Selamat malam Malaysia!!
Salam Semuanya,
Gua rasa macam dah mampus je blog gua nie.. Tak ada langsung update terbaru.. Beselah, sejak dah menceburi byk bidang ni, susah sikit nak luangkan masa tapi hari ni gua betul2 free!! Bila dah betul2 free gua takde laen akan mempraktikkan skill memasak gua.. Hari nie gua nak share lu orang satu resepi yang simple je nak buat untuk korang makan time petang-petang atau tengah tengok TV ke.. Mesti korang suka makan puding kan?? Hahahahaha..
Actually, puding ni gua buat memang last minute.. That's why gua namakan puding ni puding jagung last minute.. Gua memang suka apa2 yang berkenaan jagung.. Memang favorite gua!! Jagung bakar, ais krim jagung, crepe jagung, jagung rebus dan sewaktu dengan jagung memang gua suka makan.. Ok, tak payah nak melalut lebih korang tengok je resepi kat bawah nie... Simple je, tak sampai 10 minit nak sediakan..
Bahan-Bahan:
1 Bungkus Agar-Agar
1 tin Jagung Manis
1 tin Susu Cair Calmations
1 cawan Gula
400ml Air
Cara membuatnya:
1. Sediakan periuk. Panaskan pada suhu api yang sederhana. Tuang susu cair ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.. Gaul dengan sebati. Selepas itu masukkan jagung manis dan teruskan mengacau susu cair tadi.
3. Masukkan air dan kacau semula. Masukkan pula agar-agar tadi.. Kalo bole gunakan yang serbuk. Teruskan mengacau sehingga mendidih.
4. Sediakan bekas yang bersesuaian dan corak yang kita suka. Tuang dengan perlahan-lahan supaya tak terkena tangan. Karang sakit!!
5. Last masuk dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit kemudian bolehlah dihidangkan.
P/S: Kurangkan manis dalam masakan, tambahkan manis dalam senyuman... Baru bole dapat gelaran Senyuman Menawan macam gua!! Hahahahahaha..
Salam Satu Malaysia,
Malam nie gua tetibe rasa nak post something kat blog gua yang tercinta ini.. Beberapa hari lepas gua tak sengaja ter"google" nama blog gua nie... Skali adalah beberapa blog yang komen pasal blog gua nie.. Tak sangka, ada juga orang yang perasan kat blog gua nie.. TQ bebanyak diucapkan.. Apa gua paling bangga, ada daripada mereka adalah daripada negara luar.. Wow! Impress giler2..
Stop citer pasal Bajet 2013, tadi gua baru je tengok program feveret gua yang terkini iaitu MasterChef Malaysia di mana peserta tadi diuji untuk ujian kemahiran dalam mengenalpasti jenis2 rempah.. Gua tergelak giler bila peserta tak tahu pon jenis rempah tu padahal gua dengan selamba berkata, "tengok kat TV pon aku dah tau yang tu serbuk kari".. tetiba gua bermuhasabah diri sejenak.. Otak gua mula flash back kisah gua kecik2 dulu.. Ada kisah di sebalik cerita ni..
Dulu gua sangat2 naif.. Time kecik2 dulu, gua tak bole bezakan mana satu bihun dengan suhun.. Ada satu hari kakak ipar gua soh gua belikan bihun pasal dia nak masak bihun goreng.. Gua pegi ke kedai.. Dulu kedai kampung tak macam sekarang.. Semua dah siap packing dan ada tulis yang ini apa dan apa.. Dulu kedai kat kampung gua masih guna timbang kilo.. Tuan kedai pon satu hal, tak letak pula tanda nama.. Gua pon dengan keyakinan yang tingginya terus amek suhun tanpa menge"chek" terlebih dulu dengan tokey kedai.. Dah tak pasal2 gua kene.. Sekarang, kalo gua ke kedai, tanpa ada tanda nama pon gua sudah arif mana satu bihun dan mana satu suhun.. Gua terfikir, bukan ke ini satu kemajuan dalam hidup gua?? Korang nak gelak, gelak la.. Kalo gua soh lu pilih mana satu jintan manis mana satu jintan putih mesti lu orang konfius sekarang lagi2 jenis yang memang kaki makan free ngan makan kedai je..
Rupanya dah 25 tahun gua hidup dalam dunia nie.. Gua tetiba paksa otak gua teringat kembali zaman gua dulu-dulu dengan apa yang gua lakukan sekarang.. Dalam tempoh 25 tahun gua hidup, banyak perkembangan yang telah gua lakukan.. Banyak kemajuan sebenarnya yang kita tak pernah nak bagi anugerah pada diri sendiri tentang segala pencapaian dan kemajuan yang telah dilakukan.. Gua masih ingat time gua sekolah rendah, gua nie memang jenis yang tak banyak cakap, asik kene buli je.. Apa pekembangan yang berlaku kat sekolah, gua senyap je.. Takut nak libatkan diri.. Lagipon dulu cikgu2 gua tak pandang langsung kat gua pasal masa gua darjah satu sampai tiga, gua duduk kelas budak pandai.. Konon-konon pandai la gua nie.. So, banyak la kawan2 gua yang IQ diorang lebih tinggi dari gua.. Lagipon mana ada orang suka dengan budak GEMOK!!
Time gua dulu ada satu peperiksaan kalo x silap gua PTS (Penilaian Tahap Satu).. Time nie result gua hancuss.. Masa akhir tahun darjah tiga tue, cikgu gua buat rombakan iaitu penukaran kelas.. Oleh kerana result gua yang suam2 masin air laut tu, gua kene tukar kelas yang kurang pandai.. Rasa sedih giler tapi tu la permulaan bagi gua.. Bila budak pandai masuk kelas yang kurang pandai, masa tu la segalanya bermula.. Gua dah start melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sekolah, jadi wakil kelas dan bertanding dengan member2 gua yang poyo2 dulu dan gua akhirnya berjaya mendapat NO 1 dalam kelas.. Lebih bangga lagi masa majlis anugerah kecemerlangan, gua dapat hadiah mata pelajaran terbaik... Banyak pencapaian gua dapat bila gua tukar kelas.. Gua masuk acara mendeklamasikan sajak sempena hari kemerdekaan.. Dan gua menang!! Bukan ke ini satu kemajuan walaupun terpaksa melepaskan diri dari kelompok manusia-manusia hebat.. (konon-konon la..)
Masuk sekolah menengah, gua masih ingat lagi masa gua tingkatan satu dengan dua, masa tu gua kelas sesi petang.. Bapak gua dulu keje bawak lori.. Jadi dia memang lambat balik rumah.. Apa yang gua bole buat adalah dengan berjalan kaki ke sekolah.. Korang penah rasa x cmaner berjalan tengahari panas terik (kadang2 hujan).. Letih woo... Malu pon ada.. Sekolah menengah gua bukan dekat.. Member2 kampung mungkin tau kedudukan rumah gua dengan sekolah cmane kan? Tuhan je la tau.. So, gua terpaksa berjalan kaki ke sekolah semata-mata untuk belajar.. Kalo ada orang yang sudi tumpangkan gua, bagus la.. Tapi sape la nak tumpangkan budak GEMOK!! Start dari tu gua belajar bawak moto.. Gua cilok moto Yamaha SS abang sulung gua.. Gua gunakan untuk ujikaji.. Gua cuba2 bawak.. Dari naek bukit sampai sekarang gua dah terer bawak moto.. Masuk tingkatan 3, gua dah kelas pagi.. Masa tu gua dah start bawak moto ke sekolah.. Yeah, dah tak payah jalan kaki lagi.. Jadinya, bukan ke ni juga satu kemajuan?? Walaupon takde lesen moto time tu.. (agak2 la umur 15 tahun lagi kot)..
Masuk alam universiti, gua sekali lagi terbang sayap gua keluar dari kampung halaman gua.. Sebelom ni gua cuma budak kampung yang tak pernah kenal dunia luar.. Bila masuk UiTM, gua belajar untuk hidup berseorangan.. Gua hadapi dunia luar yang asing bagi gua.. Gua bukan lagi seekor katak dalam tempurung tapi gua adalah helang yang terbang tinggi di awan.. Bukan ke itu juga sebagai kemajuan? Time kat universiti, gua tak libatkan diri dah dalam mana2 aktiviti.. Satu je benda yang gua suka buat bila member2 ajak pegi lepak.. Masa tu gua rasa dah betol2 keluar dari diri gua sebenar.. Gua bukan lagi Don yang orang kenal suka duduk rumah, tak bergaul dengan orang.. Bukan ke itu juga dikira kemajuan kepada diri sendiri?
Bila dah bekerja, semakin tinggi gua naek.. Kini gua bukan lagi seorang yang selalu dibuli... Gua kini adalah pegawai bank.. Dulu apa yang kita nak hanya mampu pandang dan telan air liur saja.. Dulu nak beli kereta "desh" (ntah ape nama kete mainan tu pon aku x ingat) pon sampai simpan duit poket nak beli.. Kini dah ada kereta sebenar.. Kemajuan kan?? Dulu time Form 6 mampu guna henpon 3310 je.. Masuk UiTM upgrade sikit pakai henpon yang ada kamera, bole dengar lagu.. Sekarang bila dah keje, dah mampu pegang iPhone 4S.. Bukan ke ianya satu kemajuan dalam hidup??
Dalam kehidupan, baru gua sedar jika inginkan kemajuan, capailah kemajuan dalam diri sendiri sebelum melihat lebih jauh kemajuan yang korang inginkan daripada orang lain.. Usah tanya apa bakti yang telah disumbangkan kepada korang tetapi lihatlah apa sumbangan korang kepada orang lain.. So, lepas nie gua nak lupakan segala yang gua tak dapat daripada kerajaan untuk gua.. Gua bukan budak gomen nak dapat bonus tiap2 tahun.. Bukan jugak layak dapat RM250.. Apa yang gua nak buat sekarang adalah capai kemajuan untuk diri gua dan gua nak senangkan orang-orang disekeliling gua.. Gua mungkin GEMOK pada pandangan luaran tapi gua percaya GEMOK gua adalah GEMOK yang "BERISI"..
Ok la.. Selamat Malam.....
P/S: Usah Mengungkit Tapi Membangkit (Sudah-Sudahlah Don.. Nanti orang kata ko tak bersyukur pula!!)
- Syarikat pertama ditubuhkan ialah Yusuf Cosmetic pada 1979. Selepas dua tahun beroperasi, syarikat pertama ditutup dan menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (1988)
- Membekal 100 produk makanan dan 35 jenis kurma
- Produk diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei
INFO KURMA
- Nama saintifik kurma ialah phoenix dactylifera L
- Mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia
- Boleh dijadikan jem, sirap dan halwa
- Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa
- Selain kaya zat besi, kurma kaya kalium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan
- Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan
- Boleh meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak
- Kurma kaya zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C
“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.
“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.
Ehsan: Metro Ahad
P/S: Kisah Yusuf Taiyoob nie memperlihatkan yang kejayaan akan datang hasil pengalaman daripada kegagalan..

Selamat Malam buat Pembaca Don Diaries Sekalian,



.jpg)




.jpg)










