DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Salam Ramadhan,


Hari nie dah masuk hari ke-2 berpuasa.. Alhamdullilah, gua dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam berpuasa walaupon banyak sangat dugaan yang mendatang.. Apa gua nak membebel bila bulan pose nie?? Nak mencarut tak bole kan?? Kene la hormati bulan pose yang mulia nie.. So, apa kata kalo gua dan korang tambah ilmu pengetahuan dan gua tetibe teringat kat seorang nie yang bila time pose mesti nama die sangat popular.. Saper??

Mesti korang kenal Yusuf Taiyoob? Bila dengar je nama tue, mesti korang ingat kurma kan? Ye la.. Nama Yusuf Taiyoob dan kurma memang tak dapat dipisahkan.. Dulu gua ingat Yusuf Taiyoob nie sekadar jenama kurma ataupon usahawan dari negara Arab tapi rupanya beliau adalah anak kelahiran Pulau Pinang atau dengan erti kata laen orang Malaysia beb!! Pergh!! Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa, Kurma Madu Yuta dan banyak lagi la... Oklah.. Ape kata korang sama gua lihat serba sedikit tentang latar belakang insan istimewa bernama Datuk Yusuf Taiyoob ini.. Jom!!

PROFIL

NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 50 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

INFO

- Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988)

- Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma

- Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei

INFO KURMA

- Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L

- Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia

- Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa

- Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa

- Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan

- Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan

- Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak

- Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C

“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.


“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

Ehsan: Metro Ahad

P/S: Kisah Yusuf Taiyoob nie memperlihatkan yang kejayaan akan datang hasil pengalaman daripada kegagalan..


Selamat Malam buat Pembaca Don Diaries Sekalian,


Malam nie gua sedang berlapor.. Pasal gua sedang berdiet.. Pasal apa gua berdiet?? Pasal gua rasa kaki gua nie dah tak mampu menampung berat badan gua yang dah berlapis-lapis nie.. Gua bukan lagi harus tapi wajib kuruskan badan gua kalo gua nak terus hidup lama lagi......

Dah bermacam-macam cara gua gunakan untuk diet.. Dekat beribu gua habis beli ubat itu ubat ini yang mana mata gua telah dikaburi oleh mamat-mamat dan awek-awek cun yang telah berjaya menguruskan badan mereka.. Seyes, gua nie memang mudah tertipu rasanya... Hahahahahaha... Gua rasa apa yang paling penting dalam berdiet nie adalah disiplin yang kuat!! Ya... Mana taknya, mula-mula diet.. Selang 2-3 bulan lagi back to habit asal....... Memang taklah nak kurus kalo gitu!! ye x... Kalo gua dapat tahan daripada nafsu makan-makan nie gua rasa boleh je nak kurangkan 50kg dalam masa 3 bulan... Hahahahahaha.. Gua tak kira!! Kalo Aizat boleh kurus.. Takkan gua tak boleh.. Ya!! Hidup Orang KURUS!! Hahahhhaha...


Actually, ada sebab why gua nak kurus.. Pasal ia ada kaitan dengan keyakinan diri.. Gua punya confidence very low... Ya!! Gua malu... Kalo gua menulis memang gua tak malu pasal tak der orang tengok muka gua.. Tapi bila gua berhadapan dengan orang, pergh!! Kadang2 gua nak gi interview pon gua segan pasal tubuh badan gua!!

Jadinya diet itu penting... Kalo ada orang kata nak senang bukan senang, nak susah bukan susah... Kali nie gua amek kata-kata orang tue jadi kalo nak kurus bukan senang, kalo nak gemok bukan susah........ Hahaha... Ape susah nak gemok... Gua boleh tunjukkan!! Hahaha....


Bulan pose pon dah nak dekat.. Jadinya gua rasa gua boleh capai matlamat gua untuk kurus sebelum gua bercuti ke Brisbane......... Hahahahahha.. Gua tak nak nampak buruk depan mata mat saleh....... mestilah gua nak tunjuk yang orang Malaysia pon comel-comel jugak.. Mane tau tetibe terpaut sorang dua kat sana....... Meletoppss!!

Oklah.. pada yang sama-sama berdiet.. Jom kita berdiet.. Jadikan hidup kita nyah dari makanan berminyak, nasi, dan segala yang mengemokkan!! Jom makan kekacang dan minum air banyak2....


P/S: Teringat Nasi Lemak Village....... Ayamnya... Wau!!! Meletoppss!!!!

Salam Satu Malaysia Blogger2 sumers..


Hari nie gua baru ada masa nak menulis kat blog gua.. Tqvm buat sume bloggers2 yg blogwalking kat blog gua.. Erm.. Kalo tak sebab gua tengah sakit hati memang gua malas nak bukak blog gua menulis itu ini.. Tapi bila jari-jemari gua dah menari di papan kekunci, gua memang susah nak berenti beb! Nie la kelebihan orang yang selalu buat assignment time belajar dulu walaupon adakalanya lecturer gua kata bukan gua yang buat.. Lantak die la.. Gua memang rasa sakit hati!! Dalam dunia nie kadang2 gua rasa tak paham kenapa ramai betol manusia-manusia yang sama warna darahnya suka dengki mendengki dan cuba mempertikaikan orang yang macam gua!

Sape gua yang lu orang nak sakit hati? Saper gua yang korang nak kutuk?? Saper gua yang korang rasa iri hati sangat!! Gua nie muka dah la tak secomel mane, belajar dapat degree pon kelas kedua tinggi, suara tak sedap mane, body lagi la xde bentuk langsung!! keje pon jadi kuli batak je.. Laen la kalo gua superstar ke, PM ke, paling koman pon manager ke adalah juga sebab logik lu orang nak jeles or nak maki orang sesedap rasa korang.. Gua punya hati dahlah taraf hati kristal.. Boleh pecah berderai bila2 masa pon..

Why you very rude to say someone like that?? You boss i ke?? You parents i ke?? You yang bayar gaji i ker?? Absolutely N.O.T!! So?? Paham2 la.. Hidup tanpa ada prasangka baek susah.. Hidup dengan kepala angin saje tak cukup nak yakinkan tokey2 besar naekkan pangkat lu.. Hidup bukan semata-mata bodek saja!! Hidup yang berjaya ada visi, matlamat atau misi, plan jangka masa panjang, keje yang sistematik, apa yang paling penting prasangka baek dalam sesuatu perkara.. Tolong menolong itu penting!! Susah ke nak menolong orang??

Mulut gua puaka jugak tapi gua tak penah sampai nak sound kat orang apa yang orang lakukan?? Gua tak pergi sekolah sesuka hati kalo bukan gua nak belajar.. Gua tak masuk universiti untuk huru-harakan hidup gua sebab tu gua tahankan jugak untuk gua dapat degree bagi menjamin masa depan gua.. Same juga dengan pekerjaan gua!! Gua bukan pergi keje dengan pagi2 bangun pukul 6.45 pagi dah tercegat duduk menunggu Repid Key El, harungi jem teruk yang buat otak gua pening dan tekak gua loya pepagi dengan haruman kari dari bangla2.. Berjalan berpeluh-peluh untuk ke pejabat.. Gua bukan datang untuk duduk lagak gaya boss!! Gua datang pasal itu tanggungjawab gua as pekerja!!

Gua habiskan separuh kehidupan gua dekat keje gua!! Balik pon lambat.. Tunggu lagi Repid Key El yang seolah-olah mogok tak sampai2.. Sampai rumah pon dah dekat 10 malam.. Apa yang lu orang buat pukul 10 malam? Dah tido kan?? So, sape lu nak sound gua apa yang gua buat?? Prasangka baek tu penting.. Don't simply judge people with your eyes.. Mata boleh menipu.. Kelakuan tak boleh menipu.. Tak ada customer tak bermakna gua tak attend customer.. Keje gua bertimbun-timbun tak buat.. Gua tak habeskan seharian masa gua untuk bergosip, cerita keburukan orang lepas tu abes masa balik?? Itu perangai nenek-nenek kebayan yang tak sedar diri..

So, silap la lu nak cari pasal dengan gua.. Lu memang silap!! Lu tak penah tahu apa yang penah gua lakukan.. Umpama kalo orang dah ludah, gua akan pastikan yang dia akan jilat balik ludah dia.. Gua memang suka gunakan kehalusan.. Gua tak suka maen ludah balik.. Pengotor!! Gua memang pendendam!! Lu boleh tau apa yang gua boleh buat..

Yang gua heran, orang laen pon penah alami, apa lu ingat lu je yang rasa.. Tak suka, lu berenti la!! Lepas nie memang silap cari pasal dengan gua!! Gua lebih hebat dari lu untuk lakukan apa saja.. Lu ingat gua kisah dengan kutukan dan hinaan orang laen pada gua?? Gua dah alami dari dulu lagi.. Gua sering dicerca, dihina, dimaki dengan sesuatu yang gua tak pernah lakukan?? Apa yang gua buat, gua pendam, gua terus biarkan orang mengata, mencaci.. Gua tak berdaya melawan.. Tapi itu dulu!! Itulah yang buat gua jadi seorang pendendam sekarang!! Manusia boleh berubah bila-bila masa saja!! Hari ni baek esok jahat!! Sekarang nie, lu nak maki gua, sound gua, hina gua, kutuk gua, buatlah.. Buatlah depan orang ramai pon takpe!! Gua lebih hebat dari lu.. Gua takder masa nak sebok2 tentang hal keje orang laen.. Apa yang gua suka buat adalah TUNJUK dan BUKTIKAN!!

Gua rasa cukup untuk meluahkan rasa sakit hati gua!! Gua rasa gua dah mencuba sehabis baek gua.. Gua bukan robot ciptaan manusia yang boleh diprogram untuk bekerja melakukan itu ini dalam satu masa.. Robot pon tak dapat buat semua itu, inikan pula manusia!! Tapi apa gua suka buat.. Just tunjuk!! Sebarkan apa yang lu dah buat untuk kepentingan semua orang selain suka bergaduh, bergosip, berkata bukan2.. Gua rasa cukup setakat ini.. Gua akan biarkan rasa marah dan dendam nie beransur-ansur pulih.. Selamat malam.. Sori kalo gua tercarut-marut bagai!! Akhir kata, semak dulu dengan teliti siapa dia DON DALE sebelum mencari pasal!!



P/S: Hidup atas dunia adalah pentas lakonan.. Siapa pelakon terbaik, dialah yang akan lebih menguasai pentas lakonan itu..


Salam Satu Malaysia,


Gua kembali dengan post terbaru.. Tetiba hari nie gua nak cerita pasal kerja! Apa yang buat gua nak citer pasal kerja nie?? Pasal gua baru je dengar lagu dari Meet Uncle Hussain nie, tajuknya, "La La La Kerjalah!".. Dan gua terfikir sejenak, mendalam sungguh lirik lagu nie.. Gua tabik hormat penulis lirik lagu nie.. At least lagu nie membawa satu pengertian yang sangat mendalam mengapa hidup kita nie kene keje!! Korang hafal tak lirik lagu nie?? Tak tau?? Tak pe.. Gua bagi lu sumer tengok lirik lagu tue kat sini..

Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah

La La La Laaa…

La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…


Ooh! Pening kepala

Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja


Ooh! Lega rasanya

Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Ooh! Terpinga-pinga

Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja


Ah! Nak bancuh kopi

Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Gelisah, kugelisah

Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


La La La Laaa La La…

La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…



(credit kat laman blog nie..)

Amacam?? Perasan tak lirik lagu nie.. Gua dah jatuh cinta dengan lagu nie.. Seyes!! Kalo korang still tak perasan lagi apa yang gua kata erti yang mendalam tue, takpe.. Jangan risau.. Kalo otak kiri lu masih tak berfungsi dengan baek rilek brader.. Gua bagitau sama lu! 

Ok, korang perasan tak tajuk lagu nie sendiri mempunyai maksud yang mendalam.. "La La La Kerjalah", mengapa diorang menggunakan "lah" dekat perkataan "kerja" tue?? Nape tak tajuk lagu nie "La La La Kerja" je.. Sedangkan kalo korang lihat kat lirik lagu diorang takder pon "lah" dekat perkataan "kerja" tu kan?? Sebenarnya tajuk lagu nie je dah memberi persepsi pada diri kita yang sebenarnya kerja tu penting.. Kalo korang nak merayu minta tolong pada orang selalunya korang akan cakap macamane? "Beb, tolong.." atau korang akan guna "Beb, tolonglah.."?? So, majoriti akan kata mereka akan guna ayat yang kedua yang ada perkataan "lah" kan? Same juga dengan definisi lagu nie yang merayu semua orang yang mendengar lagu nie supaya keje!!!


"Ooh! Pening kepala, Memikirkan tak ada kerja, Tanam Anggur, Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja, Ooh! Lega rasanya, Jawat kerja pegawai pemasaran Di Pertama, Rupa, oh! Rupanya, Kerja am sajaaa!"


Dalam kehidupan seharian nie, mmg kita tak pernah puas dengan apa yang ada.. Gua pon same je.. Dah ada keje yang bagus, still meraba-raba cari keje yang lebih bagus.. Itu adalah lumrah kehidupan seorang manusia.. Bila tak ada keje, sebok salahkan kerajaan la, pihak universiti la, tapi bila dah dapat keje, asik mengomel je!! Gua la tue.. Hahaahahha.. Kalo lu orang tengok lirik di atas, inilah kehidupan yang diharungi semua orang.. Bila takder keje, sebok garu2 kepala (mintak tolong kat kutu kot).. 


Bila ditawarkan keje, masing2 meletakkan satu level yang tinggi dalam pekerjaan yang hendak dilakukan.. Beselah, selalunya bila takde pengalaman, tak perlu mengharapkan sesuatu yang lebih.. Memang jawatan yang diberikan adalah setaraf dengan pendidikan kita, namun untuk memperolehi pengalaman, kita perlu mula daripada bawah.. So, selalunya mereka yang "fresh grad" selalunya akan ditawarkan keje as "Executive" tapi kejenya mungkin seperti kerani.. Benda macam nie is real dan berlaku.. Kerana sebelom lu orang menjadi boss, adalah lebih afdal kalo lu orang tau apa yang orang bawahan lu lakukan so that, lu orang takder la rasa pekerja lu orang lebih terer dari lu orang..


"La La La Laaa… La, hari-hari kerja!, La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!, La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!, La La La Laaa… La, hari-hari kerja!, La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!, La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!"


Perbuatan yang dilakukan selalu dan setiap hari selalunya akan mengundang kebosanan!! Apatah lagi perkara itu dilakukan setiap hari.. Namun, untuk berjuang dalam hidup, kebosanan harus ditolak tepi bagi mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup.. Hidup perlukan makan, minum, pakaian, kehendak diri dan untuk mendapatkan semua itu hanya satu yang kita perlu lakukan iaitu keje!! Bosan atau tidak dengan keje dilakukan, hidup harus keje untuk memenuhi kehendak kehidupan..


"Ooh! Terpinga-pinga, Tak puas lagi beradu, mengantuk, Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja, Ah! Nak bancuh kopi, Tapi gulanya tiada, minum saja, Kerja bagai nak gila, Ah! Tak juga kayaaa!"

Lirik di atas memang kene dengan hidup gua.. Mungkin sama dengan hidup lu orang sume.. Masih tak puas tido namun kita kene bangun jugak untuk keje! Selalunya bangun sebelum subuh then balik pulak dah malam.. Inilah kenyataan.. Ape pulak kaitan bancuh kopi ngan gula takde dalam lagu nie?? Mungkin otak kiri lu orang still tak berfungsi untuk berfikir.. Takpe.. Gua huraikan untuk lu orang.. "Kopi" selalunya dikaitkan dengan rasa pahit, kan?? "Gula" pula dikaitkan dengan rasa manis.. Apabila Kopi dan Gula bergabung, sah2lah meletop!! (Mestilah rasanya sedap..) 


Begitulah persamaan yang cuba diterangkan oleh penulis lirik dalam lagu nie dengan kehidupan keje seseorang.. (pasal lagu pendek je, takleh la berjela-jela nak explen..) Apabila kita keje, walaupon stress dan boring macammane pon kita dek kerana takde perkara-perkara yang menggembirakan dalam keje yang kita lakukan, kene la teruskan jugak untuk meneruskan hidup.. Itulah dimaksudkan "bancuh kopi, gula tiada, minum saja!!" 


Kekayaan adalah satu yang subjektif, segalanya bergantung pada kita.. Silapnya, kita selalu melihat kekayaan itu pada kebendaan atau harta benda, sedangkan kekayaan itu sungguh luas maksudnya.. Usah pandang pada mereka yang lebih tinggi daripada kita, tetapi cuba pandang pada mereka yang lebih rendah dari kita dan disitulah terletaknya makna kekayaan sebenar dan itulah yang membuat kita lebih bersyukur dengan pemberian-Nya kepada kita..

"Gelisah, kugelisah, Mengenangkan masa depan, Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja, Tiada apa yang percuma, Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!"


Penulis lirik membawa kembali kepentingan keje di dalam lirik di atas.. Inilah yang selalu membelenggu manusia yang tiada keje.. Bagaimana mereka mahu merealisasikan cita dan impian diorang dan lebih penting bagaimana masa depan diorang tanpa keje!! Hidup tiada yang percuma.. Segala-galanya perlukan duit.. Dan untuk dapatkan duit, mestilah kene keje!! Realiti tanpa keje, seseorang tak akan kaya...

Inilah yang gua cuba sampaikan pada lu orang berdasarkan pandangan gua terhadap lagu ini... Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.. Mungkin ramai yang masih tak paham apa yang aku cuba sampaikan.. Mungkin video di bawah ini boleh membantu untuk memahamkan pemahaman otak kiri lu orang..





P/S: Kerjalah dengan ikhlas kerana disitulah terletaknya keberkatan hidup..........

Salam Satu Malaysia,


Hari nie gua baru je sampai KL menunaikan tanggungjawab gua sebagai seorang pekerja.. Cuti panjang sudah abes.. Kini gua kene berusaha untuk mendapatkan pendapatan berganda untuk gua langsaikan hutang-hutang gua yang dah keliling pinggang nie..


Gua balik Jumaat lalu meninggalkan dunia kota metropolitan yang penuh ke"brengsek"an ini menuju ke kampung gua yang indah permai.. Sabtu lepas ada perhimpunan BERSIH 3.0.. Gua rasa kalo gua ada kat KL pon takder gunanya pasal gua tak pergi pon perhimpunan tue pasal gua takder baju kuning.. (hahahaha.. buruk giler alasan gua..)
Oklah, gua malas nak sebok citer pasal dunia politik pasal gua pon seminggu sekali susah nak belek surat khabar tengok isu-isu semasa.. Masa pergi interview aritu, teruk gua kene jawab 3 esei pasal ekonomi.. Gua apalagi, gunalah kebijaksanaan otak kiri gua untuk mencipta sebuah karangan pasal ekonomi.. Bedal je la.. Kalo gua punya rezeki ada, adalah..
Gua nak bagi pendapat gua tentang perbuatan "DEMONTRASI" nie.. Gua takder problem pasal demontrasi pasal hari-hari pon gua menunjukkan rasa demo gua bila attend customer yang gua menyampah!! Demontrasi bagi gua bagus pasal itu adalah salah satu cara bagi kita menunjukkan perasaan kita.. Budak kecik pon dah pandai tunjukkan rasa demontrasi bila mak diorang lupa buat susu pasal kemaruk layan Fesbuk!! Kan?? Budak kecik pon tau berdemontrasi..
Demontrasi dengan tindakan yang betul sangat2 dialukan.. Gua tak kisah berapa ramai orang yang nak ke Dataran Merdeka menunjukkan rasa tidak puas hati diorang tapi buat rilek la brader.. Jangan nampak sangat korang jadi balaci orang laen semata-mata.. Orang yang berdemo harus tau apa tujuan mereka untuk berdemo, sebab apa lu orang nak berdemo dan bukannya semata-mata dapat duit atau ikut member2 berdemo.. Demontrasi perlukan sebab dan sebab itu mestilah sesuatu yang munasabah dan realistik..
Ada orang berdemo kerana tak puas hati kerana gaji dah 3 bulan tak bayar.. Ada yang berdemo kerana diorang bengang dengan bas yang lambat setiap hari... Kene tunggu sampai 2 jam semata-mata untuk satu bas!! (bas Repit Key L la pe lg!!) Apa pon alasan lu orang, lu orang juga harus tau tindakan juga memainkan peranan.. Kalo lu orang berdemo pasal gaji dah 3 bulan tak bayar, tak perlu berdemo di Dataran Merdeka, cukuplah berdemo dengan pihak majikan lu orang..
Korang paham tak apa gua cuba nak sampaikan nie?? Hahahaha.. Gua malam nie agak mabuk sikit pasal berjam-jam gua dalam bas tadi.. Apa yang gua cuba nyatakan di sini adalah setiap orang perlu ada sebab yang berasas dan kukuh untuk berdemontrasi. Sebab itulah yang akan membawa kepada tindakan yang betul ketika melakukan demontrasi.. Bukan hanya ikut segerombolan manusia dan apabila mereka melakukan onar, korang pon turut melakukannya.. Cukup2 la jadi balaci orang2 yang ada kepentingan diri mereka sendiri.. Berdemontrasilah kerana mahu menegakkan hak diri sendiri, agama, bangsa mahupon negara.
Gua sampai sekarang tak boleh lupakan satu tindakan demontrasi yang gua rasa sangat BODOH oleh sekumpulan mahasiswa universiti yang pastinya daripada mereka yang terPELAJAR!! Bakal pendidik anak bangsa pulak tue.. Hahahhaa.. Kisahnya begini, pada malam tahun baru yang lalu.. ada sekumpulan bakal2 pendidik nie yang berdemontrasi pada lewat tengah malam menyuruh membuka pagar kerana dikatakan mahu menghantar memorandum.. Lu orang nampak x apa yang BODOH dan LAWAK dalam tindakan demontrasi golongan ini?? Gua rasa ini adalah demontrasi yang saja-saja dibuat.. Untuk apa?? Entah.. No Idea!!
Kalo kita renungkan kembali ye, sebagai contoh.. Katalah korang ada sepucuk surat penting yang korang kene poskan untuk seseorang.. Adakah korang tetap akan ke Pejabat Pos lewat malam mengetuk-getuk pintu, memaki hamun pak guard supaya bukakan pintu pagar semata-mata mahu menghantar sepucuk surat yang penting?? Memaksa abang posmen bangun daripada tidonya semata-mata untuk menghantar surat tersebut?? Korang akan lakukan ke tindakan seperti itu?? Jika korang dikalangan yang berakal waras dan sememangnya terpelajar, korang mesti tak akan lakukan perkara di atas..
Korang pasti akan menunggu keesokkan harinya apabila pejabat pos buka, apabila pintu pagar dibuka dan apabila pekerja bersedia melakukan tugasan hariannya, ketika itu, rayulah semahu-mahunya, ianya satu tindakan yang bagi gua boleh diterima dan sedikit waras untuk dipertimbangkan dek akal fikiran.. Sama halnya dengan tindakan sekumpulan bakal pendidik itu yang berdemontrasi dengan tindakan yang kurang matang dan bijak.. Apa kejadahnya lu orang memekik terlolong suruh bukak pintu pagar pada waktu tengah malam, menyuruh orang bangun tengah malam semata-mata alasannya mahu menghantar memorandum?? Tak boleh ke tunggu keesokkan harinya atau apabila pejabat atau pintu pagar dibuka?? Tepuk dada tanya akal..


Gua menyokong sebenarnya amalam demontrasi TAPI jika tindakan itu betul dan tepat.. Gua juga ada sebab untuk gua berdemontrasi dan gua yakin setiap orang ada sebab mengapa diorang pon nak berdemontrasi.. Cuma biarlah kena dengan tahap intelektual yang lu orang miliki untuk berdemontrasi.. Usah kerana turutkan hati, akal dibiarkan mati untuk berfikir, maka akan ada puak-puak yang mentertawakan diri lu orang kerana tindakan lu orang yang kurang bijak dan matang..




P/S: Pernah jadi ketua pembangkang time debat dulu kat sekolah.. Sah2 la gua menang!! Hahahaha.. Oklah, moga sentiasa jadi orang yang cerdik berfikir bukan cerdik membaca buku semata-mata untuk exam!!!!

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan