DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial



Salam Menjelang 1 Syawal..

Erm.. Sok aku dah start balik kampung.. Walaupun mata dah naik mengantuk tapi aku teringin nak post jugak satu benda baru kat dalam blog aku nie.. X kira.. Mesti letak jugak.. Hahahahahaha.. Tadi last aku berbuka ngan member2 umah.. Esok dah x dah.. Cadangnya nak pekena ayam golek kat bazar di Saujana Utama tp memandangkan cuaca x mengizinkan untuk ke sana, jadinya bazar puncak alam jugak jadi tumpuan.. Pe lagi, capai kunci moto terus ke bazar.. Dapat jugak la chance bawak moto kat area Puncak Alam nie.. Hahaahhahaha..

Hari nie aku ada wat survey.. Pasal bisnes gak la.. Dimana aku cuba nak senaraikan 10 kategori "tauke bisnes" yang kaut keuntungan besar bila di bulan Ramadhan dan nak menjelang musim raya nie.. Ni aku buat berdsarkan pemerhatian aku la yerk dan bantuan ahli-ahli di Youthsays.com.. Kalo korang nak join jadi ahli Youthsays.com, daftar je kat sini.. Daftar Ahli Baru Youthsays.. Jangan risau.. Benda nie percuma je nak join.. Macam korang join Fesbuk gak la.. Kalo korang ada jawapan korang sendirik.. leh gak komen2 kat sini..

Ok, berikut aku nak senaraikan Top 10 Tauke Bisnes yang kaut keuntungan besar bila bulan Ramadhan dan nak menjelang raya.. Aku senaraikan daripada tangga yang ke sepuluh hinggalah juaranya.. Kita lihat.. Jeng.. Jeng.. Jeng...


Top 10 : Tauke Stesen Minyak

Satu perkara yang dah sedia maklum, kalau bila tiba musim perayaan, stesen minyak akan penuh dengan kete.. mungkin orang x berapa nak kisah pasal stesen minyak nie.. Tp selalunya orang yang pakai kete nie mesti boring bila nak mengisi minyak coz kene beratur tak seperti besenya.. Ye x?? So, untung pon besar la tauke yang ader stesen minyak nie.. Dahlah mmg untung, bila tiba raya je lagilah untung besar..



Top 9 : Tauke Restoran

Biler bercerita pasal restoran or kedai makan, memang bila tiba musim perayaan sgt lumayan.. Rugilah kalau diorang tutup kedai makan diorng nie.. Kalau tgk bulan pose jer.. Kadang2 restoran full giler dengan orang2 menempah meja tok berbuka.. Kadang2 yang pegi xder wat tempah kene balik hampa coz meja dah xder kosong pon.. Bila raya lagilah.. Orang nak balik kampung mesti akan singgah tok makan kan.. Jadinya, memang sangat untung tauke restoran or kedai makan nie..



Top 8 : Tauke Bas Ekspress

Ha, yang ni mmg x payah nak cerita lagi dah.. sah2 la mmg "budaya" masyarakat kita untuk menaiki bas ekspress untuk balik ke kampung.. Hahahahahaha.. Siap ada bas tambahan lagi tue dan bila sebut pasal tiket bas hari raya, harga pon makin mahal daripada bese... Ni yang x syok nak didengar nie.. Tapi tauke die gerenti tersenyum lebar punya... Abang-abang drebar, berhati-hatlah ketika memandu yerk..



Top 7 : Tauke Syarikat Telekomunikasi

Ramai yang x sedar yang sebenarnya penggunaan telefon dan SMS sewaktu nak awal ramadhan ngan nak menjelang raya bilangnnya berkali-kali ganda dari hari bese.. Lagi-lagi zaman sekarang nie sampai budak umur 10 tahun pon dah ada henpon.. Zaman dah serba canggih kan?? So, no wonder la bila bulan ramadhan ngan syawal, orang sibuk hantar sms ucapan pada korang.. yg malas tu forward je la sms yg korang dpt sebelum tue.. Dah macam surat berantai aku tgk.. Kan best kalo buat ucapan sendiri.. Selain berfikir kreatif, boleh jugak cairkan pale otak tue..



