
Bahan-Bahan:
Taugeh (belilah dalam 50sen)
1 Biji Lobak Merah (Dipotong panjang)
Cendawan (Dihiris)
1 Biji Timun (dipotong panjang-buang isinya)
1 Biji Bawang Besar (dihiris)
3 biji Bawang Putih (diketuk)
8 Batang Cili Merah (dimayang)
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Minyak Masak untuk Menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan masak sehingga lobak kelihatan lembut.
3. Masukkan pula timun dan kemudian cendawan..
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
5. Ahkir sekali, masukkan taugeh tadi dan goreng sehingga masak.. Bolehlah dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA!!!
Salam Satu Malaysia,
1. Panaskan kuali.. Letakkan sedikit minyak masak.. Setelah panas, masukkan bawang putih, bawang besar, dan cili padi...
Selamat Mencuba!!!
Selamat Petang Malaysia,

Hari nie aku masak makanan jawa tok keluarga aku.. Kalo masak kicap nie memang sinonim la dengan orang jawa.. Tapi aku nak share resepi yang aku curik dari mak aku.. Huhuhuhu iaitu campurkan sedikit gula melaka dalam masakan kicap tue.. Wau.. berapi tue makan... Hahahahha...
Zaman sekarang nie orang dah tak kisah lauk-pauk yang dah biase.. Sekarang orang nak cari lauk-pauk yang ader different sket daripada lauk-pauk yang ada sekarang walaupon cara penyediaan sama jer... Orang zaman sekarang selera mereka bukan maen lagi.. Demand semacam.. Jom la kita try buat ayam masak kicap campur gula melaka nie..
AYAM MASAK KICAP GULA MELAKA
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong 8 dan digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dihiris kecil)
4 biji bawang putih (dihiris)
seibu jari halia (dipotong kecil)
Cili padi (ikut suka)
Sedikit Gula Melaka
Garam dan Serbuk Perasa secukup rasa
Kicap Cair Manis
Rempah tumis
Minyak Masak
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.. Masukkan juga halia dan rempah tumis...
2. Setelah itu masukkan sedikit gula melaka yang dah dihancurkan terlebih dahulu..
3. Masukkan ayam.. Sebatikannya.
4. Letakkan kicap cair manis tadi dan masukkan air jika perlu.. Ahkir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5. Bolehlah dihidangkan...
Selamat Mencuba!!!
P/S: HIDUP NASI LEMAK DI SEKOLAH!!!
Hari nie gua nak post satu resepi yang memang sedap.. Yang pastinya resepi ini akan mengubah persepsi kita dengan sayur-sayuran especially budak-budak.. Budak-budak nie memang liat nak makan sayur.. Pasal ada mak bapak diorang pon tak suka makan sayur..
Masa gua keje dulu, ada sorang kakak nie dok sebok citer pasal anak die yang asyik nak makan ayam je hari-hari... Dalam hati gua dok gak la mengata, yang si maknya pon dok sebok gak nak ikut apa yang anak die nak.. Kalo gua, lantak ko la budak nak makan ke tak.. Kalo lapor makan le budak tue ngan apa yang ada..
Hari nie gua nak share kat korang sumer pasal resepi sayur terbaru gua.. Korang cubalah di rumah ye..
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan diikuti bawang besar dan lada merah. Goreng sehingga naik bau.













