersempena bulan kemerdekaan.. Semoga yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. Terima kasih untuk yang membaca.. Maaf jika ada kesalahan dan kesilapan kerana ia ditulis berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang remaja)


Salam Ramadhan,

Minggu nie aku baru berpeluang untuk rasa happy dan selesa sikit.. Yelah, dah nak raya nie kira dah lapang dada sikit.. Dapatlah aku menggunakan masa untuk melayari laman-laman internet nie.. Lama dah x tgk blog-blog member.. So, tgklah aper yang diorang sibuk tengah dok bincang selama nie..

Aku gemar tgk blog-blog org nie.. Sambil tgk boleh dapat ilham untuk cantikkan blog sendirik.. Betolkan?? Aku suka tgk banner2 kat blog org coz kat blog aku pon byk banner2 nie.. Tgh membelek blog sorang blogger nie, ternampak pulak banner ManggaAd nie, tertulis kat banner tue, "Jana Duit Dengan Blog".. Erm, memandangkan aku nie agak mata duitan, aku pun try nak cuba la.. Aku pun klik la kat banner tue.. Masuk je laman web ManggaAd, terus aku x pikir panjang, terus daftar.. daftar je ada dapat point.. Point tu ada gak dalam ribu-ribu.. Tp aku x sure lak point tu tok apa.. Pastu aku copy and paste code banner ke blog aku.. Kiranya ManggaAd nie macam sebuah laman pengiklanan la.. Kalau ada orang yang lawat laman blog kita dan klik iklan yang disiarkan, kita dapat duit la..

Ok gak macam nie, atleast ada jugak income masuk.. Baru je daftar dah ada yang nak jadi rakan dekat ManggaAd nie.. Erm, cam 2 in 1 gaklah.. Sambil bantu promosi, kita dapat member baru..

Walaupun baru 2 hari aku post dekat blog aku, rasa ok jugak la iklan2 yang dipaparkan.. Tetiba malam nie aku terperasan iklan yang disiarkan oleh ManggaAd nie iaitu pasal Tiger Airways.. Kalau ada orang tanya, apa Tiger Airways tue, kiranya ia sebuah syarikat penerbangan yang popular jugak dekat Singapura.. Aku kenal Tiger Airways ni sejak kecik lagi coz aku orang Johor.. Dekat la dgn Singapura tue walaupon aku x pernah ke sana.. So, time aku kecik2 dulu mmg aku suker tgk kapal terbang lalu kat rumah aku dulu.. Kalo perasan setiap kapal terbang akan ada logo syarikat dekat ekor kapal terbangkan?? Erm.. logo tu la yang aku selalu nampak bila aku still dok kat Johor.. Asal dongak ke langit tgk kapal terbang, mesti kapal terbang Tiger Airways yang lalu.. Jarang aku tgk kapal terbang lain yang lalu.. Sekarang dah besar nie, aku xlah tgk kapal terbang lagi.. Karang org kate aku gila plak asik dongak2 nak tgk kapal terbang.. Kecuali kalau anak sedara aku soh temankan diorang tgk kapal terbang, aku masih lagi nampak yang kapal terbang tu still kapal terbang Tiger Airways.

So, alang-alang dah nampak iklan pasal Tiger Airways, aku pon nak tau la perkembangan terbaru Tiger Airways nie.. Mana la tau tiba-tiba teringin nak balik kampung raya nie naik kapal terbang.. heheheehehhe.. Tp kalo x balik time raya pon, maybe aku rasa nak naik kapal terbang jugak.. Adik aku yang belajar kat Australia tue ada cakap gak soh naik kapal terbang je bila nak balik kampung sama-sama ngan dia.. Dia turun KLIA nanti boleh la terus ke LCCT pastu turun kat Senai Airport.. Aku yang merantau di Shah Alam ni pon rasa teringin jugak nak merasa naik kapal terbang..

Alang-alang dah nampak pasal Tiger Airways tu aku pon klik la kat banner tu.. Erm, website Tiger Airways ada dalam bahasa Malaysia lak.. Hahahahaaha.. Bagusnya.. So, x payahlah aku nak berkerut dahi nak bacer dalam bahasa omputih!! Aku pon nak cuba-cuba tgk tambang Tiger Airways nie, try tgk tambang time hari raya nanti.. Aku pon cuba-cuba amik penerbangan dua hala.. Pilih tarikh 7hb September tok balik Johor ngan 20hb September tok balik semula... Alamak, tak ada plak ke Senai Airport, jadi aku pilih jer ke Singapura... Biler aku tgk tiket kapal terbang die.. Perghhh.. Giler Dowh!! Tambang ke Singapore 7hb September semurah RM11.00!! Kalah tiket bas yang aku baru beli nie.. Aisey.. Rugi beli tiket bas.. Tgk pulak tambang balik LCCT 20hb September.. Wah!! RM2.00 Jer.. Biar Betul!! Giler la..

Lama x dengar pasal Tiger Airways nie, tetiba terperanjat giler tgk tambang die.. Kalau aku tak jumpa iklan tu kat ManggaAd, mesti aku tak tau tambang "flight" semurah tue.. Wah.. Sangat2 Murah Gilerrr!!


Kalo semalam aku penat asik nak merungut je kejenya.. Biarlah hari nie aku cari duit lebih untuk hari raya nie.. ok jugak.. X la aku rasa cam x berduit jer.. yang penting aku usaha mencari sumber pendapatan yang halal melalui perniagaan online nie..

Aku memang banyak bisnes online.. Ada lebih 100 buah perniagaan.. Aku pon dah x tau mana satu aku nak promosikan dah.. Pendek kata macam2 ada.. Tapi hari nie aku nak citer pasal satu jenis perniagaan yang direka untuk pembelajaran online untuk pelajar-pelajar sekolah nie.. Sekarang nie budak-budak untung.. Semua dah sedia ada dalam internet nie.. Mudah sangat.. Time aku dulu mana ada macam nie sumer.. Kene usaha sendiri nak berjaya sampai masuk Universiti.. Kalau mcm ni pon diorang x nak ambil peluang.. susahlah nak ckp kan.. Mesti korang pernah dengar pasal SCORE A PROGRAMME!! Betul x??

Apa istimewanya program nie sampai aku pon terbawak-bawak nak join program nie?? Kalau diikutkan prospek untuk perniagaan nie adalah mak bapak budak-budak sekolah.. Kalau ada link dengan ramai org yang byk anak lagi bagus..

Aku join program nie ada byk sebab.. Antaranya:-

1. Aku memang skeptik dengan program yang kata ianya terbaik. Apa buktinya? Aku mencari-mencari dan terjumpa sesuatu yang menarik. Berdasarkan kajian dibuat selama tiga tahun, 93% daripada pelajar-pelajar UPSR dan PMR yang menggunakan Score A programme ini berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan. Macam mustahil... macam mana boleh macam ni? Ingatkan ramai orang dapat markah "biasa-biasa" sahaja dalam peperiksaan ni? Setelah kajian dibuat, aku perasan bahawa ianya berdasarkan output learning di mana anak korang akan mempelajari daripada nota-nota yang diberi dan diberi latihan secukupnya. Lagi banyak latihan, lagi tinggi kefahamannya tentang sesuatu topik.

2. Program ni mmg dah popular dah.. So, bila mak bapak dengar pasal Score A nie, x la die berkerut dahi, "Menatang apa Score A tue??" So, senang sket nak buat promotion mcm tue..

3. Ada byk ciri-ciri menarik dalam Score A nie.. Antaranya erm..,

- eTopic

Di sini anak korang akan diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)

- eNational Trial Exam

Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

- eTrial Exam

Modul ini dicipta untuk memastikan anak korang seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. Kalo anak korang tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak korang tidak lagi boleh menjawabnya. Dengan ini diorang akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan. Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak korang yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung kepada tahap belajar diorang.

- eAssessment

Berbanding dengan cara tradisional di mana anak korang terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak korang belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy. Bebudak kan sukakan permainan.. Kemudian, jika diorang dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, diorang akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya. Dan kalau diorang sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, diorang sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar diorang tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut! Soalannya juga dipilih rawak jadi diorang takkan rasa bosan membuatnya walaupun diorang masih lagi pada tahap yang sama. Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.

- ePast Year Exam

Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.

- eProgress (khas untuk ibu bapa)

Seperti yang korang tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Korang juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak korang bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan korang mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

- eNotes

Anak korang juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak korang untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).

- eDictionary

Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. So, Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan. Korang pon mesti boring time sekolah dulu nak bukak kamus kan?? Jadi, mana nak tumpahnya bakat korang tu kalo x kat anak-anak korang kan??

- Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa

Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak korang menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit korang (kalau korang nak, korang boleh juga melihatnya di Internet). Ini memudahkan korang memeriksa prestasi akademik anak dan membantu korang mengetahui kekuatan dan kelemahan anak korang. Walaupun korang di pejabat, korang masih lagi boleh memantau anak korang (jadi korang akan tahu dia tak merayap sana sini masa korang tidak ada di rumah!)

Jika korang mahu, korang boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", korang akan mengetahui masalah dihadapi anak korang dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).

- Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia

Nak tahu performance anak korang berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Korang boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini korang akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek. Jika anak korang tersenarai di sini, kemungkinan besar diorang akan berjaya dalam exam sebenar nanti. Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak korang kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari. Betul x?? So, kalo anak korang dapat no 1 dalam top 100, korang pon mesti bangga gak kan??

Jadinya, byk kebaikan yang akan korang dapat daripada Score A nie berbanding dengan dengan program-program lain.. Harga pon lagi murah jika nak bandingkan korang hantar anak korang tue ke pusat-pusat tusyen.. Satu subjek dah berapa kan??

Dan kalo korang order nak langgan Score A daripada link kat bawah nie, korang turut akan dapat hadiah percuma tau!! Score A nie dah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Pakar-Pakar Motivasi, Pengetua dan ramai lagi ahli akademik lainnya.. Jadi, jika korang rasa nak beri pendidikan yang baik kat anak-anak korang mahal, cuba bayangkan bagaimana anak-anak korang nanti nak bersaing dengan anak-anak org lain.. Pendidikan sekarang x sama dengan 50 tahun lepas.. Budak 10 tahun pon dah boleh jadi cikgu.. Sekarang?? Erm.. paham-pahamlah yerk..

So, saper2 nak order atau beli Score A Programme nie untuk anak-anak korang, bolehlah beli online di sini http://www.tuisyen2u.com/index.php?ref=ramdan87

Oklah, kalo ader bisnes lain aku akan bagitau kemudian..


Erm.. Hari nie sedar x sedar dah separuh lebih kita berpuasa.. Esok pulak hari Nuzul Al-Quran.. Bagi mereka yang ada kelas esok pastinya mereka bergembira sakan dapat cuti esok tapi bagi sesaper yang mcm aku yang xder kelas pada esok hari, macam biasa2 saja.. Tak tau la cmaner esok.. Jadi ke x aku balik kampung nie... Hai, xkan asik bermastautin kat Puncak kayangan nie kan?? Seronok plak tgk anak-anak jiran sebelah rumah bergembira.. Lps waktu berbuka je mesti riuh kat luar rumah.. Terkenang zaman kanak-kanak dulu.. Eh, ku lupa plak nak sambung kisah aku beraya rumah awek aku tue.. Tp xpe, len hari aku cerita la pasal kisah tue dan pengalaman aku bermain mercun time budak-budak dulu.. hehehehehhe.. Aku paling x sabor bila part aku menyembunyikan diri coz membaling mercun ke pak cik tua yang tgh naek motosekal.. Hahahaha.. Don.. Don.. Badan besar nak menyorok.. T aku citer esok2 la yerk..

Tapi kali nie aku nak tulis cerita pasal bas!! Apa?? BASS!! YA.. Pandai!! Sebab apa aku nak tulis cerita pasal bas nie?? Pasal aku punya kesabaran dah memuncak tinggi!! kalau sekali, aku tutup mata, 2 kali aku biarkan, masuk 3 kali aku dah mula bengang dan kalau dah berkali-kali, Wadafak!! Sakit ati woo.. Tapi kisah tue aku nak citer kejap lagi (teruskan membaca la yerk!!) coz tetiba hati aku yang penuh perasaan ini tersentuh time balik dari kelas td.. Untuk citer panjang kenape aku rasa bengang dgn bas akan aku "detail"kan dekat cerita aku pasal bas.. Yang penting time aku balik td muka aku dah kelat semacam.. Kalo budak-budak tgk mesti diorang lari coz merasakan melihat mahluk gergasi hijau tue. pe ekk nama makhluk tue?? incredible hulk ke hhape..

Sampai je rumah, terus aku wat muker kelat aku campur muka manja2 sket dan terus masuk ke bilik di tingkat 2.. Tgh tukar baju tetibe ada suara sorang mak cik bagi salam.. Aku jenguk kat tingkap.. kebetulan aku bilik master, so, bilik paling depan skali.. Aku nampak sorang mak cik dalam usia lebih 50an menjunjung (memegang, mengendong atau yg sewaktu dengannya)2 plastik besar berisi kerepek untuk dijual.. Sakit2 ati gak tp kalo nampak sesuatu yg menyentuh hati, cair gak beb!! Terdengar suara dia di sebalik samar2 tingkap bilik aku tue, "Nak beli kerepek dik?" Bertanya dia kepada roomate aku yang mmg nak keluar ngan motosekal dia.. Hati aku jadi sayu.. Sian mak cik nie, bulan2 pose berjalan bawak benda berat.. kalau aku kaya aku dah turun bawah beli sumer kerepek die.. Bolehlah aku jual plak kerepek tue kat fakulti.. X laku xpe la.. Aku leh makan sendirik.. Pastu aku tgk Mak cik tu ke rumah jiran depan.. Aku masih memerhati.. Sambil dalam hati, aku berbisik, "Ya Allah, ko berilah rezeki kepada mak cik tersebut di bulan Ramadhan ini.." Dan aku tgk jiran depan rumah aku dah membelek-belek kerepek yang mak cik nie jual dan Alhamdulillah, jiran depan rumah aku pon beli jugak..

Legalah aku time tue, ada gak rezeki mak cik tue.. Pastu aku turun la ke bawah tgk si Apes dah nak memasak ke dapur, pastu dia soh aku masak.. Aku ok jer.. Terus aku siapkan bahan2 tok memasak.. Masak aper?? Ayoo.. Jgnlah tanye.. Aku pon punyalah lega bila dapat bogelkan bawang, kentang, dan sewaktu dengannya.. Tetibe dugaan lain muncul.. Tgh start memasak.. Aik?? Apasal tetiba cam x terbakar je bahan2 ramuan nie.. Aku jenguk ke bawah, laaa... Gas nak abes!! Nasib bek owner rumah ada tampal no tepon gas.. Tp dugaan datang lagi time nak masuk berbuka nie.. Tepon aku xder kedit!! Harap je henpon ada 2 tp due2 xleh pakai.. Tanya Apes, dia pon sama.. Aku tanya John pon sama.. Aiyak!! Aku chek kedit Celcom aku.. ader 24sen.. Erm.. sempat kot.. Aku dail no tue, pastu aku kol.. seperti dijangka.. x sempat nak beramah mesra ngan pompuan kat dlm henpon tue.. dalam 30 saat henpon pon tamat riwayatnya.. Nasib bek sempat bg alamat.. Jam dah dekat pukul 7 dah.. Gas x sampai2 lg.. Harap2 si awek td pahamlah yg aku ni mmg serius nak tong gas yang masih ada gas!! Aku naik bilik sempat baring2.. Pastu aku turun jer.. Tgk kat pintu ader moto bawak tong gas.. Hahahahha.. melompat aku.. terus je aku gi dapur angkat tong gas xder gas tu ke depan pintu rumah.. Muker time tu mmg sgt excited.. Cam tong gas tu kete kelisa jerk..

Sempat gak siap time nak berbuka.. huhuhuhuhu.. Eh.. Ape aku dah melalut nie?? Nasib bek aku nampak tajuk yang patutnya aku sampaikan nie.. Ya!! Betul Adik-Adik.. Hari ini kita nak berbicara tentang bas.. Apa adik-adik?? BASS!! Pandai... Apa yang aku sakit hati pasal bas nie?? Aiyoo.. Aku specifickan bas nie kat UiTM Puncak Alam la yerk.. Terlebih dulu, maaf menyinggung perasaan mana-mana pihak.. Sekadar satu pengalaman dan pandangan terhadap senario seperti ini.. Ok.. street to the point, Aku kecewa dengan mutu perkhidmatan bas di sini.. Tp nak buat cmaner... No choice.. xpelah.. Satu semester je lagi.. Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di puncak kayangan nie, aku amat berbangga kerana aku antara 40 orang terawal datang ke sini untuk melihat pembangunan di kampus baru nie.. Sambil melawat, hati aku dan fikiran aku dah terbayang apa masalah yang akan berlaku di sini apabila kampus nie dibuka nanti dan aku sangat bangga kerana hipotesis aku mengena dan antaranya berkaitan dengan bas!!! Sebut adik-adik, BASSS!! Pandai..

Sewaktu duduk di kolej aku x berapa nak heran pasal bas nie.. Coz aku bukanlah jenis suka berjalan.. So, x byk soal.. Dalam erti kata laen.. aku redha jer.. Tapi bila dah duduk diluar dari UiTM Puncak Alam nie, benda paling penting tok aku yang berasal dari keluarga serba kekurangan nie ialah bas.. Sewaktu aku log masuk ke student portal sebelum sesi semester terakhir aku ni pon aku dah pasti inilah yang akan menjadi topik hangat setelah topik lif di fakulti yang kekejap elok dan kekejap lak "datang bulan".. Dalam student portal tu ada disediakan jadual perjalanan bas dari uitm ke kawasan perumahan pelajar.. Tapi aku x download pon.. Sesape yg nak download dan print, aku x marah.. download je la.. xder org marah pon.. Tp berdasarkan ketulusan hati yang dah senior nie, aku dah agak jadual nie x kekal lama.. Laku seminggu dua pastu TETT!! Paham-paham je la.. Tp mmg betol pon.. jimat duit aku x print..

Cakap banyak pon x guna.. Biar aku senaraikan diari kehidupan aku sekitar seminggu dua nie.. Bacerlah di bawah ini..


HARI SELASA (10/08/2010)

Ini kisah pasal bas U90.. Time nie aku ngan group aku ada wat interview kat syarikat di Bukit Raja.. Waktu interview kitorang pukul 3 petang (memang aku pilih masa ni coz abes kelas ingatkan terus je gerak.. so sempat kalo nak gi interview).. Tunggu bas dalam pukul 12.50p.m cam tue.. Target jadual bas pukul 1p.m ke Shah Alam.. kalo ikut jadual la... Tunggu punya tunggu dah lebih pukul 1... Ok, time tue x terasa sangat coz ader member.. boleh sembang2.. Masuk around 1.30p.m, mood dah berubah.. Penat woo tunggu bas.. Ingat x penat ker?? Last2 sampai kol 2p.m, bas x muncul2.. Kitorang dah gelabah dah coz interview kan kol 3p.m.. Nak x nak kene la kol syarikat kat Bukit Raja tu tangguhkan atau tundakan sikit waktu.. Erm.. Saper yang malu?? Mereka dan keluarga mereka.. YA!! Betol!! Jadi siapa mereka dan keluarga kami ketika kami menuntut ilmu di sini?? Aku x nak bgtau.. sensitip.. Budak len yg nak gi Shah Alam pon muker sorang2 moody.. Agak jugak la aku tunggu kol 12.50.. Yang tunggu kol 12?? Ha, cmaner tue.. Pastu aku nampak bas lalu.. Rupanya U600.. Nak x nak aku kene bersuara.. Aku jadi jantan tulen masa tu interview drebar bas tu..

Aku: "Bang, biler bas U90 nak jalan?"
Drebar: "Kol 3 la nanti.."
Aku: "Hah, lamanya!! Kitorang ada interview nie kol 3"
Drebar: "La, pukul satu td x naik ker??" (poyo)
Aku: (muka dah nak angin) "Mana der bas?? Dah tunggu sini lama tau.. Ada interview nie.."

Pastu nasib bek ader back up vokal daripada pompuan yang dah sama-sama naik hantu..

Pompuantue: "Saya dah tunggu dari pukul 12 tau bang.. Saya ada hal dekat induk.. Susahlah macam nie"
Drebar: "Tgklah cmaner nanti!!"

Selang dalam kol 2.15p.m, bas pon muncul.. Moral of story.. Kalo nak naek bas yang x muncul2, kita ada hak untuk bersuara kerana kita adalah pengguna!! Chewahh!!

HARI SELASA (17/08/2010)

Kelas aku hari selasa sampai tengahari jerk.. Jadinya aku lehlah balik awal untuk melelapkan mata yang dah macam mata sherigan nie.. Seperti biasa, hari selasa aku xder masalah untuk pergi ke kelas coz selalunya aku akan tumpang naek kete dengan housemate aku. Masalah timbul apabila nak balik ke rumah time tengahari tue.. Nak dijadikan cerita, aku pon tunggulah bas kat bus stop bese.. Time tu aku tgk jam (aku mmg suke tgk jam kat henpon aku, kalo aku kuarkan henpon mesti sebab aku nak tgk jam.. tabiat aku!! Jadi aku ingat sikit pasal masa nie..) sekitar kol 12.40p.m.. Alamak, mesti bas dah terlepas nie coz budak2 clasmate aku dah x nampak btg hidung pon.. mmg aku td ader keje sket so aku balik lambat la.. Aku pon duduk cam bese kat bus stop tunggu bas.. Yang aku nampak bas dari belah seberang yang nak naek ke kolej.. Wadafak la bas nie berenti lama nak amik student just balik ke kolej.. Aku dulu dok A3 jalan kaki naik tangga bulan pose.. selamba jerk.. Lagi time tue kaki terhincut-hincut.. Biarlah adik-adik yang baru nak menikmati alam kekampusan nie belajar sket berdikari.. Patotlah bas U600 x muncul2.. Haih.. dari 12.40p.m, aku tgk jam lagi dah kol 12.55p.m.. ok.. boleh sabar lagi.. pastu hampir 1 jam duduk mengoyang kaki.. bas ditunggu tiba.. kol 1.40p.m lebih kurang.. Hampess!!

HARI RABU (18/08/2010)

Alamak!! Aku terbangun lambat.. Tgk jam kol 7.30a.m!! Ter"miss" sahur lak tue.. Cepat2 aku masuk toilet.. Aiseh, nak tunggu bas lagi.. Dulu time dok kolej, 7.30a.m mcm waktu biasa jer.. ala, kol 8.20 leh gerak.. Stuck selalu kat lif.. Alasan lif boleh diterima skrg nie.. Hihihi.. Tp skrg aku dah x leh nak tipu pasal lif dah.. Siap puna siap, kol 7.50 aku dah siap.. Terus gi tunggu bas.. Aku harapkan akan ada bas kol 8 pagi.. Aku chek berkali-kali henpon aku.. Akhirnya, kol 8.20 baru sampai bas.. Aku pon terlambat ke kelas..

HARI KHAMIS (19/08/2010)

Alamak.. Tertidur pulak!! Ni kes siapkan assignment la nie.. Pagi tu aku kelas kol 9.30pg.. Aku bangun dalam kol 8.35pg, siap2 yess.. yang penting sebelum kol 9 aku dah kene tunggu bas (kiranya aku pun masih terikut-ikut jadual la nie..) hhehehehe.. Tunggu punya tunggu, masuk kol 9.25pg.. Aku redha.. Aku kol member aku dayah.. Dan aku kol juga lecturer aku.. Akhirnya sebelum pukul 10pg aku sampai ke kelas..

HARI SELASA (24/08/2010)

Ini adalah hari paling teruk paling aku rasakan.. Time nie aku dah sedikit bengang.. cam aku dimain-mainkan oleh bas je.. Aku bangun macam biasa.. Tetapi hari tu housemate aku xder kelas pagi, jadi aku kene naek bas la.. Aku tunggu bas pukul 7.40pg.. dan lama aku bertapa kat tempat menunggu bas tue.. eh, aku rasa pelik.. aku keluar awal nie.. dah pukul 8pg bas x ada.. aku masih berpositif.. Last-last bas muncul juga sekitar jam 8.20pg dan itu pun bas tu menghala ke fasa 3 dulu barulah ke dalam uitm.. so, last2 aku tetap sampai lambat!! Aku hangin sebab aku dah bangun awal dan aku tunggu awal.. Sah2lah bas merupakan faktor aku lambat ke kelas..

HARI KHAMIS (26/08/2010)

Hari nie.. Aku datang awal.. Cuma aku rasa sangat tensen bila balik dari kelas.. Aku ada kelas ganti td.. Sekitar jam 4.50ptg kelas selesai dan aku antara yang terawal keluar semata-mata menunggu bas.. Sehinggalah jam terlihat pukul 5.40ptg.. Takkan nak tunggu bas selama tue?? Agak2 la kan?? Ingat bas ekspress ke dekat 1 jam sekali baru ada.. Tetapi apa aku perasankan, bas ada.. diorang bukanlah bergerak 1 jam sekali tetapi selalunya diorang akan dahulukan org disebelah seberang maksud aku budak2 yang duduk kolej.. Wadafak!! Aku mulalah nak ungkit2 nie... Dari dulu sampai sekarang asik dianaktirikan.. Sedih woo.. Kalo korang dianaktirikan cmaner?? Sedeykan?? Maybe aku boleh citer lain hari kenapa aku kata geng2 aku nie mcm dianaktirikan..

So, hakikatnya.. Erm.. ntahlah.. org kata tepuk dada tanya selera.. Aku pon bukan suka sangat nak citer pasal keburukan nie.. Aku pon sakit tangan menaip.. Tp untuk junior-junior masa depan.. buat gak la.. Kalau ikutkan aku, ala aku kan cuma satu semester je lg. Lantaklah apa nak jadi pon, jadilah.. Dan satu lagi pendapat aku, UiTM cam rugi je bayar duit kat bas percuma tue.. Kenapa??

korang setuju x bila aku ckp:

- bas tu dah x masuk ke fasa 2 dan shah alam 2 iaitu tempat tinggal aku.. so, setakat ke fasa 3 jer.. rugi x??
- bas tu cuma berenti kat ujung kat area bulatan keris.. Erm.. UiTM bayar bas tu tok bawak student sampai situ je ker??
- bas ni aku tgk sebelum bln pose die berhenti kat kedai rojak mamak tepi jalan tok makan!! tatkala di dalam bas tersebut ada student yg nak ke kelas.. Drebar siap boleh makan..

dan byk lagi la... So, renungkanlah.. Lastly, bila dah kutuk kene la mintak maaf.. takut kene saman.. tetttt!!! Anyway, jangan ambil hati dengan kata-kata aku.. Aku hanya meluahkan hasrat yang terpendam saja.. Macam aku cakap td, setakat sekali aku tutup mata, 2 kali aku biarkan tp berkali-kali aku tak boleh tahan!! So, harap pasni lecturer akan terima alasan pelajar datang lambat sebab bas lambat!! Ini bukan alasan tetapi sebenarnya kenyataan!!

Ok.. Jumpe lagi.. Babai.. Lepas nie aku citer pasal lif plak k.. Erm.. Pas Raya kot..

P/S: Tak sabar menunggu kereta kelisa kuningku... Sempat x aku nak menunjuk-nunjuk di kawasan puncak kayangan ini??


Mahukah anda menjana pendapatan RM500 Seminggu secara part-time sahaja di rumah?? Memperkenalkan satu program reseller terbaru di mana anda boleh menggandakan RM50 berkali-kali dan lebih penting lagi 100% terus masuk ke akaun anda

Keistimewaan Jutawan50.com:-

WEBSITE REPLIKA PERCUMA
- Web replika hebat dan tidak perlu anda bersusah payah membeli domain dan hosting

ANDA JADI ADMIN AKTIFKAN DOWNLINE
- Anda tidak perlu lagi risau untuk menunggu Admin mengaktifkan downline anda,Ini kerana anda boleh aktifkan downline anda sendiri

SISTEM AUTODOWNLINE
- Jika prospek daftar melalui web anda, automatik dia akan menjadi downline anda.

PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN ANDA
- Anda hanya perlu mempromosikan web replika anda dan nikmati keuntungan 100%.


Apa tunggu lagi, daftar segera!!

http://www.jutawan50.com/?id=duitsegera


Salam semuanya.. Pada pagi yang sangat sunyi nak menunggu waktu bersahur nie.. benda paling wajib untuk dilakukan apalagi kalau x menghadap depan laptop nie.. Bila aku tgk Facebook, aku asik je nak tgk satu video nie.. Hahahahahha.. Lebih doblas kali aku dgr rakaman perbualan ni dan lebih doblas kali jugaklah aku ketawa terbahak-bahak dgr kisah nie..

Kisah berkenaan si lelaki iaitu seorang mat penjual berger ni menghantar SMS kepada sebuah deejay radio menyatakan luahan hatinya.. Melihat kesedihan cerita si mat berger ni, deejay tu pun menghubungi si lelaki ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tunangnya yang nak putuskan hubungan kerana mengejar lelaki lain.. So, deejay ni pon call lah si minah yang mana tunang kepada si mat beger nie.. Mulalah aksi panas antara mereka nie dan lebih panaassss lagi bila membabitkan deejay radio nie sekali...

Kisahnya, si minah ni nak putuskan hubungan dengan tunangnya iaitu mat berger ni kerana si minah nie x sanggup nak hidup bersuamikan si mat penjual berger kerana dikhuatiri x dapat menyenangkan kehidupannya satu hari kelak.. Kalau saper pernah terdengar kisah mereka berdua nie.. Hahahahaha.. Memang teruji kesabaran lagi2 pihak romeo.. tercabar teruna bila dengar kata-kata cerca seorang minah yang ala-ala materialistik (sebenarnya bukan ala-ala lagi, dah memang pun..) kerana sanggup mencari lelaki yg kaya yang sanggup memenuhi keinginan dia.. Hai, x paham jugak la aku.. Ada jugak minah materialistik yang advance mcm gini.. Dah bertunang pulak tue..

Si mat berger pulak, aku mula simpati jugak dengan mat sorang nie.. yelah.. Gara-gara dia seorang penjual berger, sanggup awek dia lari tinggalkan dia.. Pasti lepas ni persatuan penjual berger Malaysia bangkit menindas kenyataan minah nie.. Hai, dunia dah nak kiamat kot.. Mcm aku ckp td.. Deejay pon dah naek panassss dengan statement si minah nie.. Deejay yg jugak lelaki ni apa lagi, Kasik satu dass kat si minah nie.. Aku paling suka statement si deejay nie antaranya, "ni perempuan yang tak elok nie", hahahahahahahha.. tp si minah materialistik ni selamba giler kutuk si deejay ni antaranya, "setakat jadi deejay radio, belum tentu lagi kaya!!"

Aku perasan gak si deejay ni terkedu sekejap dengan si minah nie.. Hai, aku pon tercengang jugak dengan statement berapi minah nie.. Kalau aku jumper minah nie kat Facebook, memang siaplah si minah nie kena.. Erm.. Susah betol dipercayai ada lagi minah materialistik sekarang nie.. Tapi paling x boleh blah bila si mat berger nie cakap die dah beli lori.. Hahahahahahaha.. Berdekah aku ketawa!! Siap aku terus pegang bantal pelok aku dan gigit!!! Aku ketawa bukan sebab mat berger ni beli lori.. Tapi statement daripada si minah nie yang antaranya berbunyi, "I x nak lori ke, van ke, I nak kereta ok!!"

Hai, dalam hati aku.. Minah nie mungkin SPM failed kot!! Opps.. Kenapa aku cakap macam tue?? Yelah.. Kalau aku, bek amik lori daripada kereta.. Harga lori dengan kereta kancil, mana lebih mahal?? Apalah minah nie.. Daripada tutur silang kata minah ni pon aku dah tau.. Di nie bukan jenis perempuan baik pon.. Oppss... Sorry to say la kan, kadang-kadang lelaki nie amat pentingkan kecantikan dalaman daripada luaran cik adik oii.. Renung-renugkanlah yerk!!

Sebenarnya ada kisah menarik yang aku dapat dalam kisah mereka nie.. Aku nie mcm nie la.. Bila x der keje.. Saja cari kejer.. Bila aku fikir-fikir balik.. Jadi penjual berger bukan ker lebih bagus daripada keje kerani?? Keje ikut waktu sendiri.. Keje beberapa jam jer.. Pendapatan harian pulak tue.. Kalau ikut gaya, silap2 kalah orang yang keje eksekutif kat bank.. Income sebulan.. Nie pon based pada experience aku jugaklah.. X payah jauh2.. Kat kampung aku jer.. Si mat jual berger nie mmg x menang tangan amik order.. Kadang2 yang datang mintak sampai 7, 8, 9 berger sekaligus!! Cuber org yang cerdik pandai tu kira keuntungan si mat berger kat kampung aku..

Andai kata si mat berger kampung aku dapat jual sehari 15 berger benjo (RM1.20 satu), 40 berger daging & ayam (RM1.60 satu), 25 berger special (RM2.50 satu).. Katalah modal dia RM80 sehari.. Jom tgk berapa keuntungan bersih yang dia dapat:-

RM1.20 x 15 = RM18
RM1.60 x 40 = RM64
RM2.50 x 25 = RM62.50

Jumlah Kesemuanya = RM144.50 - RM80

Untung Bersih = RM64.50 Satu Malam!!

Sebulan boleh dapat RM1935.. Itu baru aku cerita kisah mat berger kat kampung aku.. Belum aku cerite kisah mat berger yang jual kat bandar2.. Lumayankan?? Kalah org yg ada ijazah..

Apa yang pasti, aku memang penyokong mereka yang berniaga sendiri nie.. Coz aku pun sedang berniaga sendiri jugak.. Dan tak ada hinanya apabila menjual berger sebab kita adalah boss!! Kita boleh buat apa yang kita nak buat.. Lagi hina sebenarnya apabila jadi lelaki yang masih menumpang harta mak bapak walaupun dah umur lebih 30 tahun.. Oppsss!! Sori k!! Saper2 yang terasa tue cepat2 la tersedar..

Perihal si minah gadis nie, alahai.. Maaf cakap la yerk.. Kalau materialistik macam tue, gamaknya satu hari nanti orang pon dah naik menyampah dah.. Sedar2lah yerk..

Tetibe pagi2 buta nie aku teringat kat awek aku.. Nak kol dah tido rasanya.. Kol 2.59 pagi!! Hurm.. Rasanya dah lama aku x berbual dan ber"SMS" dengan dia.. Bila lihat kisah macam nie.. Terkenang kat awek sendirik.. Tapi nasib baik la dia tak macam tue.. Hadiah besday pon x penah mintak.. Yang aku pon satu.. Nak belikan dia patung Pooh x beli2 lagi... Rasanya dah masuk 4 tahun dah nie.. Hahahahaha.. Ape punya boypren la.. Hahahahahha.. Tapi seyes beb!! Dia memang jenis perempuan yang cukup sempurna pada pandangan aku.. Tak pernah meminta lebih.. Aku pun bukan hensem sangat pun!! (terpaksa mengaku)..

Aku pun x ingat bila kali terakhir aku SMS awek aku nie.. Last aku ingat kol dia 2 minggu lepas dalam lebih setengah jam!! Tu pun mungkin sebab rindu giler.. Pastu dah senyap.. Kat Facebook pun jarang berbual.. Senyap jerk.. Dia nie ok ker?? Tag apepon xder respon.. Hurm.. Kene call jugak la.. Perghh.. Tetiba nak citer pasal awek sendirik.. Ape kes?? Ni mesti terkesima lagi dengan minah materialistik tue.. Hahahahaa.. Yelah.. Langsung berbeza dengan perangai awek aku nie.. Lama x jumper awek aku nie.. Dah macam jauh je nak jumpa... Kadang2 setahun sekali baru jumpa.. Tu pun hari raya.. Aiyak?? Percintaan apakah ini?? Tp nak buat cmaner.. Kitorang tetap pasangan kekasih..

Tahun nie dia dan family dia dah pindah.. Agak jauh jugaklah.. Coz ayah dia dah start pencen.. Beli rumah baru.. Sebut pasal raya, aku tak boleh lupakan kisah raya tahun lepas dan raya 2 tahun lepas... Cerita kisah 2 tahun lepas la dulu.. Masa tu aku dan member kamceng kampungku si Fazli pergi beraya rumahnya.. tu la 1st time aku beraya kat rumah dia.. Sampai je kat rumah dia bapak dia ada.. Alamak, 1st time tgk muka ayah mertua.. hehhehehe.. Garangla pulak.. Ayah awek aku keje polis.. Mak dia pulak cikgu GPK HEM.. Pasti korang boleh rasa bagaimana dia dibesarkan kan??

Berbalik kisah raya td, sampai je.. kitorang disapa bapaknya.. Lalu masuklah ke dalam rumah awek aku.. Bapak die layan kitorang berdua.. Alamak.. Susah2.. Aku mmg pemalu orangnya.. Akhirnya, member aku si Fazli ni yang layan bapak mertua aku manakala aku pulak tersipu-sipu memandang awek aku... Tetibe aku boleh pulak sempat berbisik kat awek aku tue.. Hahahahahaha.. Balik jer, masa dalam kereta.. awek aku pon mulalah SMS.. Masih teringat petikan dari SMS tu yang berbunyi, "mak dengan ayah kata awak dengan Fazli sopan jer.. nampak baik".. Hahahhaha. Ketawa berdekah-dekah aku dengan si Fazli time nak balik..

Hui.. Letih la pulak... Kalau ada masa aku citer pulak tentang kisah beraya rumah dia di lain kali.. Aku nak bersahur dulu.. Owh.. sebelum terlupa.. pasal mat berger ngan minah materialistik tue.. tolong renung-renungkanlah yerk.. kita jumpa lagi lain kali.. Bye..

Salam Satu Malaysia,

Hari ni Ahad.. Seperti kebiasaannya akan ada satu perasaan boring dan tersangat lemah dalam diri ni coz esok nak kene gi kelas... Rasanya ramai orang merungut bila tiba hari Isnin nie.. Tapi nak buat camaner kan?? Dah tanggungjawab kita.. Harus laksanakan jua..

Satu kisah paling tragis dalam hidup aku skrg nie bila aku kehilangan Facebook aku.. Segala-galanya berlaku pada hari Jumaat kira-kira jam 4.30 petang.. Ntah kenapa satu perkara paling tidak menyeronokkan apabila Facebook aku dilumpuhkan tanpa meninggalkan sebarang wasiat kepada aku.. Sedeykan??

Mungkin ada sebilangan orang mengatakan apa pentingnya Facebook dalam kehidupan??... dan mengapa nak menangisi kehilangan Facebook?? Buat baru sudah!! Sebenarnya dalam situasi aku, ia merupakan satu kehilangan yang sangat besar.. Aku masih ingat sewaktu aku mula-mula membuat Facebook.. Masa tu, orang x byk citer pasal Facebook lagi (masih belum popular la tue..) dan aku buat pon coz ader member aku yang suruh buat.. Ala.. buat je la..

Lama-lama aku mula nampak apa yang Facebook boleh lakukan untuk ubah kehidupan aku.. Ramai yang x tau.. Dengan bantuan Facebook jugaklah aku dapat menjana beribu-ribu ringgit melalui beberapa perniagaan online yang aku jalankan di Internet.. Sebelum nie, aku cuma mempromosi di laman-laman pengiklanan dan blog tp aku tetap merasakan Facebook still tempat terbaik aku mencari rezeki.. Kenapa?? Jawapan aku simple je.. Coz Facebook tempat di mana semua orang berkumpul.. Nowadays, sumer org ada Facebook.. Daripada ahli politik, usahawan, doktor, tukang masak, pelajar universiti, suri rumah sampailah ke pekerja kilang pun ada Facebook.. Jadinya, pasaran di Facebook sangat besar..

Aku bagi contoh, seorang jurujual yang nak menjual barangan.. Untuk melariskan jualan mereka, ke tempat mana dia harus menjual dan mencari pelanggan? Aku bagi 2 pilihan jawapan.. Ke rumah-rumah atau ke pasar malam/pusat beli-belah?? Pastinya ke pasar malam atau di pusat bli belah kerana pasaran di sana lebih besar dan menjimatkan masa.. Sama juga halnya dengan Facebook...

Jadi kenapa aku begitu sedih apabila Facebook aku dilumpuhkan?? Disini aku bagi beberapa sebab kenapa aku sayang dengan Facebook lama aku..

1. Jumlah rakan dalam Facebook aku dah melebihi 1000 orang.. Agak sukar sebenarnya nak mendapatkan jumlah tersebut kerana aku bukanlah jenis orang yang suka add orang lain kecuali aku mengenali orang tersebut.. Sebahagian rakan di dalam list aku itu adalah terdiri daripada prospek-prospek bisnes dan kebanyakan daripada mereka juga yang add aku.. Aku amat menghargainya..

2. Dengan kehilangan Facebook lama aku, aku kehilangan juga lebih 100 group bisnes di dalam Facebook yang aku gunakan untuk menjalankan perniagaan.. Sukar sebenarnya untuk mencari kembali laman group terbabit.. Ya.. Perlukan masa dan aku BENCI dengan masa kerana masa selalu cemburu dengan aku..

3. Ramai kawan-kawan aku juga "hilang" dari Facebook.. Kalau kawan yang dah biasa dan selalu bolehlah jumpa dan add kembali tapi kalau kawan-kawan zaman persekolahan dulu.. Argghhh.. Aku tau, diorang mungkin x tau yang Facebook lama aku dah disabled.. Jadinya, diorang xkan add aku untuk Facebook nie.. Nak x nak, aku kene add satu persatu dan aku bengang untuk melakukannya!!

4. Aku hilang semua gambar-gambar kenangan.. Dahlah sekarang nie aku cuma ada Facebook dan Twitter saja.. Laman lain seperti Friendster, Myspace dan Tagged dah x aktif dan aku delete.. Dekat twitter aku x ada apa2 coz aku baru je buat.. Fail gambar aku kat dalam komputer pon dah x ada.. Hilang dah semua sama ilangnya apabila komputer aku rosak.. Aku ingatkan Facebook penyelamat aku.. Tapi rupanya tidak.. Gambar-gambar kenangan aku hilang begitu sahaja.. Isk.. Isk..

Dan aku rasa banyak lagi cerita berkenaan Facebook lama tue.. Dan susah aku nak terangkan.. Aku dah pun buat Facebook baru.. So far, baru 2 hari buat.. list fren dah nak cecah 200 orang.. Tapi benda sukar sekarang nie aku nak bina balik "empayar" aku macam dulu.. Susahlah nak wat bisnes macam ni karang..

Apapon.. Aku mmg bukan sorang yg mudah mengalah.. Hidup perlu diteruskan dan Insya-Allah, satu hari nanti, aku akan berjaya...

Ahad, 22/08/2010 (10:02P.M)


Salam,

Pengumuman terbaru tentang kenaikan harga minyak dan gula, ketika kita diambang Ramadan dan Syawal benar-benar memberi pukulan hebat kepada kebanyakan daripada kita.

Semua orang akan terjejas. Perbaanjaan harian kita pasti naik. Minyak kereta, kos sarapan pagi, tambang bas anak dan keperluan-keperluan lain.

Kenaikan harga minyak ini adalah ibarat teori domino, selepas satu naik, ia akan diikuti dnegan berbagai-bagai kenaikan lagi sedangkan pendapatan bulanan kita tidak berubah.

Jadi, adakah anda nak angkat sepanduk buat bantahan bagi menghalang kenaikan harga minyak?

Jika anda adalah seorang ahli yang aktif bagi mana-mana parti pembangkang...no komen.

Tapi, saya ada satu cadangan bagi mengatasi masalah ini secara proaktif. Ia bukan sahaja akan menyelamatkan anda daripada masalah kewangan akibat daripada kenaikan harga minyak, tetapi juga mampu memberikan pendapatan tambahan yang lumayan.

Sekarang dah masuk bulan Syaaban, ketika ini, peniaga pakaian, songkok, tukang jahit, kain songket sudah mula mengatur strategi bagi 'menggempur' pasaran hari raya yang mana setiap tahun membolehkan peniaga-peniaga ini mendapat pulangan yang lumayan.

Apa yang kami ingin cadangkan bukanlah menjual pakaian, songkok ataupun menerima tempahan. Bisnes tersebut memerlukan kemahiran dan premis tetap berserta lesen yang agak merumitkan kerana misi anda hanyalah untuk menjana pendapatan sampingan.

Tetapi, ada satu peluang bisnes yang anda boleh cuba bagi mengambil peluang daripada market musim perayaan ini. Ia tidak memerlukan premis, ataupun lesen. Iaitu bisnes kuih raya.

Kuih raya 'ready made' sentiasa mendapat permintaan yang tinggi setiap kali tiba musim perayaan. Disamping itu, perniagaan ini adalah sangat mudah dijalankan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Percaya tak, dengan strategi yang betul, anda boleh menjana pendapatan yang menyamai setahun dengan hanya berkerja sebulan melalui bisnes kuih raya.

Nak tahu apakah strategi-strategi tersebut:

KLIK SINI http://www.rahsiakuihraya.com/index.php?ref=ramdan87


Hai, lama x post kat blog nie.. Aku pon dah x perasan yg blog nie aku yang punya.. hahahhahahahaha..

Kisah hari ni aku nak bawak korang sumer amati kisah dan citer tentang seorang remaja baru 16 tahun jadi jutawan dengan menjalankan perniagaan internet.. Berikut merupakan ceritanya...

NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta). Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace. Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan. Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. - Agensi

Apa komen anda??

Top Sponsor

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com 57 Jenis Senarai Biasiswa Malaysia 2012 | Biasiswa JPA | Biasiswa Mara | Biasiswa Petronas Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jom Berbual