DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam Satu Malaysia,

Hari nie genap 53 tahun Malaysia merdeka daripada penjajahan pihak British.. Dalam tempoh tersebutlah kita mentadbir negara ini mengikut acuan kita sendiri.. Sehingga kita mampu berdiri megah dan berbangga dengan pencapaian negara apabila disenaraikan sebagai negara ke-37 terbaik di dunia dan ke-3 terbaik di Asia.

Dalam usia yang hanya separuh abad sahaja, kita membuktikan kepada dunia yang Malaysia mampu untuk berjaya jika ada usaha, visi dan misi untuk di capai. Hari ini, di bawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, negara semakin mengorak langkah tanpa perlu bertatih seperti mana 50 tahun yang lalu. Tetapi adakah segalanya mencukupi? Adakah kita berbangga dengan setakat melangkah sahaja.. Jawapannya tentu tidak.. Kita mahu berjalan dan berlari kerana ia lebih pantas dari melangkah dan bertatih..

Generasi muda memainkan peranan penting dalam menjana transformasi membawa negara mencapai Wawasan 2020 (Tun Dr. Mahathir Mohamad) berlandaskan konsep Islam Hadhari (Tun Abdullah Ahmad Badawi) hinggalah kepada perpaduan Satu Malaysia kini, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sebagai seorang yang berilmu dan berpendidikan tinggi, saya juga turut serta dalam menjayakan misi negara supaya sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kitalah pemangkin kepada kemajuan dan kesinambungan kejayaan negara masa kini.. Kita harus sedar, untuk menjadi sebuah negara maju, segala-galanya bermula dengan masyarakat atau rakyat. Apabila rakyat berjaya di bawa ke alam minda kelas pertama, segala-galanya pasti akan mudah. Tak guna jika kita mempunyai fasiliti bertaraf dunia jika kita tak mampu untuk menjaga dan menghargainya.. Bagi saya, tema kemerdekaan tahun ini sangat realistik dan ideal untuk ditujukan kepada generasi muda. Mengapa?? Sama konsepnya seperti buluh.. Jika masih rebung, senanglah untuk melentur tetapi jika sudah menjadi buluh lebih-lebih lagi buluh yang sudah tua, buatlah sedaya mana pun, kerahlah sekuat tenaga anda.. Ianya sangat sukar dilentur. Tak perlu menjana transformasi dikalangan masyarakat yang sudah berusia kerana ia tidak memberi impak yang cukup kuat. Sama halnya jika kita tidak membenarkan kanak-kanak masuk campur dalam percakapan orang dewasa kerana kebiasaannya mereka yang sudah berusia merasakan kerana mereka makan garam dahulu, maka mereka mengetahui serba-serbi apa yang berlaku dan tak perlu tunjuk ajar daripada orang yang lebih muda. Inilah kenyataannya..

Jika dibenarkan saya memberi contoh 2 orang pemimpin negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedua-dua mereka telah merasai satu perjalanan dalam mentadbir sesebuah kerajaan agar sentiasa memastikan negara berada pada tahap yang cemerlang. Pada saya, tidak ada masalah dalam pemerintahan kedua-dua pemimpin ini kerana mereka telah membuat satu corak pemerintahan yang tersendiri, berdasarkan pengalaman mereka. Kedua-duanya telah menjana satu transformasi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang gagah di mata dunia. Ada sesetengah pihak mempertikaikan cara dan corak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak seperti pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti yang saya nyatakan, kedua-duanya mempunyai corak pemerintahan yang tersendiri berdasarkan pengalaman hidup yang dilalui oleh mereka. Lihat sahaja latar belakang pendidikan kedua-dua tokoh negarawan ini. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang graduan di dalam bidang perubatan. Satu bidang yang bercirikan Sains dan Teknologi. Satu bidang yang boleh saya katakan berciri kemodenan. Justeru itu, kita boleh saksikan banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam bidang sains dan teknologi dan pembangunan serta kemajuan infransturktur. Berbeza dengan pendidikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau merupakan graduan dalam bidang pengajian Islam, satu bidang yang menitikberatkan hubungan agama dengan kehidupan dan lebih bercorak ke arah kerohanian dan kemanusiaan. Oleh itu, beliau lebih menekankan aspek modal insan dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana dengan modal insan, rakyat akan sedar akan tanggungjawabnya kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Aspek ini yang akan membawa kepada keharmonian sesebuah negara. Justeru itu, tidak hairanlah cara pemerintahan kedua-dua tokoh negarawan ini berbeza sama sekali.

Itu baru di lihat dari segi pendidikan, bagaimana pula latar belakang keluarga memberi pengaruh dalam corak pemerintahan. Tun Dr. Mahathir Mohamad dibesarkan dalam keluarga seorang pendidik. Jika diamati, tugas seorang pendidik pada zaman dahulu adalah suatu tugas yang dihormati dan ditakuti. Tidak seperti sekarang. Jika dahulu, apabila guru menyuruh menyiapkan latihan dan perlu menghantar keesokan hari, maka esok jua lah perlu dihantar. Sikap tegas seorang bapa yang merupakan seorang pendidik telah menjalar dalam jiwa Tun Dr. Mahathir. Oleh demikian, ketegasan itulah yang menjadi corak kepada pemerintahan beliau. Berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau dibesarkan di dalam sebuah keluarga ulama dan sangat mementingkan ajaran agama Islam. Sifat berhemah dan bersopan santun telah menjadi sebahagian keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin.

Ramai mempertikaikan kemampuan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam membuat keputusan kerana kebiasaannya, keputusan yang dibuat memakan masa yang lama dan tidak seperti pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan dalam masa yang singkat. Bagi saya, lihat sahaja bidang pendidikan kedua-dua pemimpin itu. Secara logiknya, tugas seorang doktor memerlukan kita membuat keputusan yang singkat kerana ia melibatkan nyawa seseorang. Oleh demikian, doktor selalunya akan membuat keputusannya sendiri berdasarkan kepada keadaan dan situasi tanpa membabitkan campur tangan daripada orang lain. Itulah seorang doktor!! Berbeza dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dibesarkan dalam jiwa keislaman dan sebagai seorang yang beragama Islam juga, kita telah diajar untuk membuat keputusan dengan memberi pendapat antara satu sama lain (Musyawarrah). Oleh yang demikian, keputusan yang di buat juga memakan masa yang agak lama. Jadinya, tidak ada sebarang masalah juga dalam corak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jika kita melihat pula kepada perkara-perkara lain, ada juga yang turut mengecam pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan selalu "tidur" dalam majlis-majlis penting. Ianya mungkin modal yang paling kerap dan selalu digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam mengecam pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.. Tetapi jika kita membuka semula sejarah lama, membaca sirah-sirah Islam.. Imam Syafie' adalah insan yang selalu tidur di dalam kelas. Tetapi ketika di tanya soalan, beliau selalu dapat menjawabnya dengan sangat baik.. Oleh demikian, kita harus sedar, kadang-kadang kita menutup satu anggota pancaindera, tidak bermakna pancaindera lain tidak berfungsi.. Walaupun mata tertutup, masih ada telinga untuk mendengar..

Apa kaitan cerita kedua-dua tokoh negarawan terulung ini dengan menjana transformasi dikalangan remaja?? Jawapannya mudah sahaja.. Segala yang hendak dilakukan haruslah berpaksikan kepada pendirian diri yang teguh.. Kita dilahirkan ke dunia dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan.. Kaji kelebihan dan kekurangan kita.. Jadikan ia sebagai satu kekuatan dalam diri kita untuk kita mencorak perubahan yang kita mahukan dalam diri kita.. Itulah transformasi yang perlu kita laksanakan kini. Umpama cerita Transformer, untuk kelihatan lebih kuat dan bertenaga, ia bertukar menjadi robot.. Jadinya, tidak ada bezanya.. Kita juga perlu berubah menjadi kuat dan bertenaga..

Sekian, terima kasih..

(P/S: ayat di atas aku cipta dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan.. Bersempena bulan kemerdekaan.. Semoga yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. Terima kasih untuk yang membaca.. Maaf jika ada kesalahan dan kesilapan kerana ia ditulis berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang remaja)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan