DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Lirik Lagu Setia


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi


Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua


Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

TORA datang lagi!! Yeah!!!

Hahaha.. Mana taknya, dah dekat 2 tahun abam tak jenguk blog abam ni.. Kalo rumah ditinggal kosong 2 tahun, bukan kata semak samun yang panjang, saka pon bole wujud.. Rasanya masih belum terlewat untuk abam ucapkan tahniah dan syabas buat kerajaan baru, Pakatan Harapan dalam menerajui kerajaan baru di Malaysia. Sebagai salah seorang ahli PKR, sudah tentu abam tumpang gembira dengan kejayaan ini kerana akhirnya reformasi yang dilaungkan selama ini membuahkan hasil..


Tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, Tun M.. Tahniah juga buat Kak Wan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semua menteri-menteri yang telah dipilih. Semoga dengan pelantikkan mereka memberikan sinar baru dan wajah baru buat Malaysia.

Rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi sudah menjadi adat di Malaysia.. Kali ini macai pembangkang mengatakan kita berjaya menerajui kerajaan kerana fitnah dan spekulasi yang dibuat-buat... Abam pon tertanya juga macai mana la yang duduk di bawah tempurung tak keluar-keluar lagi dari sarang ni.. Daripada sebelum PRU 14 lagi, terlalu banyak berita tidak enak dilemparkan kepada kerajaan yang lama iaitu Barisan Nasional bukan setakat daripada kami di barisan pembangkang tetapi oleh media antarabangsa.. Adakah media antarabangsa melaporkan berita yang negatif mengenai kerajaan lama itu juga salah kami di Pakatan Harapan?? Erm.. Tepuk dada tanya la selera..


Dewan Rakyat telah memulakan sidangnya.. Daripada pemerhatian abam, ianya masih lagi seperti biasa dengan sindiran, perangai yang hampir sama kerana wakil rakyat yang menerajui juga hampir sama orangnya.. Cuma kali ini ia berubah wajah kerana kerajaan dan pembangkang adalah berbeza dari dulu... Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat untuk menceritakan permasalahan rakyat seolah-olah bertukar kepada tsunami pertelingkahan sesama ahli parlimen.. Yang abam tak paham, banyak juga isu yang diketengahkan adalah berkisah tentang kerajaan lama.. Tetapi kenapa baru hendak dinyatakan sekarang seolah-olah mahu membawa permasalahan itu kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk dipersalahkan.



Abam hanya boleh katakan "HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM".. Rakyat patutnya beri sokongan kepada kerajaan baru.. Mereka hanya baru memerintah kurang dari 3 bulan.. Jika masuk rumah baru, masih lagi dengan suasana ubah suai rumah dan kelengkapan perabot.. Harap rakyat faham yang mana kita bukan hanya bertukar pemimpin tetapi kita bertukar parti pimpinan untuk menerajui kerajaan Malaysia yang baru.. Jika mereka ini juga 2x5, kita diberikan kuasa untuk menukar pemerintahan 5 tahun akan datang..


Nasihat abam, kalo kita tak mampu untuk menyokong jangan la pulak kita jadi parasit yang akhirnya memusnahkan..

P/S: Bekas PM kata Menteri Pertahanan sekarang ni kartun, tapi sekurangnya kartun itu lebih baik dari penyamun atau pencuri.. Patutnya wujud perasaan malu terhadap apa telah dilakukan sewaktu sedang berkuasa...

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan