DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Hari nie aku masih lagi dalam mood bercuti... Ye la.. Jual cendol pon mestilah kene cuti gak... Lagi-lagi sekarang nie musim hujan yang tak menentu.. Kadang-kadang separuh cendol pon x laku.. Tak macam musim panas.. Boleh sampai 2 tempayan cendol habis dijual... So, saper yang nak abeskan cendol tu nanti.. AKU jugak!!!

Sekarang nie, kita digemparkan dengan situasi genting yang melanda Jepun di mana bukan sahaja gempa bumi, malah tsunami yang melanda telah mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.. Sebagai seorang yang bersifat kemanusiaan, kita haruslah sentiasa tolong-menolong di antara satu sama lain.. Mungkin hari ini hari mereka, esok lusa tiada yang tahu nasib kita.. Apa pun, kita perlu sentiasa berdoa agar keharmonian yang kita kecapi ini berkekalan selamanya.. Anyway, aku nak ucapkan takziah kepada semua penduduk Jepun yang di landa bencana yang terhebat itu..

Seminggu kebelakangan nie aku dah start merajinkan diri untuk melihat blog aku.. Tertanya jugak sendiri, ini BLOG dah mampus ker?? Hahahahaha.. Lama aku tak post kat blog nie coz aku ada lagi satu blog untuk bisnes aku... So, kalo nak duit lebih, kenelah usaha lebih mempromosikan blog aku yang lagi satu tue...

Melihat daripada stats, nampaknya ada jugak kunjungan ke blog nie.. Terima kasih banyak-banyak.. Walaupon blog nie taklah sepopular blog-blog laen tapi aku rasa apa yang disampaikan dalam blog nie semuanya ada pengajarannya dan moral value yang tersendiri.. Ye ar.. Laen orang laen citarasanya..

Bila aku tengok balik Stats untuk blog aku, ramai daripada mereka yang membaca post aku yang bertajuk "Kisah Seram Terjadi Padaku".. Walaupon kisah tu tergantung pasal aku nie penakut sikit nak cerita bab-bab yang menyeramkan nie.. Tapi sambutannya luar biasa.. Aku ingatkan bila aku post sesuatu yang ilmiah nie orang nak bacer la bahan-bahan berbentuk ilmiah nie tapi nampaknya sangkaan tue meleset teramat jauh... Bahan bacaan yang seram, lawak jugak menjadi kegemaran mereka.. So, no wonder la biler banyak citer-citer hantu sekarang nie.. Tapi yang aku pelik, makin banyak citer hantu (konon nak penuhi permintaan penonton), makin banyak jugak komen mengutuk citer sedemikian untuk dipaparkan.. Tue la, makin banyak citer, orang makin cepat boring... Tapikan, kalo tak ada permintaan masakan ada penawaran.. Tak giteww?? Hahahahaha..

Berbalik citer pasal blog aku nie, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat pengunjung-pengunjung semua kerana memberikan "duit" kat aku.. Tadi check kat google adsense ada jugak pertambahan yang semakin meningkat.. Mungkin tak lama lagi adalah cek sampai ke rumah.. Huhuhuhu..

Anyway, BLOG ini tak mampus lagi.. So, semua bolehlah melawat BLOG nie tanpa rasa was-was.. No 18SX ok... Hanya sekadar luahan hati berdasarkan pengalaman dan bahan bacaan yang aku bacer.. Apa pon, hidup mesti diteruskan.. Semoga sinar yang mendatang akan lebih cerah dari hari ini...

P/S: Sedih lihat bencana di Jepun.. Takziah pada semua keluarga mangsa yang terkorban..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan