DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Ramadhan,

Ketika aku menulis di blog nie, aku sedang berada dalam kelas di fakulti.. Mungkin rasanya ni last aku menulis di kawasan fakulti nie.. Ye la.. Dah last semester kan? Unless kalo ada subjek yang aku terlingkup, kene la berjumpa balik di semester hadapan.. Tp x maulah.. cukuplah dengan apa yang aku alami sekarang.. Aku nak keje pulak.. Cr experience laen pulak.. Nak meneroka dunia luar yg lebih mencabar..

Baru-baru nie aku terbaca sebuah blog iaitu Blog Realiti Konspirasi daripada Zack Zukhairi.. Apa aura yang ada kat mamat nie pun aku x tau la.. Tapi daripada bacaan aku, tulisan dia memang sangat jujur.. dan selalunya orang suker untuk menerima sesuatu yang jujur dan seadanya.. Walaupun hakikatnya orang yang suka membaca tu pon bukanlah jujur sangat.. Hahahahahahaha.. Tp seyes.. Memang terbaik komen dan pandangan dia terhadap sesuatu perkara..

Aku tertarik bila satu hari tue dia post kat dalam fan page dia di Facebook iaitu post "Semakin Tinggi Kau Naik, Semakin Sakit Kau Jatuh".. Nampak sangat tersirat maksudnya dan kali pertama aku bacer jer, aku terus kata dalam hati, "very classy!!". Sepanjang kehidupan aku di dunia fana ini selama 23 tahun, aku rasa sangat dekat dengat ayat tersebut.. Seolah-olah aku betol-betol membesar dengat ayat tersebut.. Ayat tersebut maksudnya boleh jadi subjektif.. Masing-masing boleh memberi maksud yang berlaianan.. Tapi bagi aku maksud ayat tue ialah setinggi mana kita nak mencapai impian kita, kita akan lalui pelbagai halangan dan rintangan yang kadang-kadang membuat kita serik dan berhenti dalam mencapai impian itu..



Bila aku ingat kembali ketika zaman kanak-kanak, meningkat remaja, dan seterusnya di universiti.. Susah kita nak lupakan kenangan yang dah terpahat di dalam diri.. Kalau yg manis, mungkin kita boleh terima kenangan tersebut.. Kita sebolehnya x nak lupakannya. Tapi kadang-kadang perjalanan kita acap kali diganggu dengan kenangan yang menyedihkan.. Sukar untuk melupakannya.. Tapi inilah hakikatnya.. "Pelanduk mungkin boleh lupakan jerat, tetapi jerat x mungkin melupakan pelanduk", maksudnya, orang-orang yang menganiayai kita dulu mungkin telah melupakan peristiwa tersebut tetapi kita yang teraniaya x mungkin akan melupakan peristiwa tersebut.. Peristiwa pahit yang aku kenang masih terpahat walaupun dah bertahun-tahun lamanya.. Bila dikenangkan, aku jadi sedih, marah dan berdendam.. Mungkin sekarang aku dah berbeza dari dulu.. Aku dah tak seperti dulu.. Namun, sukar untuk kita berubah.. X berubah maksudnya akan terus dihina dan dimaki atau dicerca, bila berubah pon tetap orang akan mengata.. Aku x paham.. Kadang-kadang dunia x adil pada diri..

Orang selalu kata, jangan menyalahkan takdir. Aku mencuba untuk tidak menyalahkan takdir. Mungkin tanpa sedar kita meminta apa yang kita inginkan sekarang ini.. Kita x tahu.. apa yang aku harapkan semoga aku berjaya mencapai cita-cita aku.. walaupun aku jatuh atau gagal sekalipun.. aku harap aku akan bangkit semula menuju ketempat yang paling tinggi, Sekurang-kurangnya mungkin di tempat tinggi tersebut akan ada satu destinasi yang kukuh dan tidak akan membuat kita jatuh selagi kita ingat dan sedar dimana kita berada.. Perjalanan beribu batu sekalipun tidak akan kita jejaki tanpa memulakan langkah yang pertama.. Cabaran dan rintangan adalah mainan dunia yang akan membawa kita ke arah kegagalan.. Hanya yang cekal sahaja akan berjaya sampai ke penghujungnya..



Sekian, Terima kasih..

P/S: Aku x tau kenapa aku menulis byk maksud tersirat kali nie, mungkin aku tak mahu orang-orang yang kenal aku terasa dengan kata-kata aku.. Semoga dirahmati di bulan mulia ini.. Salam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan