DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Lama tak post something new kat blog gua.. Rasa macam memang dah mampos jer blog gua nie.. Hahahahha.. Gua bukan tak nak post apa-apa.. Tapi gua dulu bizi nak mampos... Tapi sekarang gua dah berenti keje... Jadi dah tak berapa nak bizi dah... Kenapa gua berenti?? Cakap banyak pon tak guna.. Gua sekarang memang rasa bengang dan sakit hati kat tempat gua keje dulu.. Rasa sakit tue masih tak ilang-ilang lagi... Papepon, bila gua kat rumah nie, ape lagi.. Start la gua jadi tukang masak tak bertauliah kat rumah.. Biasalah.. Mak gua soh masak coz mak gua kata gua masak memang sedap... Hahahahha...

Gua ada cipta satu resepi baru bila gua ada kat rumah nie.. Idea gua buat masakan nie bila gua nampak ada roti yang tak abes lagi di makan walaupon tarikh luput dah makin hampir.. Sayang lak nak biar luput gitu jer.. Gua pon apa lagi.. Dengan menggunakan otak kiri gua yang sangat genius kerana gua baru gunakan otak kiri gua untuk lulus dengan cemerlang dalam audition beberapa hari lepas.. (Audition apa, rahsialah...) Apa pon aku nak share la resepi tue pada korang sumer... Mesti korang nak cubakan??



RESEPI : BEGEDIL ROTI DAN BISKUT DON DALE

Bahan-Bahan yang diperlukan:

10 Keping Roti Hiris/Sandwich (Korang nak lebihkan pon takpe..)
4 Keping Biskut Cracker (Apa-apa jenama pon boleh janji biskut..)
1 Biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
2 Biji Telur Ayam
4 Sudu Besar Sayur Campur
1 Sudu Kecil Lada Sulah
Sedikit daun sup (Dicincang halus)
Sedikit Gula dan Garam
Sedikit Minyak
Sedikit Air

Cara Membuatnya:

1. Ambil roti dan biskut dan hancurkan bersama di dalam sebuah mangkuk.

2. Masukkan bawang besar dan sayur campur. Gaul dengan sebati.

3. Masukkan telur ayam, daun sup dan lada sulah kemudian gaul sebati lagi supaya kesemua bahan tadi cukup ramuan..

4. Campurkan sedikit gula dan garam sebagai penambah perasa.. Campurkan sedikit air supaya adunan tadi benar-benar sebati. Awas, jangan terlalu cair kerana ianya akan menyukarkan untuk membakarnya..

5. Panaskan kuali leper.. Letakkan sedikit minyak..

6. Kemudian, kepal-kepalkan adunan tadi dan leperkan supaya menjadi bulat.. Bakar dengan cara sama membakar daging beger..

7. Dan bolehlah dihidangkan panas-panas...

Selamat mencuba!! Adunan tadi juga boleh terus di goreng dalam minyak..

P/S: Gua memang suka begedil Dulu.. Kini.. Selamanya.. Vadee pon gua suka sekarang...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan