Cuti semester kembali lagi dan bagi aku waktu yg macam nie yg aku nak rasa sentimental nie.. ntah kenapa macam2 peristiwa melanda dan aku jalaninya dengan tenang dan tenteram walaupon sebenarnya aku taklah setenteram yg dilihat orang..
Adakah aku yg bersalah? Sukar nak gambarkan apa yg berlaku.. Segala-galanya berlaku tanpa permintaan dariku.. Aku tak berdaya nak melawan nafsu diri yg sentiasa meronta-ronta mahukan perhatian... Tapi aku silap kerana aku perolehinya dengan cara yg salah.. Sekarang nie aku dah rasa bersalah.. Masih adakah kemaafan buatku? Aku dahagakannya... Ampunilah aku..
Salam.. Hanya tinggal satu paper je lagi sebelom aku menamatkan semester ini.. segala suka dan duka telah diharungi.. Hope tiada lagi penyesalan dalam diri bila kita melangkah ke semester akan datang... Anyway, mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku publish title sedemikian.. Aku pon tak tau kenapa aku leh teringatkan zaman2 sekolah aku dulu time2 exam nie.. mungkin cara nak ambik exam kat u nie lebih kurang samer ngan exam di sekolah kot!!!
Bila Burung Pulang Ke Sarang atau Bila Sirih Pulang Ke Ganggang dan apa saja yang sama maksud dengannya.. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai bila kita telah berada di puncak menara atau bila kita berada di atas, jgn sesekali lupa untuk melihat ke bawah kerana apa yang akan kita alami mungkin ada kena mengena dengan perjalanan kita untuk berada di atas atau di puncak terbabit.
Terkenang zaman persekolahan yg penuh tawa gembira, suka dan duka daripada aku sekolah rendah lagi. Bila aku dtg lambat ke kelas di universiti, aku terkenang kembali bila aku dtg lambat ke sekolah.. pengalaman yang berbeza di alami.. kalo di sekolah dulu, tak kena rotan mungkin kene lari satu padang.. tak tahulah nak kater itu pengalaman yg pahit atau pengalaman lucu tp pada aku semua itu adalah liku-liku perjalanan diri untuk berada di puncak kejayaan.. zaman sekarang zaman org berlumba-lumba ke arah pendidikan.. jika 50 tahun lalu, budak 13 tahun boleh menjadi seorang cikgu, sekarang ini.. nak jadi cikgu kene melepasi halangan macam2 dengan ramai yg memohon.. amat berbeza bukan?
Hope usah mudah lupa akan perjalanan yang pernah kita lalui, semua itu membawa kita ke arah yang lebih matang dalam hidup.. semoga kita menjadi bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba.. kerana hari ini dan selamanya.. inilah negara kita berteduh dan kitalah tiang penyokong dari roboh.. Ayuh, Satu Malaysia!!!
Hai.. Salam bertemu.. mungkin agak lama aku tak menulis dalam blog nie.. (seminggu pada aku lama kot!!).. Semester ni mcm2 halangan yg menimpa.. byk benda yg perlu dilakukan.. Daripada nak submit assignment, presentation, R&D Competition, dan yang lebih mengharukan sem ni baru aku tau bagaimana rasanya assignment kene reject!!! Bagai dihiris sembilu rasanya..
Untuk post yg berikut nie.. aku nak cerita satu kisah pasal marks assessment atau bebudak panggil carry mark.. walaupon penggunaan carry mark itu salah tp bagi aku pabila sesuatu bahasa itu selalu digunakan, ia dah seolah2 menjadi suatu tradisi mcm bebudak sekarang punya bahasalah.. mcm cara penulisan aku nie.. hehehehe.. mmg bukan mengikut bahasa yg betol.. penggunaan tatabahasa yg bagus tapi inilah cara penulisan sekarang dan kita tak mampu membendung masalah ini.. jadi apa yg boleh dilakukan?? erm.. masih tiada jawapan.. mereka yg pandai dalam menyelesaikan masalah ini silalah fikirkan.. oklah.. apa yg nak cerita pasal carry mark nie.. sempena nak menhadapi final exam nie, carry mark adalah sesuatu perkara yang paling menjadi bualan hangat khususnya pelajar2 universiti.. macam2 personaliti akan kita lihat daripada kesan carry mark nie..
secara logikalnya, apa yg anda paham dengan carry mark ni?? ianya hanyalah nombor yang dapat memberi kesan dalam jiwa sanubari seseorang manusia khususnya mahasiswa. dah mcm no ekor plak.. (haram k nombor ekor tue).. ada pelajar yg menanti carry mark mereka sebelum menhadapi exam bg subjek tersebut.. kenapa? ada sesetengah pelajar berpendapat carry mark penting bg mereka untuk mengukur setahap mana pencapaian mereka dalam sesebuah subjek.. jika carry mark mereka mencapai tahap yg membanggakan, mungkin mereka tidak merasa tertekan apabila berada dalam dewan peperiksaan, mereka mungkin akan merasa selesa untuk belajar dan juga akan merasa tenang menghadapi peperiksaan. selalunya mereka ini adalah mereka yg selalunya cemerlang dalam pelajaran... berbanding mereka yg melihat carry mark mereka yg teruk, ada 2 pandangan mengenainya.. yg pertama, mereka akan merasa tercabar dan merasa mereka perlu untuk melipat gandakan usaha bagi menghadapi peperiksaan terakhir mereka agar mereka lulus dalam subjek tersebut.. ada 2 kemungkinan pelajar seperti ini pula, selalunya mereka akan mencapai apa yg dihajatkan kerana usaha yg bersungguh-sungguh dan ada mereka yg terlalu tertekan kerana memikirkan carry mark yg teruk sehingga mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menjawab peperiksaan. yang keduanya pula, mereka akan mula berputus asa, dan membiarkan takdir menentukan segalanya.. jika ada rezeki, mereka akan lulus jika tidak, terima seadanya yg mereka akan bertemu semula subjek tersebut semester berikutnya.
ada sesetengah pelajar menganggap melihat carry mark tidak penting kerana hanya akan mengganggu kosentrasi mereka dalam study.. jika markah yg diterima baik, oklah tapi kalo sebaliknya? erm.. paham2lah.. bagi aku, mereka yg mahu cemerlang dlm pelajaran mereka akan seboleh-bolehnya mahu melihat mark assessment mereka sebelom final bermula.. hal ini bertujuan agar mereka tahu kelemahan mereka dan akan berusaha untuk memperbaikinya (kalo mereka yg mahu berubah ke arah kejayaan la.. kalo setakat pasu bunga ngan biawak hidup tak tau la diorang kan).. pokok pangkalnya ia bergantung kepada seseorang pelajar itu sendiri kerana tiada halangan untuk mereka samaada mahu melihat atau tidak carry mark mereka..
oh ye, menyentuh kisah carry mark nie, ia juga mungkin boleh menjadi bahan perbualan yg hangat dikalangan rakan2 seperjuangan apabila ada mereka yg sebenarnya tak berkelayakan mendapat markah tinggi tetiba mendapatnya.. mcm2 lah yg keluar dan bisikan2 syaitan mehantui diri... adakah anda punya pendapat mengenainya?? selalunya kita akan mengatakan ianya kerana pertolongan lecturer kerana pelajar itu rapat dengannya.. ataupun lecturer tak adil memberi markah dan mungkin kerana pelajar ini sendiri tak adil dalam mendapat markah tersebut (cthnya meniru dan sebagainya).. mmg ia tidak adil kepada pelajar yg lain tapi inilah kenyataan yg harus diterima semua pihak. aku sendiri ada pengalaman sebegini.. mengutuk dengan hebat mereka2 yg sebenarnyer tak layak mendapat markah yg tinggi kerana perbuatan mereka yg seperti dinyatakan tadi.. tp apa nak buat.. mungkin inilah yg harus kita relakan..
oklah.. hari dah semakin pagi.. harap korang mengerti apa yg aku nak ckpkan nie kerana majoriti org tak paham apa yg aku cuba sampaikan.. erm.. paham2kanlah yerk.. ok...
dengan tulus daripada hati,
DON (28/10/2009)(2.53a.m)
Hai semua... rasanya dah lamer aku tak post news terbaru sejak balik berhari raya... Almaklum mungkin sekarang nie susah nak curi sedikit masa pon untuk enjoy.. Ader je yg nak dipikirkan pasal assignment.. Semua orang sibuk berfikir pasal assignment.. Maner2 pergi member aku sebok bertanyer berapa byk lagi assignment yang masih ada.... Dah macam agenda utama pasal assignment nie.. Kenapalah perlu ader assignment nie semua? mungkin tu soalan bodoh daripada pelajar yg bergelar mahasiswa..
Bulan penuh ketensionan.. Kenapa aku letak title mcm nie?? sebab rasanya bukan aku sorang je kot yg rasa bahang assignment nie.. ramai lagi orang.. tp bulan nilah saatnya bermacam-macam emosi yg terlahir dalam sanubari.. ader yg tak tidur mlm, berjaga hingga ke pagi, gadoh n marah member satu group coz tak buat keje,pastu masing2 dah tak ngam n konflik melanda.. mmg segalanya adat resam yg dijalani oleh pelajar universiti... soal bdk yg tak buat keje nie.. aku pon ader experience jugak.. tp pokok pangkalnyer bagaimana kita mengatasi masalah nie.. kdg2 aku biarkan saja walau dlm hati panas membara dengan member2 yg setakat ala2 biawak hidup ngan pasu bunga nie.. Diorang nie tahu menumpang je kejenya.. tak semestinya kita senyap kita merelakan perbuatan mereka pada diri kita.. sendiri pandai2lah yerk.. dah tua bangka.. student u lagi.. takkan asik nak kene ingatkan apa yg nak dilakukan.. korang kenelah mengerti sendirik ye...
Seorang ketua kumpulan menjadi tanggungjawabnya memastikan kelancaran sesebuah assignment dpt dijalankan dengan sempurna.. namun perlu mengerti, tidak semua perkara perlu diajarkan oleh ketua kumpulan.. mereka juga adalah pelajar seperti korang semua.. ada kalanya mereka turut tidak mengerti apa yg diajarkan di dalam kelas atau bilik kuliah... (tak semua ketua kumpulan tahu serba-serbi perkara).. mereka juga insan biasa.. sebab itulah tujuan diadakan group project bg mengimbangi mana yg lemah dan mana yg tahu akan duduk semeja berkumpul.. so, yg tahu akan mengajar yg tidak tahu supaya menjadi tahu (paham ke tak korang bahsa simple nie).. itulah kekuatan project group..
Masalahnya sekarang pabila ada spesis2 pasu bunga yg hidupnya setakat menumpang di taman larangan tp tak pernah nak menunjukkan kecantikannya kat taman tue.. (bahasa sinis nie.. paham tak?).. persoalannya apa yg perlu seorang ketua kumpulan lakukan kepada si pasu bunga nie.. (ketua kumpulan mestilah org yg boleh diharapkan.. kalo ketuanya pon ala2 pasu bunga, sorry to say.. mark assessment korang pon sikit ler.. that's why jgn ditanya kembali mengapa asik org yg sama sahaja memegang tampuk pemerintahan berlama-lamanya dalam sesebuah kumpulan)...bergaduh dan bermasam muka bukanlah jalan terbaik.. kita belaja di universiti adakalanya sehingga 6 semester.. dan ada kalanya sampai 8 semester.. kalo dah semester pertama lagi sudah bermasam muka bagaimana nak menghadapi kehidupan di kampus pada waktu yg panjang?? satu soalan yg jawapannya ada pada diri korang sendiri...
Sometimes bila junior betanya kepada kita tentang assignment yg pernah kita buat dahulu.. it's hard to say "NO" pada mereka walaupon sebenarnya kita sendirik tak tahu apa2... setidak-tidaknya kita cuba menjadi seorang profesor sementara yg tak berkelayakan... you know why.. ini adalah satu kesilapan bagi mereka yg duduk menumpang sahaja dalam sesebuah group.. tanpa melakukan apa2.. jadinya mereka tak tahu apa2lah.. Kita ini insan yang kemahuannya melebihi ketinggian langit... yg kemahuannya tak seperti upaya yg terbit.. bagi mereka yg mempunyai tahap pencapaian diri yg tinggi.. seboleh2nya dier mahu mencapai gred yg lebih baik seperti contoh gred A.. berbeza org yg mempunyai lower level achievement nie, kdg2 lulus sudah cukup untuk mereka.. that's why munculnya spesis pasu bunga dan biawak hidup ini... kita boleh bezakan mereka yg ader kehendak yg tinggi dan kehendak yg cukup2 makan saja.. (takyah bgtau contohlah.. korang sendiri boleh pikirkan??)
Tergelak pon ader bila kita berjumper spesis2 pasu bunga dan biawak hidup nie yg maner kdg2 personaliti yg dipaparkan menunjukkan dialah yg paling genius dan bijak dalam menyelesaikan masalah dan dialah yg paling berjasa dalam menyelesaikan assignment.. awas!! jgn terjebak dan tertipu dengan mereka yg sebegini.. mereka ni golongan yg luarnya umpama kaca yang bersianr tp dalamnya langsung tak berharga nilainya.. aku tak tahu apa yg dibanggakan oleh mereka ini.. keje org laen yg buat tp selalunya mereka yg akan kehadapan.. Org2 seperti ini selalunya org2 yg bijak.. tp bijak mengambil kesempatan la.. mesti korang pernah berjumper org yg sebegininkan?? aku dah jemu sampai kelu lidah untuk berkater tentang mereka yg sebegini hebat.. hebat sungguh dalam menipu.. sampai dalam final exam pon sempat menjeling ke paper org sebelah.. SUMPAH!! semester nie aku akan seboleh-bolehnya tak nak duduk dengan mereka yg sebegini sifatnya.. semester lepas punya cerita masih bermain-main di fikiran.. Nasib baik aku tak kena tangkap akibat memberi tiru.. dan kenapalah dia tidak ditangkap dengan alasan meniru aku.. Geramnyer.. Ya, Subjek Advanced Integrated Software Application ketika itu.. Subjek teknikal yg mungkin tak semua org dpt jwb.. Memang dia dah merancang dan sengaja mencari peluang untuk duduk disebelah aku.. tu lah.. soh belaja tak mahu.. pernah sekali dia nak mintak assignment individu y aku wat.. sedapnyer... tp aku beselah.. sori ye kalo aku tak nak tunjuk hasil keje assignment yg aku buat sebab inilah alasannyer.. alasannyer assignment yg kita lakukan dengan usaha keras kita bersengkang mata sampai malam hanyalah sia2 apabila dikategorikan meniru akibat perangai seorang ini.. boleh terima ke tak?? dan bila itu berlaku.. apa yg dilakukan olehnya?? ada tak dier akan pergi berjumper dgn lecturer tu dan merayu2 yg dia meniru assignment org.. erm.. jgn haraplah.. tp bila tak bg dia mula berkater yg aku ni kedekut ilmulah.. itulah.. sampai tak tegur sapa berhari-hari lamanya.. well, i'm don't care.. it's up to you la kan..
Perjalanan masih jauh kehadapan.. nak menjadi seorang individu yg berkualiti untuk menjadi harapan bangsa dan negara perlu ada komitmen yg tinggi.. aku juga masih belajar dlm menharunginya.. mereka yg sudah berjaya pon masih lagi belajar.. mengambil kata-kata di dalam sebuah iklan nie, "ingat, jalan mesti ke depan bukan ke belakang"... penuh dengan makna yg tersirat.. apa makana itu, korang pahamilah sendiri.. Semoga kita menjadi bangsa yang berjaya dan kembali ke pangkal dan berpamit.. Jadilah bangsa yg bijaksana, memegang tali dan timba, kerana hari inni dan selamanya.. inilah negara tempat kita berteduh dan kitalah tiang penyokong dari roboh...
Sebelum mengundurkan diri.. ayuh,, bulan penuh ketensionan!!! aku cabar ko!!!
catatan peribadi;-
Don (Isnin-12.59pagi..19/10/2009)
Hari ini genap 31 Ogos 2009, hari paling bersejarah dalam hidup kita semua yang bergelar anak Malaysia. Majoriti pakatan blog aku semuanya citer pasal hari merdeka ni jadi aku pun tak terkecuali la nak cerita sama pasal hari merdeka nie.. kalo kat sekolah dulu aku tiang utama dalam mempersembahkan sketsa merdeka, wat puisi, skrip.. sekarang ni dah tak dapat buat semua tue..
aku rasa makin meningkat usia makin jauh kita lupakan pasal hari bersejarah.. rasanya makin tua makin bersemangat.. ni pelik pulak. dulu time aku sekolah, setiap tahun aku ingat tu hari merdeka yang ke berapa, sekarang ni aku lupa dah ke berapa, errr... 52 tahun kot? betol tak? aku ni buat2 luper lak..
satu malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. mungkin satu perkataan yang mudah diungkapkan tp susah untuk dilaksanakan jika tanpa ada sokongan dr seluruh rakyat malaysia.. jadi buat seluruh rakyat malaysia, jadilah insan yang mengerti asal usul diri.. siapa diri kita, keturunan kita dahulunya.. usah lupakan ia kerana ia akan membuat kita leka dengan kesenangan hari ini.. musuh ada di mana2.. sentiasalah berwaspada... jadi oleh yang demikian.. yup, merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!! kita sahut cabaran bersama gandingan demi mencipta harapan satu malaysia!!!!
Salam hormat, saudara dan saudari,
Jika diperhatikan, masih banyak pihak perniagaan besar terutama yang ada nama dan maju tidak menggunakan blog sebagai satu platform pemasaran yang berkos rendah. Mungkin tahap kesedaran mereka terhadap kuasa blog masih di tahap rendah di samping menganggap blog hanyalah tempat mengutuk dan berpolitik semata-mata.
Jika biasanya kita menjemput para wartawan untuk membuat sidang media, tapi ada satu pihak yang tidak boleh kita pandang sebelah mata iaitu para blogger (pemilik/penulis blog).
Malah dapat dikatakan, kuasa penulis blog adalah lebih hebat daripada media massa yang besar atau prima kerana blogger lebih dekat dengan para pembaca (dari hati ke hati dan lebih telus, serta jauh daripada spekulasi). Malah setiap blogger mempunyai para audiens, target dan pengikut tersendiri.
Jika anda adalah seorang usahawan dan pemilik sebuah perniagaan yang mempunyai produk untuk dipasarkan, manfaatkanlah para blogger. Saya tidak pasti berapa ramai blogger yang ada di Malaysia (terutama blogger yang serius dan sebagai satu kerjaya), tetapi yang pasti jumlahnya semakin meningkat malah sudah ada persatuan atau kelab tersendiri. Itu belum dikira blogger yang bergerak secara bersendirian dan dalam kumpulan-kumpulan yang kecil.
Jadi bagaimanakah caranya untuk memanfaatkan kehebatan mereka? Jawapannya mudah iaitu adakan satu �sidang blogger� seperti mana diadakan sidang media untuk menerangkan mengenai produk perniagaan anda. Atau jemput sekali para blogger di sidang media yang diadakan.
Andaikata 20 orang blogger datang ke sidang atau majlis penerangan tersebut, bayangkan kebarangkalian berikut:
1. Katakan secara purata setiap orang blogger mempunyai 500 orang pembaca tetap atau pengikut.
2. 500 orang akan membaca ulasan blogger tersebut mengenai produk atau perniagaan anda.
3. Di kalangan 500 orang itu juga mempunyai blog dan mereka menulis kembali ulasan kmengenai produk anda atau sekadar membuat link back kepada ulasan blogger sebelum ini. Paling kurang mereka membuka perbincangan di forum-forum terbuka di Internet.
4. Ulasan pembaca tadi akan dibaca oleh pembaca blog mereka atau pengguna Internet yang lain.
5. Dan begitulah seterusnya akan dilakukan oleh para blogger yang lain.
Inilah dikatakan sebagai pemasaran viral (viral marketing) atau dalam bahasa mudah, mulut ke mulut. Dan ia berkos rendah!
Pihak usahawan amat patut menggunakan atau memanfaatkan ruang yang ada ini. Para blogger biasanya tidak akan mengenakan caj untuk membuat ulasan mengenai produk anda kerana biasanya mereka sentiasa mencari isi kandungan terkini untuk dimasukkan ke dalam blog mereka.
Saya hanya menulis secara ringkas. Selebihnya anda bolehlah research sendiri.
Jangan pandang remeh pada blogger. Mereka juga ada �kuasa�.
Oleh itu membina blog sendiri dan mempunyai identiti sendiri amat penting. Guna kuasa blog anda untuk manafaat semua.
Bagaimana membina blog yang berkesan ??
Dapatkan maklumat lanjut
link anda
http://www.digitalproduk.com/index.php?ref=ramdan87
Terima Kasih
Erm... Perjalanan yang amat menyukarkan di bulan Ramadhan ini.. Tapi gua redha atas segala qada' dan qadar Allah S.W.T.. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini... Alhamdullilah, mak gua baru dapat keluar wad ptg td... Lega jugak... Bolehlah gua continue my study dengan perasaan yg tenang sedikit......
Cerita gua kali ini adalah mengenai siri Upin dan Ipin, siri animasi kebanggaan rakyat Malaysia... Dah terlalu banyak blog yg memaparkan cerita pasal Upin dan Ipin nie.. Tp citer kali nie berbeza sebabnya gua nak cerita pasal siri tersebut yg sudah pon ditayangkan di stesen televisyen Indonesia iaitu stesen TPI.. Mungkin rezeki gua balik ke kampung sekejap dan dapat pulak melihat siri Upin dan Ipin ditayangkan di sana... Lebih gembira pulak apabila siri tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat komunikasi di sana... Mungkin siri tersebut ditayangkan sebagai promosi awal filem Geng: Pengembaraan Bermula yang akan menjengah pawagam di sana dalam bulan september ni kot.. (agaknyalah)...
Gua perasan cerita itu ditayangkan sebanyak 2 kali sehari.. Full story plak tue... Gua bgn tido ader Upin dan Ipin... Time gua berbuka plak.. leh sempat tgk Upin dan Ipin plak kat tv tersebut.. Cumernye gua tak sempat tgk habis la citer Upin dan Ipin tue coz gua harus ke hospital ketika itu.. tp tak apalah, cerita siri tu pon gua dah tau cmaner ceritanya... Yang penting sebagai rakyat Malaysia, gua berbangga yg akhirnya ada juga rancangan Malaysia ke luar negara.. (tak kisah lah walau siri animasi)... Budak2 suka jugak... budak2lah yg memberi pengaruh besar sebenarnyer... Betol tak? Betol....Betol....Betol....
Jadi akhir cerita... Support cerita upin dan ipin nie walau usia korang dah umor 40 taun pon... inilah kebanggaan kita sebenarnyer.... Yahoo!!!!!
Bulan Ramadhan datang lagi dan pastinya bulan puasa ni la yg mmg aku nanti-nantikan sebenarnya lebih dari hari raya kerana bulan ni la dapat aku mengekang hawa nafsu aku daripada membeli makanan dan dapat menjimatkan duit.. (rasanyalah)... lebih2 lagi sekarang nie aku dah pon dok jauh di pedalaman nie rasanya memang sesuai sgtlah nak berjimat cermat nie..
Erm.. Apa yang dapat aku sampaikan ialah selamat menyambut hari yang mulia nie dan buat mereka yang ada kelapangan melakukan amal jariah tue.. lakukanlah dengan niat yg ikhlas... bagi mereka yang dapat berpuasa penuh tue, semoga bulan ramadhan tahun nie akan lebih cemerlang dari tahun2 sebelumnya... dapatlah berpuasa penuh dan dapat jualah menjauhi diri daripada perkara2 maksiat...
Bulan puasa tahun nie aku rasa paling mencabar dalam diri aku dan bebudak kat puncak alam nie.. ye la.. dengan kawasan yang berbukit-bukau nie.. dengan ketinggian tangga ala2 tangga batu caves (jumlah anak tangga lg lebih kot!!), dengan hampir semua kawasan ada tangga.. agaknya cmaner kehidupan kitorang kat cni nanti.. harap2 kitorang kuat menepuh ujian ini.. Bulan puasa kan menguji kesabaran... tahun ni pulak adalah tahun ke-2 aku berbuka di tempat orang... boringnya.. Mintak2lah ada makanan kegemaran aku kat cni... mcm... murtabak!!!!
Di kesempatan ni jugak aku nak mintak maap pada member2 aku dan mereka yang terasa hati dengan kelakuan aku yg sangat emosional nie... tp emo2 pon, ada tempat gak k!! bek mereka yg ada di uitm atau member2 lamaku yg dah menghilang ntah ke mana.. wat awek aku yg slalu merajuk tue.. hehehe.. sorilah.. saya saja2 nak wat awak cemburu.. cemburu tu kan tandanya sayang... wat member2 baekku, geng beg buruk... jgn nakal2... wat member satu kampung tu.. wat member aku yg speak english tu.. sori ari tu aku emo lebih kat ko... tensen time tue and ko lak tak penah hargai pe yg aku wat.. penat aku wat sendiri dikatanya copy and paste dr org plak... wat family2 aku.. wat kakak2 aku, abg2 aku.. adik aku satu2nya kat brisbane tue... selamat berpuasa.... oklah bye...
Hari nie ntah naper gua rasa gua dah buat satu perkara paling penting dalam hidup gua iaitu menjauhi seseorang yang gua takut akan mengubah gua dan membawa gua terjerumus dalam situasi yang amat genting.. Mungkin salah gua jugak, selalu melayan dan akhirnya memberi harapan yang tinggi pada dirinya.. ntahlah, kalo gua yg bersalah, gua mintak maaf tp jgnlah libatkan org lain dalam perkara ini.. Hal ini antara gua dan kamu!! Saper? Hahahaha. Biarlah rahsia.. Harap akan terus bersahabat walau tiada ikatan yg kukuh terjalin..
Berdasarkan apa yg gua sedang alami nie, rasanya gua dpt idea apa yg gua nak tulis kat dlm blog nie tok pedoman mereka yg di luar sana.. Antara cinta dan keluarga.. Mana korang akan pilih jika korang perlu memilih salah satu daripada dua itu? Mungkin ramai yg akan memilih keluarga, tetapi adakah benar org yg akan memilih keluarga itu benar2 memilihnya atau mereka lebih mahukan cinta dalam kehidupan mereka? Erm... Pikir2... Mcm yg pernah gua katakan dulu, cinta itu subjektif.. dan cinta itu adalah anugerah kepada seluruh insan dan makhluk di dunia ini terutamanya yg bergelar manusia..
Kesimpulannya, nak pilih cinta atau keluarga, masing-masing ada kekurangannya..... Apa yg perlu dilakukan ialah mencari jalan penyelesaian agar kita boleh memilih kedua-duanya sekali... Kalo masih tak dpt jln penyelesaiannya.. Erm... Entahlah.. Gua pon tak tau nak ckp mcm maner... Tapi kalo pilih jawapan gua, gua akan pilih keluargalah coz cinta bila2 boleh muncul (walaupun kdg2 cinta itu hadir sekali sahaja dalam hidup)... So, kepada cinta itu.. maaflah.. bukan sebab kita berbeza warganegara mahupun usia tetapi kita perlu memilih jalan kehidupan kita sendiri yg lebih sempurna.. Apapon... Gud Luck la kat korang yg ada masalah serupa (iaitu bercinta dengan org dari negara laen dan usia yg lebih tua dr korang)...
Hari nie 16/08/2009 jam 10.12 pagi.. Takde aper2 yg special pon hari ni... Mungkin pagi lagi kot??... Tapi rasanya setiap hari pon bukan hari yg special buat gua.. hari2 mesti kerje.. Mcm2 keje yg kene buat, kalo tak der keje pon, gerenti cr keje.. tu la keje giler namanye.. Tido pon keje, makan pon keje, lepak pon keje, apa definisi keje sebenarnyer? Entahlah.. Tapi bila melihat pada tarikh hari nie, gua terfikir sejenak.. Genap sebulan, gua di uji dengan dugaan.. Sebulan yg lalu, kaki gua terseliuh... Mungkin terseliuh saje (menurut ramai yg ckp), tp sakitnyer sampai sekarang tak baek2... Pelik jugak.. Bukan baru hari nie gua terseliuh.. Banyak kali juga.. Tp ntah kenapa terseliuh kali ni sampai sebulan tak baik2... Buat x-ray pon tak ader ape2.. Takkan ni keje makhluk halus kot??? Ish... Janganlah sampai berfikir sebegitu jauh mcm tue...
Apa pon, ia membuatkan gua sedar tentang betapa kaki memainkan peranan yg amat penting dalam kehidupan.. Kiter mungkin selalu tak perasaan, kalo kita cedera di kaki.. Ia akan memberi "efek" dr gaya berjalan kita.. Model pon akan letak jawatan kalo ader kecederaan di kaki yg membuatkan dier tak leh berjalan di atas pentas peragaan.. Baru sekarang gua sedar yg kaki mmg sesuatu yg berharga.. Apa pon yg kita lakukan, kita akan gunakan kaki.. Kita bekerja, bermain, memandu.. Segala-galanya pakai kaki... org yg main badminton pon akan guna kaki... Cuba bayangkan kalo kita naek bas, drebar tu tak ader kaki? Apa yg akan kita buat.. Kita naek ke atau tak?
Jadinya, kaki mmg amat berharga dlm kehidupan kita.. Sayangilah kaki seperti mana korang sayang kat couple korang.. Mereka yg dikurniakan kaki dan dpt menggunakan kaki tok bergerak pulak, bersyukurlah kerana korang dpt berjalan.. Ada di luar sana yg dikurniakan kaki tp tak mampu tok berjalan.. Ada mereka yg baru ditarik nikmat berjalan sementara pon sudah merasa hidup tak tenteram.. Oleh itu, harap semoga suatu saat nanti, korang mengerti apa yg gua nak ckpkan nie... Semoga masih ada kaki pada hari esoknya...
Arghhh... Aku tak tau dari mana aku nak mulakan kemarahan aku.. Mungkin di luar sana ramai yang sedang marah tetapi amarahku tetap aku simpan dalam diri.. Ni kalau ada budak yg buat hal ngan aku, siaplah karang.. Tak pasal2 semua amarah ni aku lepaskan... Aku tak pasti kenapa hari ni aku rasakan yang aku begitu berserabut sekali!!! mcm tak tau apa yg terjadi... Adakah semuanya gara2 berpindah ke tempat baru? tp aku rasakan segalanya biasa saja.. tetapi ada kalanya aku rasakan mungkininilah balasan yang aku terima di dunia akibat kelalaian aku dan rasa kurang bersyukur aku dalam menikmati nikmat yg diberikan...
Everything is mess!!! segala yang aku buat serba tak kena.. dari pagi semalam sampailah sekarang, sabtu, 15/08/2009 jam 1.43 pagi.. segalanya memang membuat aku berfikir sejenak... munasabah diri.. rasa nak nangis pun ada... dari aku bangun semalam nak ke kelas, kaki ku rasa sakit yang teramat.. aku tak dpt bygkan rasa sakit itu.. dah hampir sebulan, aku rasa smlm adalah yg paling menyakitkan yg aku rasa pada kakiku... pelik.. aku gagahkan diri juga tok mandi.. dan selepas mandi aku mula berbelah bagi... sambil urut kaki tu sambil berfikir.. masa terus berjalan dan akhirnya aku buat keputusan untuk ponteng saja kelas.. ye la.. nasib bek klaz ari ni satu je.. tak sanggup ambik risiko turun dan naik tangga yg ala2 tangga kat batu caves.. makin sakit aderlah.. tp kecian kat lecturer dan sebenarnyer aku lagi kecian ngan diri aku sendiri.. ye la.. dah braper chapter tajuk aku tertinggal.. rasanya br 2 chapter je aku blaja... ntahlah...
lepas tu tetiber je my member ni marah2.. ntahlah.. dtg bulan kot? aku tak tau kenaper dier mara... marah pada org len kot tp aku terasa juga apabila aku pun dimarahi... tensen la mcm gini.. assignment makin berlambak, stress pun makin tinggi.. nak bertengkar lagi ngan member2 plak.. rasanya cukuplah beban yg tertanggung... nanti apapun yg nak di buat tak menjadi...
Then, byk lg yg bertimbun2 yg menimpa sampaikan aku dah malas nak pikir blik apa yg terjadi... then, baru td aku terima lagi satu masalh.. baru je sedap2 berbual ngan girlpren aku pada kak fatin tetibe je masalh muncul... ish.. aku dahlah tak makan dari pagi td.. dah tu, itulah packet terakhir yg tinggal... milo ku tertumpah pulak... tak pasal2 ngan kaki yg masih terhincut2 ni bwk baldi isi air lap segala yang tumpah tue.. abes printer aku yg belom sempat aku gune dr sem lps... Argghhh... tensen... panas plak air milo tue.. habis melecur tgn aku... aku rasa segala yg terjadi mmg menyedarkan aku tentang setiap org ada kelemahan dan kekurangan masing2.. dulu sewaktu aku sihat walafiat.. aku luper nikmat kesihatan yg diberikan lalu aku kutuk mereka yang tidak sempurna fizikanya.. dan sekarang kakiku tidak sembuh2 sampai skrg nie.. aku juga lupa yg setiap org di beri kelemahan pada daya pemikirannya.. dulu masa aku cerdik dan pandai, aku selalu menghina mereka yg bodoh dan ternyata tuhan maha adil.. baru seketika di ambil nikmat tersebut aku sudah lalai terhadap apa yg aku lakukan... aku terus jadi pelupa tentang sesuatu yg aku lakukan tak sampai seminit pun.. Masya-Allah, Allah Maha Adil.. Sesungguhnya aku mulai sedar.. bahawa nikmat yang diberikan kepada kita adalah sementara, usahlah terlalu berbangga dgn kelebihan yg kita perolehi kerana ia akan membawa kita ke alam kealpaan... Ya Allah, ampunilah hambamu...
Terlebih dahulu, aku nak ucapkan terima kasih kerana melayari blog ini.. Untuk pengetahuan pembaca semua, apa yang dipaparkan di blog ini adalah berdasarkan pengalaman daripada aku sendiri terhadap sesuatu isu atau sesuatu perkara.. Tiada copy and paste daripada mana2 artikel atau jurnal serta yang berkaitan dengannya. Jadi mohon maaf jika ada di antara kandungan blog ini yang tidak mengandungi fakta, kesilapan fakta dan sebagainya. Ingat, seperti yang aku katakan dahulu, tidak semestinya apa yang dipaparkan di dalam sesebuah blog itu adalah 100% tepat dengan kesahihan maklumat. Anda sebagai pembaca yang akan menentukan sendiri. Antara bahan cerita atau kandungan yang mungkin di copy and paste dari mana2 laman web atau artikel pun hanyalah meliputi cerita lawak, cerita atau artikel pasal sesuatu yang boleh memberi pengajaran dan sebagainya... Jadi, aku harap semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.. terima kasih...
Alhamdullilah... Hari ni aku masih dpt menjalankan kegiatan harian. Walaupun aku masih belum beraper sihat sepenuhnya dengan kecederaan kaki ni.. Kerja makin berlambak-lambak, tp sekurang-kurangnya kerja yg berlambak-lambak tu la yg menyedarkan aku yang aku masih sihat dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tak kuasa dah aku nak merungut coz every sem, benda yg sama je nak mengeluh.. naik boring dah.. Sekarang ni orang sibuk cerita pasal H1N1.. Kalo sekarang nie, tak salah aku katekan yg H1N1 ni musuh utama negara.. Semua pihak terasa bahang atau suasana H1N1 nie.. termasuklah universiti aku sendiri..
Masa aku pergi x-ray kaki ni di hospital klang pun aku jumper situasi yang sama.. Makin memburuk lah pasal H1N1 nie.. Risau juga sebenarnya coz virus nie boleh mengancam dan memusnahkan kehidupan semua orang termasuklah yang terselamat dan sihat daripada virus terbabit. Mana tidaknya, kalau aktiviti seharian kita tersekat dek penangan virus nie.. Nak kemana-mana pun dah takut...
Aku sekadar nak bagitaulah pada korang ni antara beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam mengelakkan virus H1N1 nie lah... Ini pun berdasarkan pada cerita2 daripada orang ramai bagaimana kita boleh mencegah daripada terkena virus H1N1 nie.. Betul atau tak, perkara ke-2, yg pentingnya kita iktiarlah.. Pertama yang boleh kita lakukan ialah dengan mengambil banyak vitamin C.. kenapa? kerana vitamin C sangat bagus dalam meningkatkan daya tahan tubuh daripada serangan penyakit.. Mudah-mudahan dapatlah mengelakkan diri daripada terkena virus yg berbahaya di dunia sekarang nie.. Banyakkan minum jus oren (oren yang betul), makan epal hijau kerana ini antara yang baik untuk kesihatan kita. Aku pun hari2 amik jus oren nie.. Bukan apa, buat memperoleh vitamin C supaya aku terhindar daripada segala penyakit.. Insya-Allah..
Selain tue, aku harap korang tak usahlah malu kalau keluar berjalan kemana-mana dengan memakai topeng muka atau mask nie.. pedulikan apa yang org len nak kata dan kalo diorang nak gelak, gelaklah.. tak apa.. asalkan keselamatan diri terjaga.. Mcm cerita sorang member aku nie, dier ni jadi geram pulak ngan orang kat kawasan die tue yg kate dier ni kene virus H1N1 sebab dier pakai mask keluar berjalan.. Apa lagi naik hangin dan menyumpah ranahlah dier ni kat orang2 tue.. Tak pelah.. yang penting diri selamat.. yg kata org pakai mask tue kene H1N1, korang ingat yg tak pakai mask tu selamat ke dari virus tue.. lagilah teruk kalo tak pakai mask.. Jadinya, beringatlah yerk... Lagi satu, kalo yg kene virus H1N1, diorang dah tak ke hulu ke hilir lagi, diorang dah kene kuarantin pun..
Jadinya, pada korang.. Jgn lupa la untuk amalkan gaya hidup yg sihat nie.. mudah-mudahan dapat mengelakkan diri daripada virus tersebut.. Ayuh, saatnya untuk kita melawan H1N1...
Kegelapan berada disisi
Kesunyian menyapa diri
Curiga semua timbul ilusi
Tatkala impian tinggal halusinasi
Jaring-jaring kekangan merantai jiwa
Sukarnya sanubari bernafas di batas mimpi
Kian kusam menjana pekerti
Sang peribadi tiada akhlak yang suci
Menurut nafsu tak bertepi
Pergi mentari pagi mega merah menanti dinihari
Berkat kesabaran dan pengorbanan
Akhirnya beroleh keberkatan
Cinta yang sejati
Hanya datang daripada Illahi….
Salam Malaysia..
Hari nie tak ader apa2 rungutan nak bgtau coz semalam dah abes rasanya apa yg gua luahkan tue... Jadi tak ada apa2 yg nak diperkatakan tentang diri gua. Oleh itu, memandangkan kita berada dalam bulan ogos ni, dengan semangat patriotik yang membara, gua sekadarlah nak cerita tentang rancangan di Indonesia dan juga di Malaysia nie.. Almaklum, sekadar nak memberitahu kepada korang semua apa yg dpt gua kongsikan.. At least, dapatlah korang tau serba sedikit perbezaan antara rancangan di Malaysia dengan di Indonesia ni sebagai pengetahuan dan juga cuba mencari kelemahan itu dan memperbaikinya...
First sekali gua nak cerita tentang rancangan secara langsung atau rancangan secara "live" nie. Di Malaysia, selalunya rancangan "live" yang disiarkan nie membabitkan rancangan hiburan, program talk show, ataupun rancangan khas yang diterbitkan seperti kempen daripada kerajaan dan sebagainya.. Selalunya rancangan sebegini disiarkan pada waktu puncak seperti waktu malam sahaja. "Duration" atau masa tayangan bagi sesebuah program secara langsung ni selalunya dah dirancang terlebih dahulu dan kalau terlebih masa tayangan mulalah penerbit berpeluh dan ada sahaja scene yang kalau boleh dipotong, akan dipotong.
Salah satu kelemahan rancangan "live" sebegini selalunya akan meninggalkan impak negatif kepada penonton. Penonton akan rasa bosan dan tidak seronok kerana terlihat adegan atau babak yang memang ketara kelihatan kerana mahu memendekkan rancangan.. Contohnya seperti rancangan yang memberi pengiktirafan anugerah kepada artis (mana2 rancanganlah), pernahkah anda melihat yang segmen bagi ucapan untuk pemenang kadangkala kelam-kabut, belum lagi habis bercakap muzik dah keluar menandakan yang pemenang tu kene paham lah tok blah dari pentas tue.. Yang peliknya, tak sampai seminit pun diberi untuk berucap.. Apa yg boleh diucapkan dengan tempoh yg tidak sampai seminit?.. Ada pula yg pengacara dgn awal2 lg dah bgtau secara live sesiapa yg menang harus bg ucapan yg ala kadar saja coz masa tak cukup.. Wah, mcm rancangan lawak la pulak!!! Kenapa perlu bgtau perkara tu di hadapan atau ketika siaran tengah berlangsung? mcm tak profesional pulak..
Itu baru rancangan berbentuk hiburan. Bagaimana pulak rancangan program bual bicara lebih2 lg yg berbentuk ilmiah yang disiarkan secara "live" ni?.. Gua pernah terlihat satu program bual bicara berbentuk ilmiah yang disiarkan secara langsung agak berterabur. Pengacara terpaksa menghentikan perbualan dengan ahli panel walaupun masih byk yg perlu dibincangkan dan kesimpulannya, isu yang dibincangkan itu tidak sempurna, tidak sampai kepada penonton dan tidak mencapai matlamatnya. Gua tertanya2 jugak, adakah penting sangat ker duration atau tempoh masa nie.. adakah sesuatu rancangan tersebut akan menampung kos yang lebih jika tayangannya dilanjutkan atau tidak menepati masa? Nama pun rancangan secara "live", mestilah ada yang tidak menepati plan awal yg dibuat.
Ada pula rancangan tersebut hanya wujud sekali dalam setahun. Apalah sangat kalau dipanjangkan sedikit tempoh masa tersebut. Walaubagaimanapun, masih ada kebaikan juga apabila menggunakan tempoh masa dalam penyiaran rancangan ini. Salah satunya, ia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh penonton apabila rancangan tersebut bosan. Jadi, tak payahlah nak lama2, baik tunggu rancangan lain saja.
Di Indonesia lain pula ceritanya, gua mengutuk rancangan di Malaysia tidak semestinya gua juga tidak mengutuk rancangan di Indonesia. Mungkin peraturan atau prosedur yang dilakukan stesen di seluruh dunia tak sama kot!! Itu gua tak pasti. Di Indonesia, rancangan secara "live" mereka banyak. Tidak terhad kepada hujung minggu sahaja (Kalau kat Malaysia, nak tgk rancangan hiburan secara "live", kene tunggu hari sabtu atau ahad). Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rancangan "live" yang dibuat dan selalunya tidak terhad disiarkan pada waktu puncak saja. Bangun tidur waktu pg tgk tv di Indonesia, dah muncul rancangan hiburan secara "live". Setiap hari pulak tue..
Kadang2 gua lebih suka menonton rancangan di stesen tv Indonesia berbanding rancangan di Malaysia kerana kalau kat Malaysia, balik2 rancangan tu jugak disiarkan. Benda yg sama. Orang naik bosan nak tgk. Tapi di stesen tv Indonesia, gua boleh tgk artis atau band2 popular mereka seperti Ungu, Matta, Kotak, Irwansyah, Bunga Citra Lestari dan yang lain2 buat persembahan secara "live" setiap hari. Hari ni mungkin kumpulan Ungu, esok pulak mungkin kumpulan Peterpan, jadi pengisian tetap ada dan yang penting aksi yg dipaparkan berbeza-beza. Itu mungkin kebaikan stesen televisyen di sanalah.Menyentuh soal rancangan secara langsung mereka, mereka seolah-olah tiada "time management" atau "time plan". Maksudnya, berapa jam mereka nak buat rancangan tu, buatlah. Pukul berapa rancangan tu nak habis, terserah. Tak percaya ker? Gua pernah menonton rancangan hiburan mereka di sana (lebih daripada 1 rancangan), tempoh masa rancangan mereka untuk disiarkan tidak konsisten. Di Malaysia, kalau tempoh tayangan 1 jam, 1 jamlah!! Tapi berbeza di Indonesia, kalau hari ni rancangan ni "start" pukul 2 ptg, mereka habis pukul 4 ptg. Esoknya, jika mereka "start" pada waktu yang sama, mereka akan habis pada pukul 6 ptg. Dan begitulah seterusnya. Maksudnya tidak konsisten. Lebih dari satu rancangan pula tue.
Gua juga pernah menonton rancangan hiburan mereka iaitu sebuah rancangan dangdut yang disiarkan setiap hari di sana, ada ketika mengambil masa sehingga 6 jam, baru rancangan tu nak habis. Mana taknya, dari pukul 8 mlm rancangan tu bermula, pukul 2 pagi tak habis lagi. Itu baru rancangan yang ditayangkan setiap hari, kalau rancangan yang ditayangkan setahun sekali seperti majlis penganugerahan... Bayangkanlah.. Mungkin lagi boring kot rasanya.... Kerana nak menunggu berjam-jam lamanya... Tapi itulah perbezaan ketara siaran secara langsung di sana dengan di Malaysia. Kalau di Malaysia, sanggup cut sana, cut sini tok dapatkan masa yg telah ditetapkan, di Indonesia, nak buat berapa lama pun tak kisah. Jadi korang pikir ler sendiri yang mana lagi bagus. Tempoh masa ni pulak tak terhad untuk rancangan hiburan je.. ada tu rancangan bual bicara di sana ambil masa lebih daripada duration citer hindustan!!! Mungkin lebih kot?? Kerana nak mencapai matlamat dan supaya penonton dapat apa yang cuba disampaikan. Huh, tensen jugak!!! Rancangan yg sekejap tak best, yg panjang pun boring jugak.. Entahlah...
Itu baru rancangan secara "live", kita lihat pula dari sudut drama dan program tv lain yang dipaparkan dikebanyakkan stesen televisyen di Malaysia ni. Bagi korang, program tv atau drama kita berkualiti tak? Kenapa ramai yang bosan dengan drama atau cerita melayu? Sampai mereka naik jemu nak tonton cerita melayu? Aku pun kadang2 naik jemu juga tapi taklah sampai tak minat nak menonton langsung. Yang bosan pasal drama melayu ni kalau ikut kata member2 aku nie, pelakon yg berlakon sama je... Balik2 muker yg sama. Dah tue, tak hensem dan cantik pulak... Dah tua jadi hero pun ada.. Selain tue.. Pasal plot atau jalan cerita, semuanya sama saja..
Ada jugak drama yang aku tgk ni nak buat mcm drama kat luar negara, tp mungkin budjet ciput, maka drama yg nak di buat tu pun jadilah mcm drama untuk tontonan kanak-kanak saja. Tp aku tabik jugaklah drama2 melayu nie (adalah beberapa buah drama) yang cukup buat aku terkesan dengan jalan cerita yang disampaikan. Sampai dah bertahun-tahun pun kalau berbual dengan member2, kitorang tetap ingat dengan cerita tue. Tapi yang hairannya, kadang2 drama yg berkualiti mcm ni susah pulak nak ditayangkan kembali. Drama yg hampeh juga balik2 ditayangkan semula. Kenapa ya? erm.. Oklah, Kita cerita pula pasal program tv? Program tv ni meliputilah antara rancangan dokumentari, hiburan, sukan dan sebagainya. Mungkin korang sekadar menonton sahaja kot untuk nak mengisi masa lapang. Malas nak pikir lebih2 yg rancangan ni best ke tak, berkualiti atau sebaliknya. Ye lah, beli tv mahal2 kalo tak tgk, tak de guna gak!!! Di Malaysia, kebanyakan program2 tv adalah lebih kepada pengetahuan dan pendidikan. Kalau ada pun mungkin cerita pasal makanan, rancangan untuk remaja, program masakan dan sebagainya. Selalunya, kalau rancangan yang tak berapa elok untuk ditayangkan akan dikritik dan di gam. Ingat tak dulu rancangan Mencari Cinta yang menjadi isu sehingga ke Parlimen. Mungkin rasanya rancangan tu tak begitu elok untuk ditayangkan di Malaysia yang kuat agama dan adat ketimurannya.
Di Indonesia, rancangan seperti Mencari Cinta tue dah banyak di sana. Mereka melihat rancangan tersebut seperti biasa saja. Malah, gua rasa ada yg lagi teruk pun ada. Gua pernah menonton rancangan di salah sebuah stesen tv di sana yang memaparkan dalam satu episod akan ada 3 lelaki dan 3 perempuan, semuanya dalam lingkungan remaja, berjumpa buat pertama kalinya.. Dan di mana mereka akan memilih siapa pasangan yang sesuai buat mereka. Jika mereka tidak sepadan dengan pasangan itu, mereka akan cuba untuk mendekati pasangan yang lain. Tapi lebih hebatlah daripada Mencari Cinta tue. Gua pun lupa tajuknya. Tapi bagi remaja, gua pasti mereka akan suka menonton rancangan terbabit.
Menyentuh program tv mereka, erm.. rasanya sama sahaja kot (sebab jarang gua nampak rancangan program tv diorang nie).. Pernah jugak gua buka salah sebuah stesen tv diorang ni pada waktu pg sampai tengahari, pastu ptg tu bukak sekejap, then mlm tgk lg.. Yg gua perasan, pagi tu rancangan hiburan sampai tengahari, dah tu berita sekejap, then ptg tue ader rancangan mcm rancangan Melodi lah kalau kat Malaysia ni atau ader sinetron, pastu berita lg.. then mlm plak kalo bukan rancangan hiburan, sinetron jugak.. Jadinya, tak tau lah bagaimana program tv diorang, tp kalau setakat program masakan pernah juga gua tgk.. Program realiti tv di sana juga bagi gua memang terkenal dengan tempoh masa tayangannya. Mana tidaknya, yang buat lama adalah komen daripada para juri. Korang percaya tak kalau gua kata komen untuk seorang peserta saja dah ambik masa setengah jam? lebih dari tu pun ada..
Kalau kat Malaysia, gua rasa dah kene baling kasut dah... Tp mmg betol... Gua rasa kalau rancangan realiti diorang yg ambik masa singkat bg komen cuma Indonesian Idol je kot?, yang lain bg gua lama... Tp tabik kat mereka pasal semangat patriotik mereka dalam menggunakan bahasa ibunda diorang. Kat sana lagi macam2 bahasa dan bangsa ada tp diorang bersatu dalam satu bahasa. Rancangan diorang semuanya boleh dikatakan 100% menggunakan bahasa Indonesia. Kalaulah rancangan kita pun boleh buat seperti itu.. Ini tidak, dalam satu rancangan kena ada 2 pengacara, sorang ckp melayu n lagi sorang ckp english.. Tak salah lah kalau gua suka makan rojak mcm gini..
Nak cerita pasal drama diorang pulak, drama yg diorang import dari luar mcm cerita hindustan, org putih, telenovela dari latin, kadang2 diorang akan translatekan kepada bahasa diorang. Agak2 kita suker yg original ker atau isi suara blik? Drama mereka pun sama sahaja mcm kita nie, tp kenapa org kiter jugak suka tgk drama atau sinetron dari seberang nie? Lagilah, kdg2 drama diorang nie tak taulah nak ckp mcmaner.. nak bg episod panjang, sampai ada yg tak logik pun ya.. Kalau di lihat majoriti sinetron yg ada kat Indonesia, diorang gunakan ramai pelakon2 muda, yang hensem dan yang cantik.. Kadang2 org bukan nak tgk sgt jalan cerita nie semua, lagi2 org muda.. diorang nak tgk pelakon saja. kalau pelakonnya cantik, sedap mata memandang, cerita macamaner teruk pun diorang akan tgk. ye la, adat manusia.. Mahukan yang cantik, tak ingin yang jelek.. Tak gitu? Cerita untuk remaja pula kebanyakannya memang diorang gunakan pelakon remaja. Macam kat Malaysia nie, yg umur 30 tahun pun leh berlakon jadi budak sekolah lg.. Hehehehe....
Secara kesimpulannya, ada yang boleh kita jadikan pelajaran yang berguna untuk kita memperbaiki sistem dan mutu rancangan kita di Malaysia ni, kalau dulu gua buat perbezaan dengan orang Jepun, lepas tue dgn orang Indonesia, lepas nie dengan orang maner pulak ya? Pendek kata, ada kelemahan dan kelebihan masing2, yg paling gua bangga apabila gua dapat menyaksikan sendiri siri animasi tempatan kita, Upin dan Ipin ditayangkan di stesen televisyen Indonesia. Mulanya gua konpius jugaklah, ingatkan gua tgk stesen tv tempatan tp barulah gua sedar yang gua menonton stesen tv dari seberang. Sinetron Indonesia dah berlambak2 kat Malaysia nie, biler lagi drama kita nak ditayangkan di sana pulak? Takkan nak harapkan siri animasi kot? Gua sendiri menanti saatnya.....
P/S: Suker sgt tgk Idola Kecil ngan Idola Cilik.. Kadang2 tgk budak2 lagi nampak kejujuran mereka daripada tonton orang dewasa..
Salam Satu Malaysia,
Hari nie ntah naper ek gua rasa mcm tensen jer... tak tau pk pasal aper.. Maybe sebab gua rasa byk benda yg gua kene "rushing" n "catch up" blik... Ye la.. sejak sakit kaki ni, mcm2 benda yang gua tertinggal, tak dapat balik kampung la, quiz tak ambik.. subjek byk tertinggal.. Adui, pening2.. Cmaner agaknyer pointer gua tok sem nie, bertawakal sajalah...
Maybe member2 gua tak perasan semua nie.. Yang gua ni tgh dalam keadaan jiwa tertekan.. Maner taknye, ke hulu ke hilir dengan kaki yang terhincut-hincut, rasa malu pulak nak berjalan atau keluar dari bilik ni tp memandangkan yg gua ader tanggungjawab yg perlu dilaksanakan, gua buang semua perasaan tue walaupun ramai mata memandang gua bila berjalan. Paling penting, gua bukan sengaja buat-buat ok!!!
Gua rasa semester ni memang paling mencabar, kene duduk dan menyesuaikan diri kat tempat baru, dah tu baru beberapa hari duduk sini kaki pulak injured, tak datang kelas seminggu, assignment awal-awal dah bertimbun, ada quiz dan assignment yg gua tak ambik, sure "efek" pada class marks nie.. ahh... byknyer bender yg nak merungut..
Tp gua rasa ada hikmah disebalik kejadian nie... Apa dier? biarlah gua saja yg mengetahui... Sekarang ni pun masih dalam bulan ogos lg, terlalu awal rasanyer nak stress tahap kritikal, takut nanti biler dah sampai final exam, dah stress tahap gaban pulak.. Tapi gua nak ikut budaya masyarakat Jepun, siapa yang berusaha lebih, yang memajukan diri sendiri, dierlah yg lebih berjaya...
Oklah, dah puas membebel pasal diri sendiri, gua nak bglah komen gua secara peribadi mengenai budaya masyarakat Jepun dan budaya masyarakat Malaysia. Ingat ya.. tak semua yang diceritakan di blog nie 100% fakta (berdasarkan apa yang gua bgtau hari tu). Hanya berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman daripada apa yg gua belajar dan baca. Agak2 korang, budaya kita di Malaysia dengan budaya orang Jepun ada persamaan tak? Maksud gua berdasarkan kehidupan seharian kita dengan masyarakat Jepun dari pelbagai sudut dan aspek.. Kenapa bangsa Jepun menjadi bangsa yang maju dan disegani di seluruh dunia? Macam2 persoalan timbulkan? Seperti biasa, gua ni mmg suka dalam mencari perbezaan nie..
Terkejut gua apabila gua mendapat maklumat (tak tahulah maklumat ni betul ke tidak) di Jepun tiada peperiksaan dalam pembelajaran mereka di sekolah seperti kita di Malaysia ni yg kaya dengan pelbagai jenis peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Betul ker? Jadi macam maner tahap pencapaian akademik pelajar diorang dikira atau diukur? Macamaner diorang dapat belajar di universiti? Untuk perkara ni, gua pun tak dapat pastikan. Mungkin boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif.
Apa yg pasti, masyarakat mereka lebih menghargai budaya hidup yang telah mereka warisi sejak nenek moyang mereka lagi. Tapi, masyarakat kita? Tak tahulah apa yang silap dengan budaya kita ni sampaikan orang kita sendiri tidak mahu menghargai budaya dan cara hidup kita sendiri. Bab budaya atau menyentuh soal patriotik ni, bangsa kita memang lemah.
Bangsa kita tidak sekuat bangsa Jepun atau bangsa-bangsa lain di dunia ni yang berbangga dengan budaya hidup mereka. Mereka kalau boleh nak bawak budaya mereka walau ke mana sahaja mereka berada di seluruh dunia nie. Bangsa kita? Maaf cakaplah.. Baru setahun duduk Perancis, tgk sambal belacan pun tak selera, nak masuk rumah orang pun takut bukak kasut, percakapan pun apa lagi, paham-paham sajalah, padahal duduk Perancis kerja tukang cuci je. Jadinya, dah nampak perbezaan antara budaya kita dan juga budaya masyarakat Jepun.
Budayalah yang menjadikan sesebuah bangsa di dunia dikenali dan budaya setiap bangsa itu adalah unik. Perbezaan antara kehidupan masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu juga dapat dilihat dalam bentuk pengkelasan. Apa yang nak diceritakan mengenai pengkelasan ini? Orang Jepun menganggap bangsa mereka adalah bangsa yang terhebat di dunia. Tidak kira sesiapapun mereka. Mereka tidak mengasingkan kehidupan mereka dengan pelbagai bentuk pengkelasan daripada mereka kecil lagi. Tiada istilah kelas A, B atau C. Mereka menganggap mereka semua berstatus A sahaja.
Di Malaysia, lain pula ceritanya.. Kita dikelaskan dalam pelbagai jenis pengkelasan sejak kita masih kecil lagi.. Di sekolah rendah lagi, kita dikelaskan dengan kelas mengikut tahap pencapaian pelajar, pelajar yang pandai akan diletakkan di kelas yang pertama manakala yang tidak berapa pandai akan diletakkan di kelas yang paling bawah. Begitulah seterusnya pengkelasan ini di buat. Apa yang pasti, kelemahan ketara yang bisa dilihat adalah guru-guru juga akan mendiskriminasi pelajar-pelajar di mana mereka akan lebih menyukai pelajar yang berada di kelas pertama dan akan mengambil sikap tak endah pada kelas yang paling corot.. Ini adalah berdasarkan pengalaman gua!!.. Gua juga pelajar sekolah dahulu..
Mentaliti atau pemikiran serta perangai kita juga berbeza dengan masyarakat Jepun. Di Jepun, sejak kecil lagi mereka sudah di ajar untuk menjadi bangsa yang mempunyai minda kelas pertama.. Di sekolah mereka, tandas yang digunakan cukup lawa dan bersih kerana mereka telah di ajar untuk menggunakan dan menjaga kebersihannya. Di sini, kalau ke tandas di sekolah mana-mana pun rasanya pasti paham apa yg gua nak cakapkan nie.. kalau di cakap berulang kali pun belum tentu pelajar kita ikut apa yang di suruh.. Bagaimana untuk menjadi bangsa yang berminda kelas pertama?
Pendek kata yang penting kita haruslah sedar apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini.. Sebab tu la gua tak boleh nak merungut dengan sesuatu perkara yang remeh kerana gua pasti orang Jepun juga tidak mahu sesuatu yang remeh itu membuatkan mereka tidak berjaya. Yang pasti, dalam kehidupan orang Jepun, siapa yang berusaha lebih, rajin, merekalah yang akan ke depan dan berjaya.. gua nak jadi mcm tuelah... Hahahaha...
P/S: Ape pon, takkan MELAYU hilang di dunia!!
Mungkin begitulah sedikit rangkap lirik nyanyian Saiful Apek dan Yusri KRU di dalam filem Lady Boss dulu.. Segala-galanya pasal C.I.N.T.A!!! Orang buat lagu pun mesti ada kena-mengena dengan cinta... Jadi, ada apa dengan Cinta? Semua orang yang ada perasaan semuanya mesti cerita pasal cinta.. Orang yang dilamun cinta, ekspresinya serta perasaannya mungkin berbeza dengan mereka yang sedang putus cinta... Bukan begitu ker?
Berdasarkan pengalaman, cinta itu sesuatu yang subjektif. Orang boleh mendefinisikan cinta itu dalam berbagai maksud. Ada yang kata orang lelaki kalau bercinta jiwanglah, orang perempuan plak gedik bila bersama2 ngan boyfriend diorang. Jadinya, kenapa perlu bercinta?
Cinta adalah anugerah untuk semua insan. Semua berhak untuk dicinta dan mencintai. Itulah kurniaan yang diberikan oleh tuhan kepada seluruh makhluk-Nya. Oleh itu, kekalkan rasa cinta itu dalam diri dan soal ada apa dengan cinta, hanya orang yang benar-benar menikmati rasa cinta akan merasai dan mengerti apa itu cinta dan apa yang ada pada cinta...
P/S: Cinta tak semestinya memiliki... Chewahh!!
Salam Malaysia,
Ramai daripada member2 gua yang tanya, kenapa nak ada blog? Apa fekdah yang didapati daripada memiliki sebuah blog? Mungkin rasanya diorang masih tidak tau akan kemampuan blog hari ini yang sebenarnya boleh menjadi medium dalam mempengaruhi sesebuah komuniti atau kumpulan dengan cerita atau bahan yang disampaikan di dalam blog terbabit.
Hari ini, tidak kira siapapun diri korang, baik petani, guru, CEO, ahli perniagaan, doktor, pesara, wartawan, tukang masak, penulis buku, ahli politik, usahawan internet, ustazah hinggalah pelajar universiti seperti gua nie pun perlu dan mampu untuk memiliki sebuah blog. BLOG ADALAH SATU MEDIUM PENYAMPAIAN MAKLUMAT SERTA PEMASARAN YANG BAIK DAN BERKESAN.
Mengapa? Di Malaysia sahaja, anggaran pengguna yang melayari internet pada masa kini adalah lebih kurang 10 juta orang. Itu mungkin statistik atau anggaran sahaja, tetapi jika melihat peranan internet masa kini, ia boleh di akses oleh pengguna daripada seluruh dunia. Jadinya, bayangkan jika korang nie seorang ahli perniagaan yang menjual produk melalui blog, jika hanya 10% daripada berjuta-juta pengguna internet di seluruh dunia melayari laman blog anda, dan daripada 10% tersebut, 1% daripadanya membeli barangan atau produk korang, FUYOO!! ia dah mampu membuat korang tersenyum lebar dengan keuntungan yang bakal korang perolehi (silap2 boleh beli Ferrari 2 bijik).
Blog pon boleh digunakan berbagai cara sama ada untuk melakukan perniagaan secara online, forum, menyampaikan maklumat, mahupun mencari kenalan atau berkomunikasi. Apa yang pasti, ia adalah satu teknologi terbaru di internet yang begitu ampuh digunakan untuk pelbagai tujuan dan matlamat. Kalau tak, masakan isu politik juga turut dipolitikkan di blog bagi menjatuhkan dan memburukkan pihak parti lawan. Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat daripada seluruh dunia akan membaca dan tahu mengenai apa yang korang cuba untuk disampaikan. Maka, sesiapa sahaja perlu untuk memiliki blog. Korang boleh bercerita mengenai pengalaman diri korang, memasarkan produk dan perniagaan korang, menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat dan byk lg la...
Dalam konteks perniagaan, sudah ramai yang membuat duit dan menjadi jutawan senyap hanya melalui blog jer.. X percaya?? X percaya dah ler.. Ini bukanlah satu omong kosong yang hanya dibualkan tetapi kenyataan yang harus difikirkan oleh semua orang. Bayangkanlah, jika korang seorang ahli perniaagaan, betapa korang akan rugi besar kalau x ada blog lebih2 lagi pada masa kini. Itu baru satu contoh kegunaan blog.. Banyak lagi yang boleh dilakukan dengan blog. Nak mencipta karya seperti puisi ke sajak2 ker juga boleh diterbitkan di blog untuk tatapan pembaca yang melayari laman web korang. Kesimpulannya, sesiapa sahaja boleh memiliki blog, korang pon boleh promote laman web lain sepertimana yang gua juga turut lakukan nie.
Blog juga sama seperti laman web yang lain, boleh digunakan untuk kebaikan dan ada juga yang menggunakannya untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri. Gku nie hanya menceritakan mengenai kebaikan bagaimana bertuahnya jika korang memiliki blog korang sendiri. Terpulang untuk korang menilainya coz gua hanya menulis dan korang sebagai pembaca yang menentukannya. Ingat!!! Tak semestinya apa yang disampaikan di dalam blog itu tepat 100% kerana ada yang menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan tidak semestinya mengikut fakta. Tetapi inilah trend atau gaya membaca masa kini..
P/S: Ada 3 Blog dah..... 2 lagi blog untuk gua punya bisness online.......