Top 6 : Tauke Kilang Tepung

Ha, yang ni pon bila nak raya ngan bulan pose memang bertambah keuntungannya.. Nak buat kuih kan.. Tu x masuk peniaga2 yang jual kuih kat bazar Ramadhan yang memang tiap-tiap hari guna tepung.. Bayangkan je la berapa banyak bazar ada kat Malaysia nie.. Dan pikir jugak juadah-juadah lain kat bazar yg guna tepung tue.. So, tak heran bila diorang boleh demand letak harga tinggi2 coz org tetap akan beli.. Dunia-Dunia..



Top 5 : Tauke Kilang Gula

Bila dah tauke tepung untung besar, tauke gula apa lagi.. lagi terserlahlah untung diorang tue.. Huhuhuhu.. Bila nak raya jer, ramai yang beli bertan-tan gula tok diorang jadikan stock tok buat kuih raya.. Syoknya, kilang gula pesat membangun la menjelang raya.. Sama mcm tepung, gula nie pon akan asik naik harga jer coz demand gula nie lebih tinggi.. lagi tinggi daripada tepung rasanya..



Top 4 : Tauke Kedai Jahit

Di tangga ke-4 nie adalah tauke kedai jahit.. Selalunya, dari sebelum pose lagi diorang nie dah bizi.. Tp biler time nak raya la baru dpt untung besar.. Nak2 kalo setiap tahun biler nak raya samapai berpuluh-puluh baju nak siapkan.. erm.. ribu2 jugak tue.. Hebatlah orang yang ada kemahiran menjahit nie.. Patutlah time sekolah dulu aku pon kene belajar menjahit coz mmg penting la nie..



Top 3 : Tauke Kuih Raya

Hah, yang nie mmg bisnes giler puna untung.. dengan zaman sekarang yang agak malas nak wat kuih raya, "kuih tunjuk" la penyelesaiannya.. Mmg laku bila wat kuih nie.. Kadang-kadang sampai x menang tangan nak amik orang punya order... Tapi kira bagus gak la.. Salute gak kat ibu2 tunggal dan suri rumah yg cari duit lebih dengan buat kuih raya.. Kerepek pon di kira kuih raya gak... Laku woo jual kerepek. Tgk je mcm ehem.. Hahahahaha..



Top 2 : Tauke Ayam

Tara!! Yeah.. Sah2lah yang nie mmg laku bila nak raya.. Cuba bgtau aku menu juadah raya aper yg xder guna menatang nie.. Family maner yg x makan menatang nie tok juadah mereka di pagi raya.. Kalo ada yang x makan, mmg rugi la mereka yerk.. So, harga menatang ni pon ditentukan pasaran.. Yang peliknya, biler nak raya jer ayam mesti x der.. x kan ayam lari masuk utan kot?? Jgnlah wat citer komik.. Hehehhehehe..



Top 1 : Tauke Bisnes Kat Bazar Ramadhan

Hah, ni la juara yang menduduki carta Top 10.. Nampak je berniaga kat tepi jalan, tp unutng.. Pergh.. Susah nak ckp woo.. Kadang2 jual air je boleh untung ratus2 satu hari.. Ye la, bulan pose biler tekak kering.. ni la yg diorang cari... Dan juadah tok berbuka mmg tersedia pelbagai pilihan.. Boleh pilih jer mana yg berkenan.. Tu yg ramai orang suker ke bazar daripada ke tempat-tempat lain..




Tahniahlah kepada yang berada di tempat juara.. Ader yang ckp soh letak bisnes mercun.. Tp walaupon bisnes mercun tue mmg laku time nak raya nie.. Kita amik bisnes yang halal je la yerk dik.. Walaupon aritu aku tgk kat bazar ader org jual mercun dgn lesen menjual.. Siap tayang lagi.. Aik?? Peliknya.. Actually bukan betol pon benda nie.. Aku yang reka sendiri... Just tok beri motivation pada korang yang mana perniagaan memang satu cabang yang sangat bagus menjana pendapatan.. Patutlah Rasullullah S.A.W bersabda, "9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan"..

Selamat Hari Raya K!! Berhati-hati di jalan raya...

P/S: Balik naik kete jugak aku sem nie.. Nyesal susah payah berebut tiket hari tue..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan