DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Mungkin dah terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terpilih untuk menyambung pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi, tapi tak salah jika ucapan tahniah itu masih berterusan, sekurang-kurangnya penat lelah sewaktu nak menghadapi peperiksaan berbaloi dengan tawaran ke universiti sama ada di dalam mahupun di luar negara. Hari ni saya cuba nak keluar sikit daripada apa yang selalu saya post di dalam blog nie iaitu saya nak berkongsi sedikit kepada anda semua terutama sekali mereka yang baru belajar cara kehidupan di kolej.. almaklum sahaja, mungkin selama ni mereka duduk di rumah sahaja kadang-kadang ada benda yang mereka tidak pernah alami ketika hidup bersama ibu bapa akan mereka rasai apabila tingal di kolej ni..

Sebagai "orang baru di tempat baru", sememangnya aspek penyesuaian diri dan kehidupan menjadi keutamaan yang seringkali menghantui pemikiran pelajar-pelajar mengenai "dunia baru" mereka. Perasaan bimbang acap kali muncul tatkala melihat persekitaran kampus yang agak berbeza dengan cara kehidupan mereka sebelum ini. Menurut kebanyakan pendapat ahli psikologi, perasaan atau persoalan yang timbul inilah dapat meningkatkan tahap pemikiran dan kematangan diri. Hal ini kerana kita akan cuba berdikari dan berusaha mencari jawapan atau jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang mereka alami. oleh yang demikian, potensi untuk seseorang itu untuk bersosial, belajar cara berkomunikasi dan menggunakan peluang yang diberikan lebih besar berbanding jika mereka hanya bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka. halangan atau cabaran inilah yang menjadi asas bagi kebanyakan remaja atau pelajar yang tinggal di kampus.

Jika mereka berjaya mengatasi cabaran ini sewaktu tinggal di kampus, tak mustahil mereka dapat menangani kehidupan mereka apabila bekerja kelak yang semestinya memerlukan lebih komitmen dalam diri.. jadinya, bolehlah dikatakan kehidupan di kampus juga umpama latihan praktikal bagi mahasiswa untuk mengharungi kehidupan apabila sudah bekerja nanti..



Jika dilakukan survey kepada mereka yang tinggal di kampus, kebanyakan mereka akan mengatakan kehidupan di kampus sememangnya adalah menyeronokkan dan tidaklah membebankan sepertimana yang mereka fikirkan sewaktu pertama kali menyesuaikan diri di kampus.. disinilah anda akan mengenal kawan baru, kehidupan baru pendek kata semua barulah dimana boleh saya klasifikasikan disini sebagai "dunia baru". bagi mereka yang masih menghadapi senario kehidupan awal di kampus yang mana melibatkan masalah-masalah seperti rindu pada keluarga di kampung (homesick), penyesuaian pembelajaran, kewangan (masalah utama dihadapi bagi kebanyakan pelajar baru terutama yang datang daripada kampung), disini saya cuba berikan beberapa tips yang mungkin boleh berguna kepada anda:-


1. Terima hakikat dan kenyataan yang anda berada di kampus. Jika anda tidak dapat menerima hakikat, anda tak patut untuk berada di sini.. Jangan terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu terutamanya membabitkan masalah dengan orang lain seperti bergaduh kerana ia akan memberikan impak negatif sehingga pembelajaran akhir di kampus. masalah ni akan kurang apabila anda sudah dapat menyesuaikan diri.

2. Cuba belajar menguruskan masa sewaktu tinggal di kampus ini. Cubalah bergaul dengan mereka yang lebih senior daripada kamu tentang pengalaman mereka sewaktu pertama kali berada di kampus, sekurang-kurangnya akan memberi gambaran sedikit kepada kamu bagaimana situasi sebenar kehidupan di kampus.

3. Wujudkan satu jalinan perhubungan komunikasi yang baik dan mesra kepada semua orang di kampus. Anda akan di pandang serong jika hanya berdiam diri dan membawa haluan sendiri.. Silap-silap ada yang mengatakan anda membela hantu raya pulak..

4. Sentiasa sedar tentang kewajipan kamu sebagai seorang pelajar yang terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi (tak semua bertuah seperti kamu), jadi, bertanggungjawablah dengan segala tugas dan amanah yang telah diberikan dan kamu akan selesa untuk tinggal di kampus.

5. Jangan abaikan tanggungjawab kepada agama. Ia adalah tembok kekuatan untuk menghalang kamu daripada nafsu yang boleh melupakan kamu tantang tanggungjawab kamu di kampus.

6. Harus tahu apa yang perlu diutamakan, yang boleh ditangguhkan dan yang tidak penting terutamanya sebagai seorang pelajar. Perkara yang menjadi keutamaan harus disegerakan seperti (belajar, siapkan assignment, mengulangkaji dll). Perkara yang tak berapa penting bolehlah dilewatkan seperti (shopping, berjalan-jalan dll) manakala yang tidak penting perlu diabaikan seperti (pakai telefon mahal, bergaya dengan pelbagai aksesori, pakai pakaian dan kasut mewah dan berjenama dll).

7. Akhir sekali, ingatlah slogan ini "anda yang tentukan hidup anda sendiri". kejayaan atau kegagalan adalah bergantung kepada kamu. jika kamu mahu kejayaan, kejayaanlah yang kan kamu capai tapi jika kegagalan yang dipinta, maka gagallah yang tiba.



Jadinya, setiap usaha, kejayaan adalah bergantung kepada diri sendiri.. kepada mereka yang masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kolej, cuba cari iktiar lain yang dapat membantu kamu dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan yang sebenarnya menyeronokkan ini... Enjoy ya!!!!

P/S: Bahasa skema sket ari nie.. Ape salahnyer kan?? sekali sekala.. Hahahahahahahaha..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata... 11 November 2014 7:05 PTG  

Btol ape yg abg ckap sya stuju...

Tanpa Nama berkata... 11 November 2014 7:06 PTG  

Btol ape yg abg ckap sya stuju...

Tanpa Nama berkata... 27 Januari 2015 1:13 PG  

Aku okay je dpt dok kampus, tp malas nk aktif je.. Kan best ada kampus yg tkyh aktif

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan