Salam Satu Malaysia,
Dah lama rasanya gua tak post something new dekat blog nie.. Asyik utamakan bisnes je skrg nie sampai tak sempat nak post sesuatu kat blog ni tp hari nie hati gua terdetik untuk menulis dalam blog nie..
Nak menulis aper?? Rasa nak menulis sesuatu tapi takder idea la.. tp akhirnya gua dapat satu idea untuk menulis.. Sempena kehadiran hari ibu yang akan menjelma nie, baik gua menulis mengenai ibu.. Walaupun sekarang masih berada dalam mood kekecewaan, namun hidup harus diteruskan!! Tak guna kecewa berpanjangan.. Sometimes bila berfikir balik, lu ni kecewa kenapa?? Nak kata bisnes lu tak laku, komisyen dan income hari-hari ada masuk.. Sabarlah Don..
Tapi tu la.. kadang-kadang kita sibuk mencari kekayaan sampai kita lupa pada pada tujuan utama kita hidup di muka bumi nie.. Sesungguhnya, DIA telah mengetuk pintu hati gua sekarang nie untuk menyedarinya..
Rasa sedih pula sekarang ni.. Ye la.. Bila nak bercerita pasal hari ibu.. Pasti nostalgia lama dan kenangan bersama ibu berlegar-legar di fikiran.. Bagaimana naluri seorang ibu yang sabar dan tekun membesarkan 9 orang anak.. Semuanya dah berjaya pula tue.. Gua jadi insaf.. Mungkin betullah orang kata, "Ibu seorang boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang yang bergelar IBU.. Teringat pula lagu daripada Sudirman berjudul "Ayah dan Ibu", memang sah berderai jatuh air mata nie.. Lagi-lagi bila berjauhan dengan ibu yang tersayang.. Ish.. Tak sabar pulak nak abes paper mcm nie.. Ayoo..
Mak, Selamat Hari Ibu.. Terima kasih kerana menjaga dan membesarkan saya selama ini.. Saya Sayang Mak..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini.
Ayah dan Ibu.. Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
0 ulasan:
Catat Ulasan