DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Assalamualaikum,

Gua kembali.. Hahahaha.. Bagi gua, blog ini blog peribadi gua.. Apa yang tercatat di sini adalah 100% daripada ilham gua tanpa gua cedok dari mana2.. Kalo tak suka, nak wat cmane kan? Huhuhu..

Ok, actually gua datang pasal nak post benda baru kat blog gua.. Pasal nak tunjuk gua masih lagi sayang kat blog gua ni.. Hahahaha.. Sekarang dah masuk hari ke-7 berpuasa.. Agak lambat nak wish orang selamat berpuasa tapi gua actually nak kongsi apa yang bangsa gua akan buat bila tiba bulan pose ni..


Aritu adalah a few kawan gua dalam seminggu sebelom nak pose dah post gamba kuih raya.. Katanya kuih ready stok dah.. Bila2 bole dtg amek.. Ermmm.. Otak bisnes betol diorang ni tp bagi gua, gua suka beli kuih raya bila tiba hujung2 nak raya pasal kalo gua beli sekarang memang x sempat tunggu raya la dik non.. Pas berbuka gua dah sembat abes licin tinggal balang.. Lagipon, kadang gua terkesima juga bila tengok kawan2 jual kuih raya sampai RM24-RM26 sebalang sebabnya bila gua pergi ke 99 Speedmart, gua bole dapat kuih raya yang sama RM9.90 jah.. Hahahahahaha.. Tp ye la kan.. Support kawan berbisnes.. Sebab gua pon org bisnes dan gua paham..

Lagi satu cite sedey gua, tahun ni gua takder baju raya dik non.. Kisahnya pada minggu lepas gua dah ke kedai kain cari kain yg sesuai nak buat baju raya tapi bila gua kontek designer fashion gua, mereka dah siap2 tutup kedai awal.. Gua ada juga nak hulur2 rasuah tapi x jalan.. Nak buat sendiri gua tak reti... Moral of story, next time 2 bulan sebelom raya dah siap2 buat baju melayu yek.. Hahahaha..

Soal juadah berbuka dan solat terawih ni pon gua nak highlight jugak.. Asal petang jer penuh FB gua orang pos makanan.. Yang gua rasa otak kiri gua gagal berfungsi ni bila diorang sebok pos makanan yang diorang beli jah.. Hai cik kak, nak kantoikan diri tu malas memasak ke?? Hahahahaaha.. Solat terawih ni macam2 hal.. Siap selfie dengan telekong bagai.. Ada satu hari tu member FB gua (nama dirahsiakan) selfie la kat masjid berlatar belakangkam orang yang sedang sujud bersolat.. Then otak kiri gua gagal berfungsi lagi sebabnya ko ni dtg masjid nak berselfie je ke? Orang dah sujud ko boleh pulak amek gambar.. Kantoi la datang masjid sebab nak berselfie jer..


Apa-apa pon, selamat berpuasa semuanya.. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan B.O.B (Buat Orang Bersalah).. Kadang kala bukan gua nak mengumpat tapi kalo dah kita tengok benda yang kita rasa perlu ditegur, kena la juga tegur.. Hahahaaha..

P/S: Bulan Ramadhan Bulan Yang Suci, Jangan Nodainya!!


Assalamualaikum,

Don Dale kembali.. Hahahaahhaa.. Gua ni sebenarnya bukan apa, takder masa nak pot pet dah.. Maklumlah ada 3-4 blog.. Tu pon tak semua terlayan.. Tapi gua rasa terpanggil nak blogging hari nie pasal isu bangsa dan agama gua.. Gua rasa kadang2 yang buat agama kita lemah bukannya pnganut agama laen tetapi kita sendiri..


Baru2 nie heboh bila penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya beramai-ramai buat perhimpunan bantahan kepada bangunan yang diletakkan lambang salib.. Then, macam biasalah otak kiri gua akan terus ligat menanggung beban untuk menterjemahkan tujuan mereka yang melakukan piket tersebut.. Apa selama hampir 58 tahun merdeka di Malaysia ini, mereka tak tahu langsung ke yang kita dari dulu mengamalkan kebebasan beragama?? Sedih tengok bangsa kita terkinja-kinja macam apa untuk sesuatu yang bagi gua hanya satu  bencana yang diundang untuk memperlihatkan kelemahan agama kita..


Bagi gua, adakah tahap keimanan kita ini ditentukan oleh sesuatu lambang?? Adakah kita takut pada bayang2 kita sendiri?? Adakah kita ini takut kerana kita tak mampu nak mengajar dan memberi kekuatan dalam diri untuk menahan daripada terpesong dari ajaran agama Islam yang suci??


Teringat dulu seorang sahabat beritahu, dekat Malaysia ni memang patut wujudnya kebebasan beragama supaya orang Muslim sedar dan bertambah imannya.. Semua orang akan berkata yang agamanya adalah yang terbaik.. Kita beruntung bila kita dilahirkan dan dibesarkan dalam agama Islam.. Oleh demikian, peranan ibu bapa lah yang penting dalam memastikan bahawa anak-anaknya dibekalkan dengan iman yang teguh walaupon anda berada di mana jua sekalipon, anda takkan tergugat dan mahu lari dari ajaran asal..


Tak perlu nak marahkan agama lain kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.. Jika kita yakin pada ISLAM, pertahankanlah ia.. Didik anak sebaiknya.. Bukannya menyerang agama lain kerana takut akidah dan iman tergugat.. Ini salah satu daripada mereka yang longgar imannya.. Umpama peribahasa Melayu, "MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR"


Berubahlah kepada agama sebenar.. Jalin hubungan yang baik sesama kita walau berbeza agama dan budaya kerana ia memang dituntut dalam Islam.. Tak semestinya kita lahir dalam keluarga Islam, kita telah dijanjikan syurga untuk kita.. Siapalah kita untuk mengadili manusia lainnya..

Oklah, sampai sini saja gua membebel.. Dalam erti kata yang laen, dunia ini bukan untuk kita.. Kita berkongsi sesama makhluk yang laen.. Hiduplah secara toleransi dan berhemah..


P/S: IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA..

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan