DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Puisi: Nilai Sebuah Mata Wang RM

Izinkanlah aku bercerita,
Sebuah kisah yang telah engkau tahu,
Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar,
Kau sendiri mendengar dan merasainya bukan??
Atau kau jenis tidak punya rasa peduli,
Hanya ada otak tapi akal sudah mati..

Hey penyokong si parti PENIPU!!,
Harga minyak naik barang naik,
Nilai RM jatuh harga barang pun naik,
Pengeluar import barang dengan harga mahal,
Mengapa perlu jual murah,
Disalahkan pula tauke-tauke naikkan harga,
Padahal ini punca dari siapa??
Rugilah mereka sebagai peniaga!

Bila kita bersuara,
Jawapan "Hey, kau manusia tak bersyukur!!"
Mereka begitu naif soal menegakkan hak,
Tapi diam-diam kau merungut sendirian..
Begitu optimisnya kita sehingga kita lupa,
Optimis atau Pesimis tetap tidak mampu mengubah fakta,
Bila kita kata wang ringgit jatuh mendadak,
Mereka kata pembangkang punya agenda,
Mahu cuba memecah-belah hidup manusia..

Kita?
Apa ada pada kita?? 
Kita tak punya apa-apa,
Semua dikebas si rakus durjana
Siapa menteri kewangan??
Usah jawab dengan tunduk tersipu-sipu..
Pada siapa lagi mahu percaya??
Pakar Ekonomi atau si suami takutkan isteri??
Aku menanti jawapannya..





0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan