DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial

Salam Satu Malaysia,

Hari ni Ahad.. Seperti kebiasaannya akan ada satu perasaan boring dan tersangat lemah dalam diri ni coz esok nak kene gi kelas... Rasanya ramai orang merungut bila tiba hari Isnin nie.. Tapi nak buat camaner kan?? Dah tanggungjawab kita.. Harus laksanakan jua..

Satu kisah paling tragis dalam hidup aku skrg nie bila aku kehilangan Facebook aku.. Segala-galanya berlaku pada hari Jumaat kira-kira jam 4.30 petang.. Ntah kenapa satu perkara paling tidak menyeronokkan apabila Facebook aku dilumpuhkan tanpa meninggalkan sebarang wasiat kepada aku.. Sedeykan??

Mungkin ada sebilangan orang mengatakan apa pentingnya Facebook dalam kehidupan??... dan mengapa nak menangisi kehilangan Facebook?? Buat baru sudah!! Sebenarnya dalam situasi aku, ia merupakan satu kehilangan yang sangat besar.. Aku masih ingat sewaktu aku mula-mula membuat Facebook.. Masa tu, orang x byk citer pasal Facebook lagi (masih belum popular la tue..) dan aku buat pon coz ader member aku yang suruh buat.. Ala.. buat je la..

Lama-lama aku mula nampak apa yang Facebook boleh lakukan untuk ubah kehidupan aku.. Ramai yang x tau.. Dengan bantuan Facebook jugaklah aku dapat menjana beribu-ribu ringgit melalui beberapa perniagaan online yang aku jalankan di Internet.. Sebelum nie, aku cuma mempromosi di laman-laman pengiklanan dan blog tp aku tetap merasakan Facebook still tempat terbaik aku mencari rezeki.. Kenapa?? Jawapan aku simple je.. Coz Facebook tempat di mana semua orang berkumpul.. Nowadays, sumer org ada Facebook.. Daripada ahli politik, usahawan, doktor, tukang masak, pelajar universiti, suri rumah sampailah ke pekerja kilang pun ada Facebook.. Jadinya, pasaran di Facebook sangat besar..

Aku bagi contoh, seorang jurujual yang nak menjual barangan.. Untuk melariskan jualan mereka, ke tempat mana dia harus menjual dan mencari pelanggan? Aku bagi 2 pilihan jawapan.. Ke rumah-rumah atau ke pasar malam/pusat beli-belah?? Pastinya ke pasar malam atau di pusat bli belah kerana pasaran di sana lebih besar dan menjimatkan masa.. Sama juga halnya dengan Facebook...

Jadi kenapa aku begitu sedih apabila Facebook aku dilumpuhkan?? Disini aku bagi beberapa sebab kenapa aku sayang dengan Facebook lama aku..

1. Jumlah rakan dalam Facebook aku dah melebihi 1000 orang.. Agak sukar sebenarnya nak mendapatkan jumlah tersebut kerana aku bukanlah jenis orang yang suka add orang lain kecuali aku mengenali orang tersebut.. Sebahagian rakan di dalam list aku itu adalah terdiri daripada prospek-prospek bisnes dan kebanyakan daripada mereka juga yang add aku.. Aku amat menghargainya..

2. Dengan kehilangan Facebook lama aku, aku kehilangan juga lebih 100 group bisnes di dalam Facebook yang aku gunakan untuk menjalankan perniagaan.. Sukar sebenarnya untuk mencari kembali laman group terbabit.. Ya.. Perlukan masa dan aku BENCI dengan masa kerana masa selalu cemburu dengan aku..

3. Ramai kawan-kawan aku juga "hilang" dari Facebook.. Kalau kawan yang dah biasa dan selalu bolehlah jumpa dan add kembali tapi kalau kawan-kawan zaman persekolahan dulu.. Argghhh.. Aku tau, diorang mungkin x tau yang Facebook lama aku dah disabled.. Jadinya, diorang xkan add aku untuk Facebook nie.. Nak x nak, aku kene add satu persatu dan aku bengang untuk melakukannya!!

4. Aku hilang semua gambar-gambar kenangan.. Dahlah sekarang nie aku cuma ada Facebook dan Twitter saja.. Laman lain seperti Friendster, Myspace dan Tagged dah x aktif dan aku delete.. Dekat twitter aku x ada apa2 coz aku baru je buat.. Fail gambar aku kat dalam komputer pon dah x ada.. Hilang dah semua sama ilangnya apabila komputer aku rosak.. Aku ingatkan Facebook penyelamat aku.. Tapi rupanya tidak.. Gambar-gambar kenangan aku hilang begitu sahaja.. Isk.. Isk..

Dan aku rasa banyak lagi cerita berkenaan Facebook lama tue.. Dan susah aku nak terangkan.. Aku dah pun buat Facebook baru.. So far, baru 2 hari buat.. list fren dah nak cecah 200 orang.. Tapi benda sukar sekarang nie aku nak bina balik "empayar" aku macam dulu.. Susahlah nak wat bisnes macam ni karang..

Apapon.. Aku mmg bukan sorang yg mudah mengalah.. Hidup perlu diteruskan dan Insya-Allah, satu hari nanti, aku akan berjaya...

Ahad, 22/08/2010 (10:02P.M)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan