Hari nie aku masak makanan jawa tok keluarga aku.. Kalo masak kicap nie memang sinonim la dengan orang jawa.. Tapi aku nak share resepi yang aku curik dari mak aku.. Huhuhuhu iaitu campurkan sedikit gula melaka dalam masakan kicap tue.. Wau.. berapi tue makan... Hahahahha...
Zaman sekarang nie orang dah tak kisah lauk-pauk yang dah biase.. Sekarang orang nak cari lauk-pauk yang ader different sket daripada lauk-pauk yang ada sekarang walaupon cara penyediaan sama jer... Orang zaman sekarang selera mereka bukan maen lagi.. Demand semacam.. Jom la kita try buat ayam masak kicap campur gula melaka nie..
AYAM MASAK KICAP GULA MELAKA
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong 8 dan digoreng terlebih dahulu)
1 biji bawang besar (dihiris kecil)
4 biji bawang putih (dihiris)
seibu jari halia (dipotong kecil)
Cili padi (ikut suka)
Sedikit Gula Melaka
Garam dan Serbuk Perasa secukup rasa
Kicap Cair Manis
Rempah tumis
Minyak Masak
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.. Masukkan juga halia dan rempah tumis...
2. Setelah itu masukkan sedikit gula melaka yang dah dihancurkan terlebih dahulu..
3. Masukkan ayam.. Sebatikannya.
4. Letakkan kicap cair manis tadi dan masukkan air jika perlu.. Ahkir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5. Bolehlah dihidangkan...
Selamat Mencuba!!!
P/S: HIDUP NASI LEMAK DI SEKOLAH!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan