DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Dah lama rasanya gua tak post something new dekat blog nie.. Asyik utamakan bisnes je skrg nie sampai tak sempat nak post sesuatu kat blog ni tp hari nie hati gua terdetik untuk menulis dalam blog nie..

Nak menulis aper?? Rasa nak menulis sesuatu tapi takder idea la.. tp akhirnya gua dapat satu idea untuk menulis.. Sempena kehadiran hari ibu yang akan menjelma nie, baik gua menulis mengenai ibu.. Walaupun sekarang masih berada dalam mood kekecewaan, namun hidup harus diteruskan!! Tak guna kecewa berpanjangan.. Sometimes bila berfikir balik, lu ni kecewa kenapa?? Nak kata bisnes lu tak laku, komisyen dan income hari-hari ada masuk.. Sabarlah Don..

Tapi tu la.. kadang-kadang kita sibuk mencari kekayaan sampai kita lupa pada pada tujuan utama kita hidup di muka bumi nie.. Sesungguhnya, DIA telah mengetuk pintu hati gua sekarang nie untuk menyedarinya..

Rasa sedih pula sekarang ni.. Ye la.. Bila nak bercerita pasal hari ibu.. Pasti nostalgia lama dan kenangan bersama ibu berlegar-legar di fikiran.. Bagaimana naluri seorang ibu yang sabar dan tekun membesarkan 9 orang anak.. Semuanya dah berjaya pula tue.. Gua jadi insaf.. Mungkin betullah orang kata, "Ibu seorang boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang yang bergelar IBU.. Teringat pula lagu daripada Sudirman berjudul "Ayah dan Ibu", memang sah berderai jatuh air mata nie.. Lagi-lagi bila berjauhan dengan ibu yang tersayang.. Ish.. Tak sabar pulak nak abes paper mcm nie.. Ayoo..

Mak, Selamat Hari Ibu.. Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan saya selama ini.. Saya Sayang Mak..



Puisi utk Ayah dan Ibu
(Copyright)


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini.


Ayah dan Ibu.. Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

P/S: Jasamu tetap dikenang.. Dedikasi kepada ibu dan bapaku.. Samian bin Hj Sakor dan Suriah binti Abd Kadir..

Salam Satu Malaysia Semua!!!

Time aku menulis post terbaru aku di bulan januari tahun 2010 nie, aku ader kelas sebenarnya tp ntahlah.. mungkin baru minggu pertama kot?? So, aku mcm dilanda demam kemalasan yang terlampau hebat la.. Selalunya aku akan menulis tentang pengalaman pertama aku kat semester baru nie tp kali nie aku malas nak citer lg pasal every sem pon sebenarnya sama jer.. Erm.. Aku dah pon jadi senior of the senior skrg nie.. Best jugak!!

Macam aku ckp td.. Aku tak nak panjang lebar citer pasal semester baru nie tp aku nak ceriter pasal bisnes sekarang.. Sem nie dan pada tahun baru nie aku dah bertekad akan menjalankan aktivit bisnes aku dengan lebih giat lagi.. usaha yg berterusan.. Ya!!! Aku perlu buktikan apa yg aku buat nie bukanlah satu perkara yg sia-sia sahaja. Ramai yg tak sedar yg aku dah mula berjinak-jinak dalam bisnes nie sejak dulu lagi.. Ada diantaranya yg kadang-kadang diorang lupa yg aku pernah meraih pendapatan dari apa yg aku jalankan. Mereka juga pernah menjadi pelanggan aku..

Banyak perkara aku cuba dalam hidup dan banyak juga yg aku pelajari. Satu jer yg aku terkilan dalam hati bila ada mereka2 diluar sana yg tak pernah nak belajar sesuatu yg baru dan tak pernah tahu tentang sesuatu perkara tetapi lagak mereka umpama dialah cendikiawan tehebat di Malaysia!!! Mengapa perlu mereka membuka mulut mempersoalkan tentang sesuatu padahal mereka tak pernah tahu tentang apa yg mereka persoalkan!!! Lain Kali belaja dulu yerk!!!

Berbalik kepada bidang perniagaan yg aku ceburi.. Mungkin di mata masyarakat, diorang masih tak dapat nak terima kerana ini adalah sesuatu yang baru untuk mereka.. Maaf cakap, ramai mentaliti masyarakat hari ini masih dibayangi oleh mentaliti masyarakat dulu yg takut untuk kehadapan mencuba sesuatu yang baru.. Mereka lebih risau untuk mengalami kegagalan daripada berfikir positif untuk meraih kejayaan.. Seseorang yg berjaya kini pasti pernah menemui kegagalan.. Lihat sahaja mereka yg kini menjadi jutawan dan tokoh terkenal.. Tanyalah mereka apa yg membuatkan mereka berjaya sehingga kini.. Pasti mereka akan mengatakan yg "Kegagalan Adalah Pengalaman Terhebat Dalam Hidup Untuk Mengecap Sebuah Kejayaan".. Jadinya, mengapa harus takut untuk gagal???

Aku pernah gagal dengan apa yg aku buat sekarang.. Tapi kenapa aku masih meneruskan apa yg aku lakukan sekarang sedangkan aku pernah gagal?? Kerana dalam hidup aku aku percaya satu perkara.. Rezeki itu adalah ketentuan Allah dan kita sebagai manusia hanya mampu berusaha. Aku yakin dengan apa yg aku lakukan. Jadi aku teruskan.. Mungkin dulu aku tiada rezeki tp manalah tahu sekarang nie aku akan berjaya.. Tiada istilah gagal dalam diri aku. Selama ini pon orang melihat aku sebagai orang yg tak pernah gagal.. Jadi mengapa aku harus tunjukkan pada semua orang aku pernah gagal!! Tak penting untuk semua orang tahu..

Bidang perniagaan adalah bidang yang aku minati.. asal ada jer benda yg aku leh buat duit aku akan buat.. Jadinya aku adalah aku sekarang.. Menjadi seorang pendatang baru di dalam bidang perniagaan.. Perniagaan alaf baru.. Dari perniagaan yang menjual produk sampailah ke perniagaan yang menjual perkhidmatan telah aku lakukan sekarang!!! Tak perlu ada penafian kini daripada org yg pernah memperkotak-katikkan aku kerana mereka sendiri telah melihat siapa aku kini. Aku tak menipu.. Aku tak jual produk yg org tak nampak.. Mereka juga nampak apa yg aku jual.. Cuma aku menggunakan teknologi terkini sebagai medium menjual produk jualan aku.. Sebab tue mereka nampak apa yg aku buat nie tak betul.. Mereka masih terjebak dalam dunia tradisional yg mengatakan kalo nak beli barang kene pergi kedai.. Jadi bagaimana nak melahirkan masyarakat yg maju, yg berdaya saing dan celik IT?? Semuanya bergantung pada diri sendiri.. Tepuk Dada, Tanya Selera!!! Lawati blog perniagaan saya di http://www.donbizz.blogspot.com untuk pelbagai jenis produk yg saya jual dan boleh dapatkannya secara online..


Cuti semester kembali lagi dan bagi aku waktu yg macam nie yg aku nak rasa sentimental nie.. ntah kenapa macam2 peristiwa melanda dan aku jalaninya dengan tenang dan tenteram walaupon sebenarnya aku taklah setenteram yg dilihat orang..

Adakah aku yg bersalah? Sukar nak gambarkan apa yg berlaku.. Segala-galanya berlaku tanpa permintaan dariku.. Aku tak berdaya nak melawan nafsu diri yg sentiasa meronta-ronta mahukan perhatian... Tapi aku silap kerana aku perolehinya dengan cara yg salah.. Sekarang nie aku dah rasa bersalah.. Masih adakah kemaafan buatku? Aku dahagakannya... Ampunilah aku..


Salam.. Hanya tinggal satu paper je lagi sebelom aku menamatkan semester ini.. segala suka dan duka telah diharungi.. Hope tiada lagi penyesalan dalam diri bila kita melangkah ke semester akan datang... Anyway, mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku publish title sedemikian.. Aku pon tak tau kenapa aku leh teringatkan zaman2 sekolah aku dulu time2 exam nie.. mungkin cara nak ambik exam kat u nie lebih kurang samer ngan exam di sekolah kot!!!

Bila Burung Pulang Ke Sarang atau Bila Sirih Pulang Ke Ganggang dan apa saja yang sama maksud dengannya.. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai bila kita telah berada di puncak menara atau bila kita berada di atas, jgn sesekali lupa untuk melihat ke bawah kerana apa yang akan kita alami mungkin ada kena mengena dengan perjalanan kita untuk berada di atas atau di puncak terbabit.

Terkenang zaman persekolahan yg penuh tawa gembira, suka dan duka daripada aku sekolah rendah lagi. Bila aku dtg lambat ke kelas di universiti, aku terkenang kembali bila aku dtg lambat ke sekolah.. pengalaman yang berbeza di alami.. kalo di sekolah dulu, tak kena rotan mungkin kene lari satu padang.. tak tahulah nak kater itu pengalaman yg pahit atau pengalaman lucu tp pada aku semua itu adalah liku-liku perjalanan diri untuk berada di puncak kejayaan.. zaman sekarang zaman org berlumba-lumba ke arah pendidikan.. jika 50 tahun lalu, budak 13 tahun boleh menjadi seorang cikgu, sekarang ini.. nak jadi cikgu kene melepasi halangan macam2 dengan ramai yg memohon.. amat berbeza bukan?



Hope usah mudah lupa akan perjalanan yang pernah kita lalui, semua itu membawa kita ke arah yang lebih matang dalam hidup.. semoga kita menjadi bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba.. kerana hari ini dan selamanya.. inilah negara kita berteduh dan kitalah tiang penyokong dari roboh.. Ayuh, Satu Malaysia!!!


Hai.. Salam bertemu.. mungkin agak lama aku tak menulis dalam blog nie.. (seminggu pada aku lama kot!!).. Semester ni mcm2 halangan yg menimpa.. byk benda yg perlu dilakukan.. Daripada nak submit assignment, presentation, R&D Competition, dan yang lebih mengharukan sem ni baru aku tau bagaimana rasanya assignment kene reject!!! Bagai dihiris sembilu rasanya..

