DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Lirik Lagu Setia


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi


Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua


Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

TORA datang lagi!! Yeah!!!

Hahaha.. Mana taknya, dah dekat 2 tahun abam tak jenguk blog abam ni.. Kalo rumah ditinggal kosong 2 tahun, bukan kata semak samun yang panjang, saka pon bole wujud.. Rasanya masih belum terlewat untuk abam ucapkan tahniah dan syabas buat kerajaan baru, Pakatan Harapan dalam menerajui kerajaan baru di Malaysia. Sebagai salah seorang ahli PKR, sudah tentu abam tumpang gembira dengan kejayaan ini kerana akhirnya reformasi yang dilaungkan selama ini membuahkan hasil..


Tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, Tun M.. Tahniah juga buat Kak Wan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semua menteri-menteri yang telah dipilih. Semoga dengan pelantikkan mereka memberikan sinar baru dan wajah baru buat Malaysia.

Rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi sudah menjadi adat di Malaysia.. Kali ini macai pembangkang mengatakan kita berjaya menerajui kerajaan kerana fitnah dan spekulasi yang dibuat-buat... Abam pon tertanya juga macai mana la yang duduk di bawah tempurung tak keluar-keluar lagi dari sarang ni.. Daripada sebelum PRU 14 lagi, terlalu banyak berita tidak enak dilemparkan kepada kerajaan yang lama iaitu Barisan Nasional bukan setakat daripada kami di barisan pembangkang tetapi oleh media antarabangsa.. Adakah media antarabangsa melaporkan berita yang negatif mengenai kerajaan lama itu juga salah kami di Pakatan Harapan?? Erm.. Tepuk dada tanya la selera..


Dewan Rakyat telah memulakan sidangnya.. Daripada pemerhatian abam, ianya masih lagi seperti biasa dengan sindiran, perangai yang hampir sama kerana wakil rakyat yang menerajui juga hampir sama orangnya.. Cuma kali ini ia berubah wajah kerana kerajaan dan pembangkang adalah berbeza dari dulu... Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat untuk menceritakan permasalahan rakyat seolah-olah bertukar kepada tsunami pertelingkahan sesama ahli parlimen.. Yang abam tak paham, banyak juga isu yang diketengahkan adalah berkisah tentang kerajaan lama.. Tetapi kenapa baru hendak dinyatakan sekarang seolah-olah mahu membawa permasalahan itu kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk dipersalahkan.



Abam hanya boleh katakan "HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM".. Rakyat patutnya beri sokongan kepada kerajaan baru.. Mereka hanya baru memerintah kurang dari 3 bulan.. Jika masuk rumah baru, masih lagi dengan suasana ubah suai rumah dan kelengkapan perabot.. Harap rakyat faham yang mana kita bukan hanya bertukar pemimpin tetapi kita bertukar parti pimpinan untuk menerajui kerajaan Malaysia yang baru.. Jika mereka ini juga 2x5, kita diberikan kuasa untuk menukar pemerintahan 5 tahun akan datang..


Nasihat abam, kalo kita tak mampu untuk menyokong jangan la pulak kita jadi parasit yang akhirnya memusnahkan..

P/S: Bekas PM kata Menteri Pertahanan sekarang ni kartun, tapi sekurangnya kartun itu lebih baik dari penyamun atau pencuri.. Patutnya wujud perasaan malu terhadap apa telah dilakukan sewaktu sedang berkuasa...


Baru-baru ni gua ternampak satu video viral seorang lelaki Melayu yang sanggup sewa limosin untuk sambut hari ulang tahun kekasihnya.. Owh, so sweett!! Nampak sangat kan drama melayunya kat situ.. kihkihkih...

Dan yang paling gua terkesima bila lihat reaksi netizen di luar sana yang mengomen termasuklah gua ni.. Ada yang banned betol lelaki ni dengan macam2 makian.. "Dari lu sewa limosin baek lu sedekah atau lu buat amal jariah bantu orang susah, baru girlfren derr".. Ada juga yang protect brader ni.. "Why people so negative and close minded?? That's his money.. Did he ask your money for celebrating his girl birthday??"

Gitewlah reaksi netizen hari ni.. Pantang nampak silap sikit terus start bush orang.. Hakikatnya, inilah wayang atau drama Melayu (honestly, gua memang tak tengok drama melayu sangat) yang selalu ditayangkan di TV dengan berbagai judul dan pelakon baru yang gua pon tak kenal..

Berbalik pada main story pasal sambut besday awek dengan limosin or bunga banquet dll, gua amek pendekatan tengah2.. Bagi gua, yeah that's true la kalo orang kata why so nak jaga tepi kain orang.. Suka hati la depa nak sewa helikopter sekalipon, why u so jeles?? Kadang ada juga benda yang kita pernah buat yang pada pandangan orang lain tak masuk dek akal.. Bagi gua, up to u nak show your feeling pada orang tersayang... Takkan la lu tak pernah celebrate something untuk orang tersayang lu kan??

But, dalam masa sama (masih lagi gua salahkan drama Melayu hahahaa), disaat kita sentiasa melihat dengan keadaan ekonomi dunia (gua kata dunia la kan kata Malaysia Pok Jib terasa) yang sedang tenat ni, disaat masih ada keluarga yang dah masuk waktu berbuka namun tak makan kerana kesempitan wang, disaat ramai bangsa Melayu yang terpaksa diberhentikan kerja kerana syarikat terpaksa gulung tikar, why u need to spend so much kos untuk something yang tak penting macam tu?? (Bagi gua memang tak penting la yer.. hahaha) Awek je kot.. If u sambut besday ur mom ke, wife ke ok la jugak.. Drama Melayu jugak la perangainya bila terikut-ikut gaya mewah pemimpin.. Tapi nasib la lu pakai duit sendiri bro..

Sebenarnya artikel ni gua tak tujukan pada bro dan awek limosin tu.. Gua tujukan pada masyarakat luar sana yang always comdemn others sedangkan Allah dah jadikan kita ini dari pelbagai sifat, perangai, rupa, kekayaan dan semua tu sebenarnya adalah ujian untuk hamba-Nya di dunia.. Jadi miskin satu ujian jadi kaya pon satu ujian..

Apapon, gua masih bersyukur yang awek guna masih lagi kekal seorang wanita idaman gua.. Bak kata lagu iwan, "Dia tidak cantik mak, dia tidak jelik mak, yang sedang2 aja", hopefully hubungan gua ini kekal sampai ke jannah..

Oklah, gua dah habis meroyan.. Just chill and relax dude.. Jangan hentam orang sentiasa kerana diri kita bukan betul sangat pon... Huhuhu..

P/S: Gara-gara gua kempunan tengok citer kat Naruto kat wayang hari tu, awek gua siap cari CD untuk bagi kat gua.. So Suweettt!! Hahahaha..


Alhamdulillah...

Bulan Ramadhan muncul kembali.. Dan gua juga muncul dalam setahun sekali di blog gua ini.. Hahaha..


Actually gua banyak projek nak buat.. Tu yang kadang senyap dari meroyan di blog gua.. Kalo ada pon nanti la kalo gua dah beli laptop baru.. Baru senang sikit nak upload cerita baru...

Apapon, gua nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah di bulan mulia ini.. Setan takda bulan ni so jangan jadi setan ok!!



Salam Ramadhan, ingatan tulus ikhlas...

P/S: Bulan pose ni gua teringin nak makan otak2!

Assalamualaikum,

Gua kembali.. Hahahaha.. Bagi gua, blog ini blog peribadi gua.. Apa yang tercatat di sini adalah 100% daripada ilham gua tanpa gua cedok dari mana2.. Kalo tak suka, nak wat cmane kan? Huhuhu..

Ok, actually gua datang pasal nak post benda baru kat blog gua.. Pasal nak tunjuk gua masih lagi sayang kat blog gua ni.. Hahahaha.. Sekarang dah masuk hari ke-7 berpuasa.. Agak lambat nak wish orang selamat berpuasa tapi gua actually nak kongsi apa yang bangsa gua akan buat bila tiba bulan pose ni..


Aritu adalah a few kawan gua dalam seminggu sebelom nak pose dah post gamba kuih raya.. Katanya kuih ready stok dah.. Bila2 bole dtg amek.. Ermmm.. Otak bisnes betol diorang ni tp bagi gua, gua suka beli kuih raya bila tiba hujung2 nak raya pasal kalo gua beli sekarang memang x sempat tunggu raya la dik non.. Pas berbuka gua dah sembat abes licin tinggal balang.. Lagipon, kadang gua terkesima juga bila tengok kawan2 jual kuih raya sampai RM24-RM26 sebalang sebabnya bila gua pergi ke 99 Speedmart, gua bole dapat kuih raya yang sama RM9.90 jah.. Hahahahahaha.. Tp ye la kan.. Support kawan berbisnes.. Sebab gua pon org bisnes dan gua paham..

Lagi satu cite sedey gua, tahun ni gua takder baju raya dik non.. Kisahnya pada minggu lepas gua dah ke kedai kain cari kain yg sesuai nak buat baju raya tapi bila gua kontek designer fashion gua, mereka dah siap2 tutup kedai awal.. Gua ada juga nak hulur2 rasuah tapi x jalan.. Nak buat sendiri gua tak reti... Moral of story, next time 2 bulan sebelom raya dah siap2 buat baju melayu yek.. Hahahaha..

Soal juadah berbuka dan solat terawih ni pon gua nak highlight jugak.. Asal petang jer penuh FB gua orang pos makanan.. Yang gua rasa otak kiri gua gagal berfungsi ni bila diorang sebok pos makanan yang diorang beli jah.. Hai cik kak, nak kantoikan diri tu malas memasak ke?? Hahahahaaha.. Solat terawih ni macam2 hal.. Siap selfie dengan telekong bagai.. Ada satu hari tu member FB gua (nama dirahsiakan) selfie la kat masjid berlatar belakangkam orang yang sedang sujud bersolat.. Then otak kiri gua gagal berfungsi lagi sebabnya ko ni dtg masjid nak berselfie je ke? Orang dah sujud ko boleh pulak amek gambar.. Kantoi la datang masjid sebab nak berselfie jer..


Apa-apa pon, selamat berpuasa semuanya.. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan B.O.B (Buat Orang Bersalah).. Kadang kala bukan gua nak mengumpat tapi kalo dah kita tengok benda yang kita rasa perlu ditegur, kena la juga tegur.. Hahahaaha..

P/S: Bulan Ramadhan Bulan Yang Suci, Jangan Nodainya!!

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan