DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Assalamualaikum,

Don Dale kembali.. Hahahaahhaa.. Gua ni sebenarnya bukan apa, takder masa nak pot pet dah.. Maklumlah ada 3-4 blog.. Tu pon tak semua terlayan.. Tapi gua rasa terpanggil nak blogging hari nie pasal isu bangsa dan agama gua.. Gua rasa kadang2 yang buat agama kita lemah bukannya pnganut agama laen tetapi kita sendiri..


Baru2 nie heboh bila penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya beramai-ramai buat perhimpunan bantahan kepada bangunan yang diletakkan lambang salib.. Then, macam biasalah otak kiri gua akan terus ligat menanggung beban untuk menterjemahkan tujuan mereka yang melakukan piket tersebut.. Apa selama hampir 58 tahun merdeka di Malaysia ini, mereka tak tahu langsung ke yang kita dari dulu mengamalkan kebebasan beragama?? Sedih tengok bangsa kita terkinja-kinja macam apa untuk sesuatu yang bagi gua hanya satu  bencana yang diundang untuk memperlihatkan kelemahan agama kita..


Bagi gua, adakah tahap keimanan kita ini ditentukan oleh sesuatu lambang?? Adakah kita takut pada bayang2 kita sendiri?? Adakah kita ini takut kerana kita tak mampu nak mengajar dan memberi kekuatan dalam diri untuk menahan daripada terpesong dari ajaran agama Islam yang suci??


Teringat dulu seorang sahabat beritahu, dekat Malaysia ni memang patut wujudnya kebebasan beragama supaya orang Muslim sedar dan bertambah imannya.. Semua orang akan berkata yang agamanya adalah yang terbaik.. Kita beruntung bila kita dilahirkan dan dibesarkan dalam agama Islam.. Oleh demikian, peranan ibu bapa lah yang penting dalam memastikan bahawa anak-anaknya dibekalkan dengan iman yang teguh walaupon anda berada di mana jua sekalipon, anda takkan tergugat dan mahu lari dari ajaran asal..


Tak perlu nak marahkan agama lain kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.. Jika kita yakin pada ISLAM, pertahankanlah ia.. Didik anak sebaiknya.. Bukannya menyerang agama lain kerana takut akidah dan iman tergugat.. Ini salah satu daripada mereka yang longgar imannya.. Umpama peribahasa Melayu, "MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR"


Berubahlah kepada agama sebenar.. Jalin hubungan yang baik sesama kita walau berbeza agama dan budaya kerana ia memang dituntut dalam Islam.. Tak semestinya kita lahir dalam keluarga Islam, kita telah dijanjikan syurga untuk kita.. Siapalah kita untuk mengadili manusia lainnya..

Oklah, sampai sini saja gua membebel.. Dalam erti kata yang laen, dunia ini bukan untuk kita.. Kita berkongsi sesama makhluk yang laen.. Hiduplah secara toleransi dan berhemah..


P/S: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan