DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Hey, Don Dale back!! 

Hahaahaha.. Rasa lama giler gua tak meroyan kat diari peribadi gua nie.. Ye la, tak de apa yang menarik la gua nak cerita.. Tapi hari nie gua nak sentuh pasal benda yang "hot" diperkatakan sekarang nie iaitu pasal satu program yang dibuat di One Utama, iaitu "I Want To Touch A Dog" beberapa hari yang lalu.. Masa hari program nie dibuat, gua dapat whatsapp kat group member sekolah lama gua, diorang post program nie.. gua pon terkejut!! Nama jer dok dekat ngan One Utama tapi aku langsung tak tahu ada program macam tue.. Hahahahahaha..


Bagi gua la secara peribadi, apa faedah daripada program tersebut?? Nampak macam ianya memang something yang really annoying beb!! Apa yang lebih dikesalkan adalah kerana ianya melibatkan sensitiviti kaum Islam di Malaysia. Semua kaum sudah sedia maklum yang agama Islam melarang umatnya untuk menyentuh babi dan anjing kerana kedua-dua binatang itu adalah tergolong dalam najis yang berat. Dan menyentuh binatang tersebut secara sengaja atau tidak sudah pastilah hukumnya haram. Bagi gua, tak perlu orang Melayu atau orang Islam untuk turut serta dalam program itu kerana ianya benda basic yang ibu bapa akan ajar pada anak mereka sejak kecil. Bila berlaku perkara sebegini, nampak tak yang education daripada orang tua untuk generasi sekarang tak ada.. Pasal ibu bapa sekarang ambil mudah perkara ini dengan mengganggap anak bila dah besar boleh tahu sendiri halal dan haram nie.. No need to study ok!! Namun, gua amat risau lebih-lebih lagi dengan golongan muda hari ini yang lebih bersifat liberal dengan mengganggap sesuatu perkara adalah "kuno" atau "tak relevan" sehingga mereka dengan selamba menolak hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. 


Gua sekarang tinggal di Petaling Jaya.. Boleh dikatakan kawasan kejiranan gua adalah bangsa Cina. Ada diantara mereka membela anjing dan ada kalanya mereka seolah-olah melepaskan anjing mereka berkeliaran di kawasan luar rumah tanpa penjagaan. Gua ni pulak memang pergi dan balik keje jalan kaki je, So, setiap hari gua akan lalui pengalaman dengan anjing nie.. Teringat masa mula-mula pindah ke sini beberapa bulan lalu, gua selalu diganggu oleh anjing sampai gua letak batu dalam beg.. Hahahaahaha.. Kira senjata gua la tue.. Memang pengalaman tak terlupakanlah bila berdepan dengan anjing nie. Tapi sekarang dah tak lagi pasal gua dah arif dan tahu bagaimana nak mengelak daripada diganggu oleh anjing nie.. Hebat tak? Hehehehe.. Tapi sebenarnya gua respek kat penduduk Cina kat area kawasan rumah gua ni, selain berbudi bahasa dan peramah, kadangkala bila gua terserempak dengan mereka yang membawa anjing bersama untuk bersiar-siar, mereka seakan memahami apa yang tidak dibolehkan kepada orang Islam. Bila gua nak lalu kadang tuan anjing ajak anjing dia sampai ke tepi jalan semata-mata nak beri laluan untuk gua lalu jalan tersebut. Pasal mereka tau anjing adalah haiwan yang tidak boleh disentuh oleh orang Islam. Tak kisahlah secara sengaja atau tak.. Inilah sikap toleransi yang perlu ada pada setiap kaum di Malaysia.


Pengalaman lain pasal anjing nie, gua pernah sekali tangan gua dijilat anjing. Masa tu tengah dalam perjalanan ke opis la.. Gua tak sedar ada anjing kat belakang gua pasal dia datang secara senyap2.. Tetiba tangan gua kena jilat.. Anjing yang menjilat gua pula memang kategori anjing kurap pulak tu.. Haahahaha.. Apa lagi, gua yang memang selama nie takut dengan danjing masa tu boleh jadi berani dengan tunjuk muka bengis gua siap menjerit kuat-kuat kat anjing tue.. Apa lagi lari lintang la anjing tu bila nampak gua yang dah jadi hulk hogan tue.. Tapi lepas tu rasa nak menangis pon ada.. Tak pepasal sampai opis, gua terus gigih bukak citer kedai kopi pasal nak story kat rakan-rakan sekerja gua. Diorang seperti biasa, ketawa sakan la.. Yang lebih teruknya mak cik cleaner la jadi mangsa mintak dia carikan tanah untuk sucikan najis anjing tu.. Haahahaha.. Nasib badan  la pasal najis tu kalo disentuh secara sengaja atau tak sengaja tetap kene samak..


Natijahnya daripada cerita gua yang melalut nie, gua sebenarnya nak bagitau kat semua orang Islam di Malaysia atau satu dunia sekalipun, jangan la kita cuba buat hukum sendiri.. Bila Allah dah tetapkan yang anjing dan babi tidak boleh disentuh atau dimakan walaupun secara sengaja atau tidak, mestilah ada sebab munasabah yang mungkin akal fikiran manusia tak tahu.. Dan sebenarnya kami orang Islam, bukanlah takut kepada anjing tapi kita telah dididik sejak kecil untuk seboleh-bolehnya menjauhi diri daripada binatang tersebut. Tapi satu sifat anjing yang gua perasan, walaupun segarang mana anjing tersebut, mengejar kita dan sebagainya paling tidak pon dia akan berhenti dekat dengan kita dan hanya mengonggong saja.. Jadi kita nie sebagai manusia janganlah ambil kesempatan untuk sentuh anjing tu pulak kan.. Hahaahahaa.. Ok la, gua nak blah.. See you!!


P/S: Terkejut aritu bila keluar bank ada anjing ditambat betul-betul kat pintu keluar bank.. Rupanya tuan anjing pergi cucuk duit!! Hahahahaha..





Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan