DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Selamat malam Malaysia!!


Hari ni jugak gua nak share satu lagi resepi yang gua buat.. Mudah dan ringkas je.. Dah hujung-hujung bulan katakan.. So, gua nak share kat korang satu resepi ni.. Lihat bawah ni la k..


SUP DAGING ORANG BUJANG HUJUNG BULAN

Bahan-Bahan:

100gram Daging Lembu
1/2 biji Lobak Merah
Sedikit Daun Sup
4 batang Kacang Bendi
1/2 bungkus Maggi Secukup Rasa
1 biji Tomato
1/2 bungkus Perencah Sup Adabi
Garam dan Gula secukup rasa
Air

Cara-Cara Memasak:

1.  Sediakan periuk. Masukkan air dan rebus daging tadi. Tutup sekejap.
2. Setelah mendidih, masukkan Maggi Secukup Rasa dan masukkan juga lobak merah.
3. Biar seketika selama 1-2 minit. Masukkan pula Perencah Sup Adabi dan gaul sebati.
4. Masukkan kacang bendi tadi dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan mendidih dan seterusnya bolehlah masukkan tomato dan daun sup. 
6. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai untuk mereka yang berdiet atau bole dihidangkan bersama nasi.

P/S: Beli barang semalam, mak cik kedai siap tanya aku camaner nak masak macaroni... Perghh!! 

Salam Semuanya,

Gua rasa macam dah mampus je blog gua nie.. Tak ada langsung update terbaru.. Beselah, sejak dah menceburi byk bidang ni, susah sikit nak luangkan masa tapi hari ni gua betul2 free!! Bila dah betul2 free gua takde laen akan mempraktikkan skill memasak gua.. Hari nie gua nak share lu orang satu resepi yang simple je nak buat untuk korang makan time petang-petang atau tengah tengok TV ke.. Mesti korang suka makan puding kan?? Hahahahaha..

Actually, puding ni gua buat memang last minute.. That's why gua namakan puding ni puding jagung last minute.. Gua memang suka apa2 yang berkenaan jagung.. Memang favorite gua!! Jagung bakar, ais krim jagung, crepe jagung, jagung rebus dan sewaktu dengan jagung memang gua suka makan.. Ok, tak payah nak melalut lebih korang tengok je resepi kat bawah nie... Simple je, tak sampai 10 minit nak sediakan..


PUDING JAGUNG LAST MINUTE!

Bahan-Bahan:

1 Bungkus Agar-Agar
1 tin Jagung Manis
1 tin Susu Cair Calmations
1 cawan Gula
400ml Air

Cara membuatnya:

1. Sediakan periuk. Panaskan pada suhu api yang sederhana. Tuang susu cair ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.. Gaul dengan sebati. Selepas itu masukkan jagung manis dan teruskan mengacau susu cair tadi.
3. Masukkan air dan kacau semula. Masukkan pula agar-agar tadi.. Kalo bole gunakan yang serbuk. Teruskan mengacau sehingga mendidih.
4. Sediakan bekas yang bersesuaian dan corak yang kita suka. Tuang dengan perlahan-lahan supaya tak terkena tangan. Karang sakit!!
5. Last masuk dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit kemudian bolehlah dihidangkan.

P/S: Kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman... Baru bole dapat gelaran Senyuman Menawan macam gua!! Hahahahahaha..

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan