DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Salam Satu Malaysia,


Gua kembali dengan post terbaru.. Tetiba hari nie gua nak cerita pasal kerja! Apa yang buat gua nak citer pasal kerja nie?? Pasal gua baru je dengar lagu dari Meet Uncle Hussain nie, tajuknya, "La La La Kerjalah!".. Dan gua terfikir sejenak, mendalam sungguh lirik lagu nie.. Gua tabik hormat penulis lirik lagu nie.. At least lagu nie membawa satu pengertian yang sangat mendalam mengapa hidup kita nie kene keje!! Korang hafal tak lirik lagu nie?? Tak tau?? Tak pe.. Gua bagi lu sumer tengok lirik lagu tue kat sini..

Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah

La La La Laaa…

La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…


Ooh! Pening kepala

Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja


Ooh! Lega rasanya

Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Ooh! Terpinga-pinga

Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja


Ah! Nak bancuh kopi

Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Gelisah, kugelisah

Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


La La La Laaa La La…

La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…



(credit kat laman blog nie..)

Amacam?? Perasan tak lirik lagu nie.. Gua dah jatuh cinta dengan lagu nie.. Seyes!! Kalo korang still tak perasan lagi apa yang gua kata erti yang mendalam tue, takpe.. Jangan risau.. Kalo otak kiri lu masih tak berfungsi dengan baek rilek brader.. Gua bagitau sama lu! 

Ok, korang perasan tak tajuk lagu nie sendiri mempunyai maksud yang mendalam.. "La La La Kerjalah", mengapa diorang menggunakan "lah" dekat perkataan "kerja" tue?? Nape tak tajuk lagu nie "La La La Kerja" je.. Sedangkan kalo korang lihat kat lirik lagu diorang takder pon "lah" dekat perkataan "kerja" tu kan?? Sebenarnya tajuk lagu nie je dah memberi persepsi pada diri kita yang sebenarnya kerja tu penting.. Kalo korang nak merayu minta tolong pada orang selalunya korang akan cakap macamane? "Beb, tolong.." atau korang akan guna "Beb, tolonglah.."?? So, majoriti akan kata mereka akan guna ayat yang kedua yang ada perkataan "lah" kan? Same juga dengan definisi lagu nie yang merayu semua orang yang mendengar lagu nie supaya keje!!!


"Ooh! Pening kepala, Memikirkan tak ada kerja, Tanam Anggur, Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja, Ooh! Lega rasanya, Jawat kerja pegawai pemasaran Di Pertama, Rupa, oh! Rupanya, Kerja am sajaaa!"


Dalam kehidupan seharian nie, mmg kita tak pernah puas dengan apa yang ada.. Gua pon same je.. Dah ada keje yang bagus, still meraba-raba cari keje yang lebih bagus.. Itu adalah lumrah kehidupan seorang manusia.. Bila tak ada keje, sebok salahkan kerajaan la, pihak universiti la, tapi bila dah dapat keje, asik mengomel je!! Gua la tue.. Hahaahahha.. Kalo lu orang tengok lirik di atas, inilah kehidupan yang diharungi semua orang.. Bila takder keje, sebok garu2 kepala (mintak tolong kat kutu kot).. 


Bila ditawarkan keje, masing2 meletakkan satu level yang tinggi dalam pekerjaan yang hendak dilakukan.. Beselah, selalunya bila takde pengalaman, tak perlu mengharapkan sesuatu yang lebih.. Memang jawatan yang diberikan adalah setaraf dengan pendidikan kita, namun untuk memperolehi pengalaman, kita perlu mula daripada bawah.. So, selalunya mereka yang "fresh grad" selalunya akan ditawarkan keje as "Executive" tapi kejenya mungkin seperti kerani.. Benda macam nie is real dan berlaku.. Kerana sebelom lu orang menjadi boss, adalah lebih afdal kalo lu orang tau apa yang orang bawahan lu lakukan so that, lu orang takder la rasa pekerja lu orang lebih terer dari lu orang..


"La La La Laaa… La, hari-hari kerja!, La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!, La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!, La La La Laaa… La, hari-hari kerja!, La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!, La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!"


Perbuatan yang dilakukan selalu dan setiap hari selalunya akan mengundang kebosanan!! Apatah lagi perkara itu dilakukan setiap hari.. Namun, untuk berjuang dalam hidup, kebosanan harus ditolak tepi bagi mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup.. Hidup perlukan makan, minum, pakaian, kehendak diri dan untuk mendapatkan semua itu hanya satu yang kita perlu lakukan iaitu keje!! Bosan atau tidak dengan keje dilakukan, hidup harus keje untuk memenuhi kehendak kehidupan..


"Ooh! Terpinga-pinga, Tak puas lagi beradu, mengantuk, Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja, Ah! Nak bancuh kopi, Tapi gulanya tiada, minum saja, Kerja bagai nak gila, Ah! Tak juga kayaaa!"

Lirik di atas memang kene dengan hidup gua.. Mungkin sama dengan hidup lu orang sume.. Masih tak puas tido namun kita kene bangun jugak untuk keje! Selalunya bangun sebelum subuh then balik pulak dah malam.. Inilah kenyataan.. Ape pulak kaitan bancuh kopi ngan gula takde dalam lagu nie?? Mungkin otak kiri lu orang still tak berfungsi untuk berfikir.. Takpe.. Gua huraikan untuk lu orang.. "Kopi" selalunya dikaitkan dengan rasa pahit, kan?? "Gula" pula dikaitkan dengan rasa manis.. Apabila Kopi dan Gula bergabung, sah2lah meletop!! (Mestilah rasanya sedap..) 


Begitulah persamaan yang cuba diterangkan oleh penulis lirik dalam lagu nie dengan kehidupan keje seseorang.. (pasal lagu pendek je, takleh la berjela-jela nak explen..) Apabila kita keje, walaupon stress dan boring macammane pon kita dek kerana takde perkara-perkara yang menggembirakan dalam keje yang kita lakukan, kene la teruskan jugak untuk meneruskan hidup.. Itulah dimaksudkan "bancuh kopi, gula tiada, minum saja!!" 


Kekayaan adalah satu yang subjektif, segalanya bergantung pada kita.. Silapnya, kita selalu melihat kekayaan itu pada kebendaan atau harta benda, sedangkan kekayaan itu sungguh luas maksudnya.. Usah pandang pada mereka yang lebih tinggi daripada kita, tetapi cuba pandang pada mereka yang lebih rendah dari kita dan disitulah terletaknya makna kekayaan sebenar dan itulah yang membuat kita lebih bersyukur dengan pemberian-Nya kepada kita..

"Gelisah, kugelisah, Mengenangkan masa depan, Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja, Tiada apa yang percuma, Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!"


Penulis lirik membawa kembali kepentingan keje di dalam lirik di atas.. Inilah yang selalu membelenggu manusia yang tiada keje.. Bagaimana mereka mahu merealisasikan cita dan impian diorang dan lebih penting bagaimana masa depan diorang tanpa keje!! Hidup tiada yang percuma.. Segala-galanya perlukan duit.. Dan untuk dapatkan duit, mestilah kene keje!! Realiti tanpa keje, seseorang tak akan kaya...

Inilah yang gua cuba sampaikan pada lu orang berdasarkan pandangan gua terhadap lagu ini... Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.. Mungkin ramai yang masih tak paham apa yang aku cuba sampaikan.. Mungkin video di bawah ini boleh membantu untuk memahamkan pemahaman otak kiri lu orang..





P/S: Kerjalah dengan ikhlas kerana disitulah terletaknya keberkatan hidup..........

Salam Satu Malaysia,


Hari nie gua baru je sampai KL menunaikan tanggungjawab gua sebagai seorang pekerja.. Cuti panjang sudah abes.. Kini gua kene berusaha untuk mendapatkan pendapatan berganda untuk gua langsaikan hutang-hutang gua yang dah keliling pinggang nie..


Gua balik Jumaat lalu meninggalkan dunia kota metropolitan yang penuh ke"brengsek"an ini menuju ke kampung gua yang indah permai.. Sabtu lepas ada perhimpunan BERSIH 3.0.. Gua rasa kalo gua ada kat KL pon takder gunanya pasal gua tak pergi pon perhimpunan tue pasal gua takder baju kuning.. (hahahaha.. buruk giler alasan gua..)
Oklah, gua malas nak sebok citer pasal dunia politik pasal gua pon seminggu sekali susah nak belek surat khabar tengok isu-isu semasa.. Masa pergi interview aritu, teruk gua kene jawab 3 esei pasal ekonomi.. Gua apalagi, gunalah kebijaksanaan otak kiri gua untuk mencipta sebuah karangan pasal ekonomi.. Bedal je la.. Kalo gua punya rezeki ada, adalah..
Gua nak bagi pendapat gua tentang perbuatan "DEMONTRASI" nie.. Gua takder problem pasal demontrasi pasal hari-hari pon gua menunjukkan rasa demo gua bila attend customer yang gua menyampah!! Demontrasi bagi gua bagus pasal itu adalah salah satu cara bagi kita menunjukkan perasaan kita.. Budak kecik pon dah pandai tunjukkan rasa demontrasi bila mak diorang lupa buat susu pasal kemaruk layan Fesbuk!! Kan?? Budak kecik pon tau berdemontrasi..
Demontrasi dengan tindakan yang betul sangat2 dialukan.. Gua tak kisah berapa ramai orang yang nak ke Dataran Merdeka menunjukkan rasa tidak puas hati diorang tapi buat rilek la brader.. Jangan nampak sangat korang jadi balaci orang laen semata-mata.. Orang yang berdemo harus tau apa tujuan mereka untuk berdemo, sebab apa lu orang nak berdemo dan bukannya semata-mata dapat duit atau ikut member2 berdemo.. Demontrasi perlukan sebab dan sebab itu mestilah sesuatu yang munasabah dan realistik..
Ada orang berdemo kerana tak puas hati kerana gaji dah 3 bulan tak bayar.. Ada yang berdemo kerana diorang bengang dengan bas yang lambat setiap hari... Kene tunggu sampai 2 jam semata-mata untuk satu bas!! (bas Repit Key L la pe lg!!) Apa pon alasan lu orang, lu orang juga harus tau tindakan juga memainkan peranan.. Kalo lu orang berdemo pasal gaji dah 3 bulan tak bayar, tak perlu berdemo di Dataran Merdeka, cukuplah berdemo dengan pihak majikan lu orang..
Korang paham tak apa gua cuba nak sampaikan nie?? Hahahaha.. Gua malam nie agak mabuk sikit pasal berjam-jam gua dalam bas tadi.. Apa yang gua cuba nyatakan di sini adalah setiap orang perlu ada sebab yang berasas dan kukuh untuk berdemontrasi. Sebab itulah yang akan membawa kepada tindakan yang betul ketika melakukan demontrasi.. Bukan hanya ikut segerombolan manusia dan apabila mereka melakukan onar, korang pon turut melakukannya.. Cukup2 la jadi balaci orang2 yang ada kepentingan diri mereka sendiri.. Berdemontrasilah kerana mahu menegakkan hak diri sendiri, agama, bangsa mahupon negara.
Gua sampai sekarang tak boleh lupakan satu tindakan demontrasi yang gua rasa sangat BODOH oleh sekumpulan mahasiswa universiti yang pastinya daripada mereka yang terPELAJAR!! Bakal pendidik anak bangsa pulak tue.. Hahahhaa.. Kisahnya begini, pada malam tahun baru yang lalu.. ada sekumpulan bakal2 pendidik nie yang berdemontrasi pada lewat tengah malam menyuruh membuka pagar kerana dikatakan mahu menghantar memorandum.. Lu orang nampak x apa yang BODOH dan LAWAK dalam tindakan demontrasi golongan ini?? Gua rasa ini adalah demontrasi yang saja-saja dibuat.. Untuk apa?? Entah.. No Idea!!
Kalo kita renungkan kembali ye, sebagai contoh.. Katalah korang ada sepucuk surat penting yang korang kene poskan untuk seseorang.. Adakah korang tetap akan ke Pejabat Pos lewat malam mengetuk-getuk pintu, memaki hamun pak guard supaya bukakan pintu pagar semata-mata mahu menghantar sepucuk surat yang penting?? Memaksa abang posmen bangun daripada tidonya semata-mata untuk menghantar surat tersebut?? Korang akan lakukan ke tindakan seperti itu?? Jika korang dikalangan yang berakal waras dan sememangnya terpelajar, korang mesti tak akan lakukan perkara di atas..
Korang pasti akan menunggu keesokkan harinya apabila pejabat pos buka, apabila pintu pagar dibuka dan apabila pekerja bersedia melakukan tugasan hariannya, ketika itu, rayulah semahu-mahunya, ianya satu tindakan yang bagi gua boleh diterima dan sedikit waras untuk dipertimbangkan dek akal fikiran.. Sama halnya dengan tindakan sekumpulan bakal pendidik itu yang berdemontrasi dengan tindakan yang kurang matang dan bijak.. Apa kejadahnya lu orang memekik terlolong suruh bukak pintu pagar pada waktu tengah malam, menyuruh orang bangun tengah malam semata-mata alasannya mahu menghantar memorandum?? Tak boleh ke tunggu keesokkan harinya atau apabila pejabat atau pintu pagar dibuka?? Tepuk dada tanya akal..