Untuk post yg berikut nie.. aku nak cerita satu kisah pasal marks assessment atau bebudak panggil carry mark.. walaupon penggunaan carry mark itu salah tp bagi aku pabila sesuatu bahasa itu selalu digunakan, ia dah seolah2 menjadi suatu tradisi mcm bebudak sekarang punya bahasalah.. mcm cara penulisan aku nie.. hehehehe.. mmg bukan mengikut bahasa yg betol.. penggunaan tatabahasa yg bagus tapi inilah cara penulisan sekarang dan kita tak mampu membendung masalah ini.. jadi apa yg boleh dilakukan?? erm.. masih tiada jawapan.. mereka yg pandai dalam menyelesaikan masalah ini silalah fikirkan.. oklah.. apa yg nak cerita pasal carry mark nie.. sempena nak menhadapi final exam nie, carry mark adalah sesuatu perkara yang paling menjadi bualan hangat khususnya pelajar2 universiti.. macam2 personaliti akan kita lihat daripada kesan carry mark nie..

secara logikalnya, apa yg anda paham dengan carry mark ni?? ianya hanyalah nombor yang dapat memberi kesan dalam jiwa sanubari seseorang manusia khususnya mahasiswa. dah mcm no ekor plak.. (haram k nombor ekor tue).. ada pelajar yg menanti carry mark mereka sebelum menhadapi exam bg subjek tersebut.. kenapa? ada sesetengah pelajar berpendapat carry mark penting bg mereka untuk mengukur setahap mana pencapaian mereka dalam sesebuah subjek.. jika carry mark mereka mencapai tahap yg membanggakan, mungkin mereka tidak merasa tertekan apabila berada dalam dewan peperiksaan, mereka mungkin akan merasa selesa untuk belajar dan juga akan merasa tenang menghadapi peperiksaan. selalunya mereka ini adalah mereka yg selalunya cemerlang dalam pelajaran... berbanding mereka yg melihat carry mark mereka yg teruk, ada 2 pandangan mengenainya.. yg pertama, mereka akan merasa tercabar dan merasa mereka perlu untuk melipat gandakan usaha bagi menghadapi peperiksaan terakhir mereka agar mereka lulus dalam subjek tersebut.. ada 2 kemungkinan pelajar seperti ini pula, selalunya mereka akan mencapai apa yg dihajatkan kerana usaha yg bersungguh-sungguh dan ada mereka yg terlalu tertekan kerana memikirkan carry mark yg teruk sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menjawab peperiksaan. yang keduanya pula, mereka akan mula berputus asa, dan membiarkan takdir menentukan segalanya.. jika ada rezeki, mereka akan lulus jika tidak, terima seadanya yg mereka akan bertemu semula subjek tersebut semester berikutnya.



ada sesetengah pelajar menganggap melihat carry mark tidak penting kerana hanya akan mengganggu kosentrasi mereka dalam study.. jika markah yg diterima baik, oklah tapi kalo sebaliknya? erm.. paham2lah.. bagi aku, mereka yg mahu cemerlang dlm pelajaran mereka akan seboleh-bolehnya mahu melihat mark assessment mereka sebelom final bermula.. hal ini bertujuan agar mereka tahu kelemahan mereka dan akan berusaha untuk memperbaikinya (kalo mereka yg mahu berubah ke arah kejayaan la.. kalo setakat pasu bunga ngan biawak hidup tak tau la diorang kan).. pokok pangkalnya ia bergantung kepada seseorang pelajar itu sendiri kerana tiada halangan untuk mereka samaada mahu melihat atau tidak carry mark mereka..

oh ye, menyentuh kisah carry mark nie, ia juga mungkin boleh menjadi bahan perbualan yg hangat dikalangan rakan2 seperjuangan apabila ada mereka yg sebenarnya tak berkelayakan mendapat markah tinggi tetiba mendapatnya.. mcm2 lah yg keluar dan bisikan2 syaitan mehantui diri... adakah anda punya pendapat mengenainya?? selalunya kita akan mengatakan ianya kerana pertolongan lecturer kerana pelajar itu rapat dengannya.. ataupun lecturer tak adil memberi markah dan mungkin kerana pelajar ini sendiri tak adil dalam mendapat markah tersebut (cthnya meniru dan sebagainya).. mmg ia tidak adil kepada pelajar yg lain tapi inilah kenyataan yg harus diterima semua pihak. aku sendiri ada pengalaman sebegini.. mengutuk dengan hebat mereka2 yg sebenarnyer tak layak mendapat markah yg tinggi kerana perbuatan mereka yg seperti dinyatakan tadi.. tp apa nak buat.. mungkin inilah yg harus kita relakan..



oklah.. hari dah semakin pagi.. harap korang mengerti apa yg aku nak ckpkan nie kerana majoriti org tak paham apa yg aku cuba sampaikan.. erm.. paham2kanlah yerk.. ok...


dengan tulus daripada hati,

DON (28/10/2009)(2.53a.m)

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan