DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Malam Hujung Minggu,

Banyak benda sebenarnya berlaku pada aku dalam beberapa minggu nie.. Rasa boring lak nak pikirkan.. Apa yang nak didahulukan kenelah didahulukan.. Sayangnyer start hari nie "berukband" aku dah koma.. Tak tau lak biler agaknyer nak pulih balik.. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan atau x bangun2 lagi.. Semuanya duit!! Orang kata duit bukan segala-galanya!! Hello.. Memanglah.. Duit bukan segala-galanya.. Tapi segala-galanya perlukan duit.. Nak masuk jamban takder air pon kene bayar tau! Huhuhuhu...

Ok, lupakan sejenak pasal exam, research, duit, problem ngan awek (biarlah rahsia!).. Sumer tue buat fikiran jadi kusut.. Aku dah jumper dah "buah hati" baru aku.. Siang malam aku terbayang-bayang.. Sangat cantik kalo dapat.. Aku nak citer pasal model kereta terbaru daripada Proton.. Apa dia adik2?? Ye.. Pandai.. Proton Inspira!!

Kalo korang nak tahu, Proton Inspira yang bakal dimiliki oleh orang ramai ini maybe boleh buat pemilik Proton Waja terlopong sakan tgk org2 yg ader kereta proton ala-ala Lancer nie.. (Bukan ala-ala lagi.. Mmg ya pun..) Ahahaha!



Proton Inspira ini akan menjengah dalam pasaran dalam empat jenis warna iaitu warna merah, putih, hitam dan silver. Sekarang pun orang ramai dah sebuk2 nak gi tempah kereta yang mirip Mitsubishi Lancer ni dengan deposit sebanyak RM1,000... Ingat ye adik2.. RM1,000, bukan RM100.. Kalo ader RM100, bolehlah gi "Kepsi" jer..


Aku dapat tahu gak, sapa yang beli Proton Inspira (pembeli terawal) boleh menikmati servis percuma daripada Proton untuk 2 tahun ataupun 50,000km bernilai RM1,658.00. Fuyoo!! Jimat duit tue kalo nak balik kampung.. Khabarnya, Proton Inspira ni dah boleh dimiliki sebelum 31 Disember ni kalau buat tempahan sebelum 15 November.



Kalau tak silap aku, harga dalam brochure yang aku tgk dalam bawah RM80K On the road.. Rasanya tu yang manual kot?? Yang auto aku tak tau.. Cuma satu jer yg org mula ckp2 belakang pasal Proton Inspira nie adalah bentuknya yang "sejibik" dengan Mitsubishi Lancer.. Maybe ruang dalam kereta ngan belah depan jer yg berbeza.. Bukan aper, x nak la nanti ader suara2 berkumandang mengatakan Proton ni suka tiru-meniru model kereta lain.. Tapi biler pikir2 balik, dah nama pon kereta.. Gitu jugaklah bentuknya.. Ape-Ape pon, aku tetap "jatuh cinta" dengan Proton Inspira nie.. Huhuhuhu..



P/S: Hanya mampu dipandang, tapi x mampu dimiliki...


Yeah!! Hepi Sunday Sumernya!!

Pejam celik pejam celik dah tinggal beberapa hari jer lagi untuk meninggalkan dunia "study" di universiti nie.. Rasa macam cepat jer masa berlalu.. Ye la, 3 tahun.. Mcm2 boleh berlaku.. Rasa mcm baru jer minggu lepas daftar masuk sebagai pelajar UiTM dan baru jer praktis nyanyi lagu "UiTM Dihatiku" dengan lagu "Wawasan Setia Pelajar".. Pagi2 nie mulalah "sentimental value" tu nak muncul!! Biler terkenang zaman mula-mula nak masuk sini.. Hahahaha.. Lawak ada.. Sedih Ada.. Hepi ada.. Bangga pon of coz la ader gak!! Huhuhuhuhu..

Sekarang dah 3 tahun.. Dah byk perkara yg aku belajar dekat sini.. Bukan setakat belajar subjek2 dalam kelas jer tp aku belajar byk benda dan perkara pasal kehidupan.. Maybe experience nie sgt baik untuk zaman bekerja nanti.. Huhuhuhu.. X mau la emo2 dalam beberapa minggu je lagi.. Tp sebenarnya mmg aku nak emo pon sebenarnya.. Byk gambar2 kenangan aku since part 1 dulu dah ilang.. X dpt nak wat cmaner biler komputer dah rosak.. Harapkan Fesbuk, Fesbuk aku pon kene "delete".. Skrg dah wat Fesbuk baru, tp semestinya xkan samer mcm fesbuk yg lamer.. Org kater, "patah tumbuh hilang berganti".. Tp x semestinya yg tumbuh dan berganti semula tu akan tetap sama seperti yang asalnya.. Huhuhuhu..

So, untuk post aku kali ne aku nak letak pic gambor2 aku di sini.. Sajer je.. Wat kenangan dan pastinya jugak untuk langkah berjaga2.. So, kalo lappy rosak or Fesbuk kene delete lagi.. Xlah aku susah2 nak emo.. Huhuhuhu.. Sediakan payung sebelum ujan.. Dan pic2 yg aku letak nie sumer aderlah pic kesayangan aku.. Feveret giler!! Nak tau naper?? Korang nilaikanlah!!





Pic nie dirakam sewaktu kelas Change.. Hahahaha.. Nak tergelak pon ada biler ingat time nie coz kita disuruh untuk kembali ke alam "Tadika" dengan melukis topeng then kene perform kat depan.. Fun giler time nie..

TO BE CONTINUE... (Aku x tau pasal aper susah sgt nak upload gambar.. Dari pagi sampai malam aku nak upload.. X dapat2.. Nanti la yerk post.. TUNGGU!! Huhuhuhu..)


Salam Satu Malaysia Semua!!

Yeah, Akhirnya.. Saat ditunggu telah pon tiba.. "Setel" sudah segala macam test dan assignment yang memeningkan kepala otak aku beberapa minggu nie.. Lehlah rilek sekejap dan standby tok final exam dan research yang dah mcm buah pelam.. Dok lama sangat terperam x usik2.. Supervisor aku pon dah senyum2 biler jumper.. Ye2.. Saya paham ye Madam.. Tunggu!!

Dah lama benor aku x updated blog aku nie dengan benda2 baru.. Hari nie aku nak update kaw2 punya isu-isu atau berita-berita terbaru yang berlaku baru-baru nie.. Oklah, hari nie aku nak bercerita pasal Bajet Penuh 2011 yang baru sahaja dibacakan oleh Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak di Parlimen petang tadi yang kali ini bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi".. Aku x dapat nak tengok secara langsung bajet tersebut coz petang tadi aku tengah bertapa dalam dewan "berhantu" untuk "meluluskan" diri dari pertapaan aku nie.. 3 tahun dah cukuplah.. Malas nak bertapa lama-lama.. Huhuhuhu.. Tapi dengan bantuan "tenet" hari ini, aku dapat juga tahu bajet 2011 yang dibentangkan..

Jom kita sama-sama tgk intipati Bajet 2011 yang aku bacer di Berita Harian nie..

INTIPATI BAJET 2011

1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

6. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

7. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

8. Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

9. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

10. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

11. Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

12. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

13. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

16. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

17. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

18. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

19. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

20. Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

21. RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

22. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

23. Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

24. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

25. Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

26. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

27. RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

28. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

29. Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

30. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

31. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

32. Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

33. RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

34. RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

35. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

36. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

37. Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

38. Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

39. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

40. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

41. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

42. Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

43. Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

44. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

45. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

46. Melancarkan Dana Pencen Swasta.

47. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

48. Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

49. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

50. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

51. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

52. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

53. Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

54. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

55. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kalau nak ditanya pendapat aku tentang Bajet 2011 nie, banyak perancangan lebih memfokuskan kepada ekonomi dan pembangunan iaitu apabila akan ada perbelanjaan untuk membina sebuah menara setinggi 100 tingkat dan pastinya lebih tinggi daripada KLCC dengan peruntukan sebanyak RM5 Bilion.. X banyak komen tentang nie tp pada aku, ia "agak" juga menimbulkan ketidakpuasan dari segelintir pihak yang merasakan alangkah baiknya jika RM5 Bilion itu digunakan untuk memperkasa bidang-bidang lain yang lebih bermanfaat dan setidak-tidaknya mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran di Malaysia.

Selain itu, satu berita gembira apabila kerajaan memansuhkan cukai jualan bagi telefon bimbit dan ini sangat mengembirakan "kaki-kaki" henpon nie tok bertukar-tukar henpon diorang.. Satu perkara "tak dijangka" sebenarnya.. Tapi bagus jugak untuk rakyat, sekurang-kurangnya harga Henpon kini menjadi murah!! Nak Blackberry ke iPhone yerk?? (Mimpi je la ko Don!!)



Oh yer, buat kakitangan kerajaan.. Tiada BONUS yer.. Xper.. Tiap2 taun nak bonus pon xleh gak.. Yang penting kerja mesti produktif dan membantu meningkatkan keupayaan kerajaan membangunkan Malaysia.. Jangan la pulak keluar rehat pukul 12tgh, pukul 2ptg x muncul2 lg batang hidung (aku nak perli sebenarnya!! Hahahaha..)

Erm.. apa-apa pon aku amat suka dengan setiap bajet yang telah dibentangkan setiap tahun yang telah menjadi satu wahana yang membawa Malaysia jauh kehadapan berbanding negara-negara lain yang lebih lama merdeka daripada kita.. Malaysia Boleh!!

P/S: Menunggu jugak kot2 tahun nie dimansuhkan pembayaran balik PTPTN dan menjadikan PTPTN sebagai biasiswa.. Huhuhuhuhu...


Salam Hujung Minggu,

Ahh.. Leganya bila hujung minggu nie.. Dah kurang sikit kerja yang nak dibuat dah.. Agak lega la sikit bila semuanya dah nak abes.. Tapi masih ada lagi yang menunggu nak disiapkan lagi.. Mata ni pun asik nak tertutup jer.. Mengantuk sangat nampaknya.. Huhuhuhuhu..

Agak lama gak aku tak post something new kat blog aku nie.. Bukannyer aper, sajer nak rehatkan jari-jemari aku yang dah lama penat menaip assignment.. Idea memang byk.. Huhuhuhu..

Ok, aper topik kiter hari nie adik-adik?? Oklah.. Aku nak citer kat korang kisah pasal nasi.. Maner aku dapat idea nak citer pasal nasi nie?? Actually td aku tengah ada "class" menimba ilmu pengetahuan camaner nak buat duit dan nak gandakan duit kita itu menjadi beratus-ratus ribu di ASB.. Tapi tue untuk mereka yang ada pekerjaan tetap la.. Yang student tue, xpe.. Wat jer cara manual tok korang simpan duit di ASB.. Ada juga pelaburan tue.. So, tengah bacer2 tue aku pikir, senang rupanya nak cari duit nie.. Cuma kita x tau cmaner nak mulakan.. Lgpon, byk juga syarat2 nak dipenuhi.. Well, cam beselah.. Usaha tangga kejayaan.. Perlu ada usaha, nak makan nasik pon perlukan usaha.. Nasik?? Mcm tu la cara cmaner aku dapat idea nak citer pasal nasik nie..



Ok, berbalik kisah nasi nie.. Aku suker nak citer pasal nasi nie coz aku x makan nasi lagi!! Waaaa... Saper baik hati nak belanja nasi kat aku?? Aku rela hati menampakkan diri.. Sebenarnya kalo korang nak tau nilai nasi memang sangat berharga.. If kalo kiter ader duit berkoyan-koyan pon kalo kita xder nasi, susah hati jugak.. Ye la kan, takkan ko nak makan duit tu lak?? Mestilah makan nasik!!



Dulu time aku kecik2 dulu mak aku selalu cakap, jangan bazirkan nasi.. Nanti nasi tue menangis.. Cikgu2 aku dulu pon ckp macam tue.. Diorang kate nasi tu boleh menangis.. Aku yang dulu masih kecik dan terpengaruh dengan Satria Baja Hitam ngan citer Otromen Taro nie pon percayalah jugak yang nasi tue boleh menangis.. Hai, x sangka aku boleh tertipu.. Mesti korang dulu pon tertipu jugak macam aku kan?? Hahahahahaha..

Tapi sebenarnya apa orang-orang tua dulu nak sampaikan ialah jangan membazir nasik tue.. Yela.. kan banyak betol sindiran dan kata-kata perumpamaan dalam masyarakat Melayu nie.. Erm.. bagus betol orang-orang tua zaman dulu.. Dah bijak berfikir.. Mereka menggalakkan agar nasi tue janganlah dibazirkan dan jangan dibuang walaupon sebutir nasik..



Sekarng nie orang dah tak heran semua tue.. "Biarlah nasik tu nak menangis ke hapa!! Apa hubungan aku dengan nasik tue??".. Jangan ingat aku yang mereka sendirik dialog ni k!! Ader orang yg pernah ckp mcm nie pada aku dulu bila aku tegur jangan bazirkan nasik.. Nampak sangat biadapnya manusia zaman sekarang.. Kalau nasi xder, mulalah merungut xder nasi la, laparlah.. Bila nasik dah terhidang depan mata, x nak bersyukur!! Erm.. Orang2 Malaysia dah kayakan??

Bukan nak kata aku nie baik ke tidak tp kalo korang pernah "interbiu" member2 aku yg selalu makan ngan aku, diorang akan sure perasan yang aku punya pinggan kadang2 licin xder nasi satu pon.. Tapi memang dari kecik aku dah terbiasa coz dulu aku jenis yang sangat berperasaan simpati.. Jadi bila aku dipengaruhi oleh kata-kata "nasik akan menangis", aku jadi kesian dan sebolehnya aku x nak buang nasi tersebut.. So, maybe oleh sebab dah terbiasa tu la sampai dah besar aku tak nak membazir bila makan nasik..

Bayangkan kalo setiap rakyat Malaysia nie makan dan buang 5 butir nasi (anggaran jer coz ader yg buang satu periuk!!).. Rakyat Malaysia sekarang ada 28.9 juta orang.. Jadinya dah berapa kilo beras yg mereka dah bazirkan?? Tu baru sehari punya cerita.. Kalo seminggu?? Sebulan?? Setahun??.. Kadang-kadang kita x sedar kerana kita merasa apa yang kita lakukan itu nampak sedikit jer tp bila kita amati, sedikit-sedikit itulah akan jadi bukit nanti!! Kecian pada mereka yang x berkemampuan nak makan nasi, kadang2 sampai sisa nasik kat tepi tong sampah diorang bedal!! Insaf sungguh!!





Janganlah membazir.. Hargailah nasi itu walaupon sebutir kerana ianya sangat bernilai.. Mungkin ini adalah hikmah kenapa Rasullullah S.A.W menjilat jari baginda selepas makan selain ada enzim yang baik untuk penghadaman.. Ingatlah pembaziran itu mainan syaitan.. Bak kata iklan kat TV, "Sebutir nasi itu ibarat setitik peluh petani.. Hargailah beras kita!!"

Top Sponsor

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com 57 Jenis Senarai Biasiswa Malaysia 2012 | Biasiswa JPA | Biasiswa Mara | Biasiswa Petronas Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Jom Berbual