Gua menyokong sebenarnya amalam demontrasi TAPI jika tindakan itu betul dan tepat.. Gua juga ada sebab untuk gua berdemontrasi dan gua yakin setiap orang ada sebab mengapa diorang pon nak berdemontrasi.. Cuma biarlah kena dengan tahap intelektual yang lu orang miliki untuk berdemontrasi.. Usah kerana turutkan hati, akal dibiarkan mati untuk berfikir, maka akan ada puak-puak yang mentertawakan diri lu orang kerana tindakan lu orang yang kurang bijak dan matang..




P/S: Pernah jadi ketua pembangkang time debat dulu kat sekolah.. Sah2 la gua menang!! Hahahaha.. Oklah, moga sentiasa jadi orang yang cerdik berfikir bukan cerdik membaca buku semata-mata untuk exam!!!!

Hari nie gua nak tunjukkan pada lu semua satu resepi yang sebenarnya tak sengaja pon di buat.. Maen bedal je gua masak sebenarnya tapi tak sangka pula cantek dan sedap!! Hahahaha.. Kalo lu sumer nak cuba, gua tak kedekut nak bagi resepi kat lu semua.. Tengok bawah nie ok!!


KUEW TEOW SEAFOOD MARINARA OMBAK RINDU



Bahan-Bahan:

1 bungkus Kuew Teow

1 biji bawang besar bombay (bawang kuning)

1 tin kecil pati tomato

1 tin kacang panggang (sederhana besar)

1 biji tomato (belah dadu)

400gram Sotong putih (dihiris kecil)

1 bungkus bebola ikan (dihirs)

4 ulas bawang putih (dihiris)

Segenggam daun sup (dicincang)

8 sudu besar Sos Cili (kalo nak pedas)

Sedikit garam

Sedikit gula

Minyak untuk memasak

Air


Cara Memasak:

1. Didihkan air sehingga mendidih. Basuh kuew teow sehingga bersih. Apabila air sudah mendidih, tuang air panas tadi ke kuew teow.. Toskan.. (awas, jangan sampai kuew teow melekat sangat)..

2. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak.. Gorengkan bawang besar dan bawang putih.. Masukkan pati tomato, kacang panggang dan sos cili.. Gaulkan seketika..

3. Tuangkan air sekitar 3 cawan dan gaulkan.. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit.. Selepas sedikit mendidih, letakkan sotong putih dan bebola ikan dan biarkan sehingga benar2 mendidih..

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali bolehlah masukkan daun sup dan tutup api.

5. Letakkan kuew teow di dalam pinggan dan curahkan kuah tadi.. Sedia untuk dihidangkan..


Senang je kan???

Mudah, Pantas dan Sedap!!!

Ok, gua nak sambung balik diari gua semalam tentang percutian gua dengan geng2 gua kat Bayu Beach Resort, Port Dickson..


7.10 p.m - Lebih kurang nak Maghrib nie, gua baru naek.. Kalo ikutkan memang tak nak naek tapi kejadah ape nak berendam dalam laut sampai malam.. Gua tgk segala persiapan dah lengkap.. Tengok Abg Wan baru je idupkan api untuk BBQ dan gua pon amek kesempatan tolong sekejap membakar ayam (sambil nak keringkan baju..).. Tapi sekejap jer.. Tak sampai 10 minit gua naek bilik bersihkan diri..





8.10 p.m - Gua dah bersiap-siap turun ke majlis.. Gua mmg x prepare untuk pakai baju ikut tema pasal gua memang tgh pokai.. Asal pakai baju sudahlah.. Turun je ramai yang dah ada.. Gua terus mengendeng kat tempat BBQ.. Hajat hati nak masak ayam spesel punya untuk gua je... Last2 sampai habes event gua kat tempat BBQ..




Time nie byk aktiviti dilakukan dimulakan dengan nyanyian besday tok mereka yang lahir bulan April iaitu Abg Wan, Aida dengan si Epol.. Sayang la gua pasal gua punya hari beranak bulan Mei.. Hahahaha.. Tapi gua cukup terkesima dengan kek besday diorang.. Cantek betol la... Gua rasa nak curi je bawak balik bilik.. Hahahaha.. Biar diorang takder kek..



Pastu acara diteruskan dengan cabutan bertuah.. Gua harap jugak la nombor gua naek tapi haram sampai ke sudah x ada.. Lepas tue ada soalan quiz yang mana ianya akan menentukan pemenang keseluruhan sama ada kumpulan Boboiboy, Yaya atau Gopal.. Soalan die cume berkaitan dengan ofis je tp beselah mesti orang yang baru setahun jagung bekerja tak boleh nak kalahkan "otai" yang dah lama kat ofis kan?? kan?? So, gua punya team kalah...





Pastu ada satu penyampaian anugerah yang akan diserahkan oleh "big boss" ofis gua yang best sebestnya, Kak Siti.. Funny jugaklah anugerah2 yang kitorang terima.. Hahahaha..










10.30 p.m - Event dah abes.. Kitorng bersiap-siap berkemas sebab pintu akan ditutup pak guard pukul 11.. So, gua sempat tapau makanan pasal time gua bizi memanggang, gua tak sempat pon nak makan.. Hanya sempat makan sosej je.,..Tapi bila gua sampai bilik, gua pon x larat nak makan.. Pasal maybe gua byk makan sosej time gua memanggang tadi...

12.30 p.m - Time nie gua dah kat bilik.. Si Epol ngan si Hafidz dah start landing kat tilam.. Gua pulak sempat bukak TV dan makan!! Hilang program diet gua!! Gua gi kacau si Hafidz tapi bila gua nak kacau balik, alahai mamat nie dah tido pulak die!! Sebelom tido, gua berbual-bual ngan Epol.. Sedih gak pasal si Epol nie akan transfer ke cawangan laen.. So, dah puas membebel, gua pon akhirnya ...................zzzzzzzzz..........zzzzzz.......


8 April 2012 (Ahad)

6.50 a.m - Gua bangun awal hari nie pasal gua makan byk sosej malam tadi so perot gua buat hal pulak.. Lepas puas melabur, gua landing balik atas katil dan sempat pulak gua .....zzzzzzzzz.... blik!!

8.30 a.m - Gua bangun jugak!! Rasa malas nak bangun dari katil nie.. Bukan selalu nak merasa tido hotel... Gua tengok cuaca luar cerah.. Cuaca baik hari nie.. Gua tengok bawah dari balkoni ramai yang dah breakfast.. Gua nampak Abg Wan kat bawah dah siap2 breakfast.. Wah, kene turun nie.. Sampai je, hurm.. memang lupakan soal diet.. Hajat nak makan banyak2 tapi memang perot dah tak larat nak masok.. Hahaahha...

9.30 a.m - Time nie gua dah sebok ke pantai.. Nampak sumer orang dah ada tgh maen bola tampar.. Hajat gua yang pertama semestinya gua nak balas balik dengan mandi laut.. Dalam keseronokkan itu, kak Eli cadang nak buat ikan duyung.. Gua memang rekomen diri gua untuk ditanam.. Masa tu gua tak tau ape bentuk yang diorang buat kat gua.. Gua hanya pejam saja... Tetapi rupanya inilah hasilnya....





11.30 a.m - Gua dah bersiap packing barang.. Sumer dah ok.. Akhirnya gua bersama-sama yang laen memulakan perjalanan balik ke KL dengan hati yang riang dan hepi... Maybe next time kita boleh buat lagi macam nie..



Apa pon, gua rasa pengalaman nie paling best buat gua!! Kalo bole, gua nak stay kat company nie sampai bila-bila sebab gua rasa gua ada "Family Besar yang Rocks"!! Apa pon, hidup harus diteruskan... Luv U All Sumer!!!

Salam Satu Malaysia..

Lamer giler gua tak menjenguk dan mengepos bahan2 terkini buat tatapan para blogwalking yang sudi hadir di blog ni.. Pada yang puji blog nie cantik.. Hehehehhe.. TQ so much.. Pujian korang mengembang kempiskan lubang hidung gua memalam nie..

Sebenarnya gua bizi sangat beberapa bulan nie.. Almaklumlah dah keje.. So, balik rumah je dah malam.. Ngantuk pulak tu.. So, x sempat gua nak menulis di blog nie.. Lagi pon gua takder citer terbaru nak gua post.. Sori la ye semua..

So, sekarang gua teruja nak share pengalaman gua bersama geng2 keje gua dekat Hong Leong Bank bila kitorang buat Family Day dekat Bayu Beach Resort di Port Dickson pada 7 April lalu.. Tercapai jugak hasrat untuk pergi bercuti nie.. A million thanks pada pihak Bayu Beach Resort kerana memberikan best service diorang pada kitorang hari tu..


Anyway, gua nak share gambar2 kitorang time di sana.. Tema kitorang masa tu adalah Lanun atau dalam bahasa omputehnya "Pirate" la.. Hahahaahha.. Memirate je diorang ni sejak kat bank lagi.. Ok la.. Gua malas nak tulis berjela-jela pasal korang pon malas nak bacer.. Gua tulis dalam bentuk tentatif la k.. Hahahaaha..





7 April 2012 (Sabtu)

8.30 a.m - Time nie gua dah start kejutkan Proton Saga gua sebab nak bagi panas enjin.. Gua kene amek Epol dekat Shah Alam.. Gua malas nak gerak awal2 pasal ikut plan gua kene sampai ofis pukul 10 pagi.. Tapi Epol paksa gua soh datang amek dia awal.. So, gua gerak dari rumah menuju Shah Alam..

8.45 a.m - Gua sampai Giant kat Shah Alam tunggu si Epol.. Tapi die x sampai lagi.. Hampeh betol, last-last die dtg pukul 9 lebih.. brengsek!! (orang Indon suka guna perkataan nie) Sejuk beku gua dalam kete..

9.45 a.m - Gua dan Epol dah sampai bank tapi xder parking.. (Hari Sabtu pon ramai orang keje ke??) Tgk parking kete x der, gua dan Epol cadang pergi amek Mary kat umah die.. Tapi kitorang plan amek die kat belakang LRT je pasal gua nak pergi topup T&G gua.. So, x yah beratur memanjang masa kat tol nanti.. So, Mary dah sampai tapi die tertinggal barang dan akhirnya kitorang pergi jugakla rumah die.. (tau pegi je umah die teros!!)..

10.15 a.m - Sampai ofis.. Parking masih x der.. So, kitorang amek inisiatif sendiri parking je kete kat tepi ofis.. Angkut je barang2 yang perlu.. So, dah settle sumer, so kitorang berkonvoi dengan 4 kete.. Selebihnya dah on the way ke sane.. Dalam perjalanan ke PD, sempat kitorang bertiga amek gambor tak senonoh nie dalam kete.. Hahahaha..


12.30 p.m - Sampai akhirnya di Bayu Beach Resort, Port Dickson selepas mengharungi jem yang panjang pasal ada hari graduation tentera dekat maktab tentera kat PD tue.. Hampeh tol, time kitorang nak cuti nie la korang nak buat konvokesyen.. So, dapat je kunci bilik kitorang terus naek dan first yang gua buat bila masuk dalam bilik mestilah landing kat tilam.... Wah, empuknya.. Rasa nak tido terus.. Epol dah start makan sambil tgk TV.. Gua gi kat balkoni tgk langit gelap.. Alamak, nak hujan.. Mesti spoil aktiviti petang nie.. Lepas makan Epol pergi naek ke bilik si ladies buat aktiviti untuk petang nie.. Gua kat bilik dengan Afiq, anak bongsu Kak Faridah yang manja.. Hehehehe.. (Gua kot yg manje..) Pastu gua turun ngan Afiq kat bawah untuk tolong si Aida dan Abg Wan kat bahagian register.. Kesian diorang dari tadi x makan dan tak tukar baju lagi..



3.30 p.m - Mujur hujan sekejap.. Petang tue cuaca kembali seperti biasa.. Aktiviti diteruskan walaupon lewat dari plan asal.. Kitorang dibahagikan kepada 3 team: Boboiboy, Yaya dan Gopal.. Gua mestilah duduk kat team Boboiboy (comel kan??) So, sebelom aktiviti lagi kitorang dah riuh rendah dengan aktiviti menyakat nie.. Baling-baling tepong dah tentu ada.. Hahahahahhaha.. Team Gopal tak habis2 ngan banner die yang tak seberapa tue..




Aktiviti dimulakan dengan baling belon berisi air dan kene masuk dalam lubang (apa nama games nie pon aku x tau).. Games nie kumpulan gua boikot bukan sebab Boboiboy dapat tempat corot skali tapi lubang yang diorang gali jauh giler dari lubang2 team Yaya dan si Gopal.. Tak aci la kan? Hurm..




Aktiviti diselang selikan dengan games untuk budak2.. Giler pecah perot tengok gelagat bebudak nie..





Pastu kitorang beralih ke games ke 2 pulak iaitu lari gorilla.. Ala-ala lari berganti-ganti bawak 3 belon.. kene kepit kiri kanan ngan celah kelangkang.. So, macam2 perangai buruk la muncul bila diorang bawak belon tue.. Hahahahaha.. Seyes giler kelakor.. Games nie kumpulan Yaya menang.. Aku tau pasal aper diorang menang.. Pasal diorang ada Aida.. Hahahahaha..





Pastu games ketiga iaitu isi air dalam botol.. Games nie kene guna tangan untuk isi air dalam botol.. Caranya, kene pass air tue kat setiap ahli dan yang last skali kene masukkan dalam botol.. Games nie kumpulan Boboiboy la yang menang pasal memang kitorang dah jangka akan menang sebab tangan kitorang beso2 sumernya.. Hahahahaha...





Tengah dalam akiviti tue kitorang dihidangkan dengan hidangan kuih-muih yang Kak Faridah bawak.. Memang meletoppss!!





Games diteruskan dengan acara "galah panjang".. Games nie kene setiap ahli team berbaring panjang dan buat apa cara sekalipon untuk jadi yang paling panjang.. Nak renggangkan badan ke, nak guna rambut ke, terserah yang penting panjang.. Games nie kitorang menang sebenarnya tapi disebabkan bantahan dari kumpulan laen kerana dikatakan ada unsur2 penipuan so games nie terpaksa dibubarkan..




Last games yang kalo tak buat memang x best adalah mumia.. Part nie paling best biler bungkus orang.. Hahahhaha.. Best sangat!! Games nie dimenangi oleh team Gopal pasal diorang nie ada letak unsur2 fesyen kat mumia diorang.. (dey tambi, bungkus orang pon mau fesyen ka??).. Hahahahahaha...





5.30 p.m - Aktiviti pon dah abes.. Time nie dah sebok buat persiapan untuk aktiviti malam tue iaitu BBQ dan ada secret event.. hahahaha.. Time nie pulak gua dah chow ke pantai untuk mandi!! Huhuhu.. Bila dah dapat pantai memang susah la nak naek.. Hahaaha.. Dalam hati, "alamak, diorang tak marah ke gua mandi nie? Diorang sebok2 kat atas tue.." Tengok si Nisa dengan tunang die mandi alamatnya memang lama la berendam air masin nie.. Ada gak gua tanya si Nisa nie, ok ke mandi lame2 nie so die pon wat dunno je gua pon "wat don no" gak la.. Hahahaha.. Mandi ngan si Afiq nie lagi la.. Memang tak nak naek rasanya...



Oklah la.. Diari nie panjang pulak gua merewang... Ingat nak letak gambo je.. Ape pon gua dah tak larat nak tulis, so tunggu untuk part 2 pulak k.. Sekali lagi.. TQ pada blogwalking yang sudi jengah ke blog nie..



To Be Continue....


Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan