Dear all, sesiapa yang berada di area Shah Alam, KL lebih-lebih lagi di area Petaling Jaya dan nak apply kad kredit / pinjaman peribadi / PA insurance di Hong Leong Bank.. Antara keistimewaan adalah seperti berikut:
Kad Kredit: PERCUMA Annual Fee Waiver untuk setahun bila anda swipe kad kredit (x kisah berapa amount) setelah pengaktifan kad kredit.. RM50 rebate gerenti!! 1% cash back setiap kali transaction (tak termasuk petrol), point penebusan hadiah dll
Personal Loan: Approve dalam tempoh 48 jam, tempoh bayaran hingga 5 tahun, x perlu bukak akaun (loan bole kredit masuk ke bank lain) istimewanya bole apply untuk settle outstanding amount kredit kad atau personal loan yang anda ada di bank lain dll
Syarat bagi Kad Kredit & Personal Loan: Minimum income RM2K sebulan, 21 tahun ke atas, hurm.. tu je la..
Dokumen: IC photocopy depan belakang, payslip 3 bulan dan bank statement (gaji masuk mana) 3 bulan atau penyata KWSP, muka depan buku akaun bank sebagai bukti untuk tujuan disbursement loan kalo approve
PA Insurance: Bayaran yang rendah untuk tempoh setahun.. Bayar sekali dan dilindungi selama setahun bila berlaku kemalangan kepada diri. PA insurance untuk anak cuma RM70 setahun! Murah siap ada educational allowance RM30K jika anak masuk belajar ke Universiti*
PA insurance terhangat kini adalah PA Snatch Protection yang melindungi anda daripada diragut/dirompak/disamun dan sebagainya.. Perlindungan menyeluruh termasuk ganti rugi barang yang hilang.. Kereta kene pecah pon bole diclaim dengan plan ini.. Hanya RM98 setahun!! Bayar sekali dan dilindungi selama setahun!!
Syarat: Takder syarat lain yang pening2.. Isi form je.. dan bayar cash atau potong guna kad kredit.. P/S: yang keje driver teksi ke polis ke x leh apply.. apply untuk anak xpe..
Cakkkk!! I'm back!! Hahahahahahaha.. Gua rasa cam blog ni nak mampus je.. Setahun dah bole kira berapa kali gua update blog ini.. Ok la, malas gua nak tulis panjang2, nak share satu resepi baru..
Selamat malam Malaysia!!
Salam Semuanya,
Gua rasa macam dah mampus je blog gua nie.. Tak ada langsung update terbaru.. Beselah, sejak dah menceburi byk bidang ni, susah sikit nak luangkan masa tapi hari ni gua betul2 free!! Bila dah betul2 free gua takde laen akan mempraktikkan skill memasak gua.. Hari nie gua nak share lu orang satu resepi yang simple je nak buat untuk korang makan time petang-petang atau tengah tengok TV ke.. Mesti korang suka makan puding kan?? Hahahahaha..
Actually, puding ni gua buat memang last minute.. That's why gua namakan puding ni puding jagung last minute.. Gua memang suka apa2 yang berkenaan jagung.. Memang favorite gua!! Jagung bakar, ais krim jagung, crepe jagung, jagung rebus dan sewaktu dengan jagung memang gua suka makan.. Ok, tak payah nak melalut lebih korang tengok je resepi kat bawah nie... Simple je, tak sampai 10 minit nak sediakan..
Bahan-Bahan:
1 Bungkus Agar-Agar
1 tin Jagung Manis
1 tin Susu Cair Calmations
1 cawan Gula
400ml Air
Cara membuatnya:
1. Sediakan periuk. Panaskan pada suhu api yang sederhana. Tuang susu cair ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.. Gaul dengan sebati. Selepas itu masukkan jagung manis dan teruskan mengacau susu cair tadi.
3. Masukkan air dan kacau semula. Masukkan pula agar-agar tadi.. Kalo bole gunakan yang serbuk. Teruskan mengacau sehingga mendidih.
4. Sediakan bekas yang bersesuaian dan corak yang kita suka. Tuang dengan perlahan-lahan supaya tak terkena tangan. Karang sakit!!
5. Last masuk dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit kemudian bolehlah dihidangkan.
P/S: Kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman... Baru bole dapat gelaran Senyuman Menawan macam gua!! Hahahahahaha..