DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Hari nie gua nak tunjukkan pada lu semua satu resepi yang sebenarnya tak sengaja pon di buat.. Maen bedal je gua masak sebenarnya tapi tak sangka pula cantek dan sedap!! Hahahaha.. Kalo lu sumer nak cuba, gua tak kedekut nak bagi resepi kat lu semua.. Tengok bawah nie ok!!


KUEW TEOW SEAFOOD MARINARA OMBAK RINDU



Bahan-Bahan:

1 bungkus Kuew Teow

1 biji bawang besar bombay (bawang kuning)

1 tin kecil pati tomato

1 tin kacang panggang (sederhana besar)

1 biji tomato (belah dadu)

400gram Sotong putih (dihiris kecil)

1 bungkus bebola ikan (dihirs)

4 ulas bawang putih (dihiris)

Segenggam daun sup (dicincang)

8 sudu besar Sos Cili (kalo nak pedas)

Sedikit garam

Sedikit gula

Minyak untuk memasak

Air


Cara Memasak:

1. Didihkan air sehingga mendidih. Basuh kuew teow sehingga bersih. Apabila air sudah mendidih, tuang air panas tadi ke kuew teow.. Toskan.. (awas, jangan sampai kuew teow melekat sangat)..

2. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak.. Gorengkan bawang besar dan bawang putih.. Masukkan pati tomato, kacang panggang dan sos cili.. Gaulkan seketika..

3. Tuangkan air sekitar 3 cawan dan gaulkan.. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit.. Selepas sedikit mendidih, letakkan sotong putih dan bebola ikan dan biarkan sehingga benar2 mendidih..

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali bolehlah masukkan daun sup dan tutup api.

5. Letakkan kuew teow di dalam pinggan dan curahkan kuah tadi.. Sedia untuk dihidangkan..


Senang je kan???

Mudah, Pantas dan Sedap!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan