DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Salam semuanya.. Pada pagi yang sangat sunyi nak menunggu waktu bersahur nie.. benda paling wajib untuk dilakukan apalagi kalau x menghadap depan laptop nie.. Bila aku tgk Facebook, aku asik je nak tgk satu video nie.. Hahahahahha.. Lebih doblas kali aku dgr rakaman perbualan ni dan lebih doblas kali jugaklah aku ketawa terbahak-bahak dgr kisah nie..

Kisah berkenaan si lelaki iaitu seorang mat penjual berger ni menghantar SMS kepada sebuah deejay radio menyatakan luahan hatinya.. Melihat kesedihan cerita si mat berger ni, deejay tu pun menghubungi si lelaki ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tunangnya yang nak putuskan hubungan kerana mengejar lelaki lain.. So, deejay ni pon call lah si minah yang mana tunang kepada si mat beger nie.. Mulalah aksi panas antara mereka nie dan lebih panaassss lagi bila membabitkan deejay radio nie sekali...

Kisahnya, si minah ni nak putuskan hubungan dengan tunangnya iaitu mat berger ni kerana si minah nie x sanggup nak hidup bersuamikan si mat penjual berger kerana dikhuatiri x dapat menyenangkan kehidupannya satu hari kelak.. Kalau saper pernah terdengar kisah mereka berdua nie.. Hahahahaha.. Memang teruji kesabaran lagi2 pihak romeo.. tercabar teruna bila dengar kata-kata cerca seorang minah yang ala-ala materialistik (sebenarnya bukan ala-ala lagi, dah memang pun..) kerana sanggup mencari lelaki yg kaya yang sanggup memenuhi keinginan dia.. Hai, x paham jugak la aku.. Ada jugak minah materialistik yang advance mcm gini.. Dah bertunang pulak tue..

Si mat berger pulak, aku mula simpati jugak dengan mat sorang nie.. yelah.. Gara-gara dia seorang penjual berger, sanggup awek dia lari tinggalkan dia.. Pasti lepas ni persatuan penjual berger Malaysia bangkit menindas kenyataan minah nie.. Hai, dunia dah nak kiamat kot.. Mcm aku ckp td.. Deejay pon dah naek panassss dengan statement si minah nie.. Deejay yg jugak lelaki ni apa lagi, Kasik satu dass kat si minah nie.. Aku paling suka statement si deejay nie antaranya, "ni perempuan yang tak elok nie", hahahahahahahha.. tp si minah materialistik ni selamba giler kutuk si deejay ni antaranya, "setakat jadi deejay radio, belum tentu lagi kaya!!"

Aku perasan gak si deejay ni terkedu sekejap dengan si minah nie.. Hai, aku pon tercengang jugak dengan statement berapi minah nie.. Kalau aku jumper minah nie kat Facebook, memang siaplah si minah nie kena.. Erm.. Susah betol dipercayai ada lagi minah materialistik sekarang nie.. Tapi paling x boleh blah bila si mat berger nie cakap die dah beli lori.. Hahahahahahaha.. Berdekah aku ketawa!! Siap aku terus pegang bantal pelok aku dan gigit!!! Aku ketawa bukan sebab mat berger ni beli lori.. Tapi statement daripada si minah nie yang antaranya berbunyi, "I x nak lori ke, van ke, I nak kereta ok!!"

Hai, dalam hati aku.. Minah nie mungkin SPM failed kot!! Opps.. Kenapa aku cakap macam tue?? Yelah.. Kalau aku, bek amik lori daripada kereta.. Harga lori dengan kereta kancil, mana lebih mahal?? Apalah minah nie.. Daripada tutur silang kata minah ni pon aku dah tau.. Di nie bukan jenis perempuan baik pon.. Oppss... Sorry to say la kan, kadang-kadang lelaki nie amat pentingkan kecantikan dalaman daripada luaran cik adik oii.. Renung-renugkanlah yerk!!

Sebenarnya ada kisah menarik yang aku dapat dalam kisah mereka nie.. Aku nie mcm nie la.. Bila x der keje.. Saja cari kejer.. Bila aku fikir-fikir balik.. Jadi penjual berger bukan ker lebih bagus daripada keje kerani?? Keje ikut waktu sendiri.. Keje beberapa jam jer.. Pendapatan harian pulak tue.. Kalau ikut gaya, silap2 kalah orang yang keje eksekutif kat bank.. Income sebulan.. Nie pon based pada experience aku jugaklah.. X payah jauh2.. Kat kampung aku jer.. Si mat jual berger nie mmg x menang tangan amik order.. Kadang2 yang datang mintak sampai 7, 8, 9 berger sekaligus!! Cuber org yang cerdik pandai tu kira keuntungan si mat berger kat kampung aku..

Andai kata si mat berger kampung aku dapat jual sehari 15 berger benjo (RM1.20 satu), 40 berger daging & ayam (RM1.60 satu), 25 berger special (RM2.50 satu).. Katalah modal dia RM80 sehari.. Jom tgk berapa keuntungan bersih yang dia dapat:-

RM1.20 x 15 = RM18
RM1.60 x 40 = RM64
RM2.50 x 25 = RM62.50

Jumlah Kesemuanya = RM144.50 - RM80

Untung Bersih = RM64.50 Satu Malam!!

Sebulan boleh dapat RM1935.. Itu baru aku cerita kisah mat berger kat kampung aku.. Belum aku cerite kisah mat berger yang jual kat bandar2.. Lumayankan?? Kalah org yg ada ijazah..

Apa yang pasti, aku memang penyokong mereka yang berniaga sendiri nie.. Coz aku pun sedang berniaga sendiri jugak.. Dan tak ada hinanya apabila menjual berger sebab kita adalah boss!! Kita boleh buat apa yang kita nak buat.. Lagi hina sebenarnya apabila jadi lelaki yang masih menumpang harta mak bapak walaupun dah umur lebih 30 tahun.. Oppsss!! Sori k!! Saper2 yang terasa tue cepat2 la tersedar..

Perihal si minah gadis nie, alahai.. Maaf cakap la yerk.. Kalau materialistik macam tue, gamaknya satu hari nanti orang pon dah naik menyampah dah.. Sedar2lah yerk..

Tetibe pagi2 buta nie aku teringat kat awek aku.. Nak kol dah tido rasanya.. Kol 2.59 pagi!! Hurm.. Rasanya dah lama aku x berbual dan ber"SMS" dengan dia.. Bila lihat kisah macam nie.. Terkenang kat awek sendirik.. Tapi nasib baik la dia tak macam tue.. Hadiah besday pon x penah mintak.. Yang aku pon satu.. Nak belikan dia patung Pooh x beli2 lagi... Rasanya dah masuk 4 tahun dah nie.. Hahahahaha.. Ape punya boypren la.. Hahahahahha.. Tapi seyes beb!! Dia memang jenis perempuan yang cukup sempurna pada pandangan aku.. Tak pernah meminta lebih.. Aku pun bukan hensem sangat pun!! (terpaksa mengaku)..

Aku pun x ingat bila kali terakhir aku SMS awek aku nie.. Last aku ingat kol dia 2 minggu lepas dalam lebih setengah jam!! Tu pun mungkin sebab rindu giler.. Pastu dah senyap.. Kat Facebook pun jarang berbual.. Senyap jerk.. Dia nie ok ker?? Tag apepon xder respon.. Hurm.. Kene call jugak la.. Perghh.. Tetiba nak citer pasal awek sendirik.. Ape kes?? Ni mesti terkesima lagi dengan minah materialistik tue.. Hahahahaa.. Yelah.. Langsung berbeza dengan perangai awek aku nie.. Lama x jumper awek aku nie.. Dah macam jauh je nak jumpa... Kadang2 setahun sekali baru jumpa.. Tu pun hari raya.. Aiyak?? Percintaan apakah ini?? Tp nak buat cmaner.. Kitorang tetap pasangan kekasih..

Tahun nie dia dan family dia dah pindah.. Agak jauh jugaklah.. Coz ayah dia dah start pencen.. Beli rumah baru.. Sebut pasal raya, aku tak boleh lupakan kisah raya tahun lepas dan raya 2 tahun lepas... Cerita kisah 2 tahun lepas la dulu.. Masa tu aku dan member kamceng kampungku si Fazli pergi beraya rumahnya.. tu la 1st time aku beraya kat rumah dia.. Sampai je kat rumah dia bapak dia ada.. Alamak, 1st time tgk muka ayah mertua.. hehhehehe.. Garangla pulak.. Ayah awek aku keje polis.. Mak dia pulak cikgu GPK HEM.. Pasti korang boleh rasa bagaimana dia dibesarkan kan??

Berbalik kisah raya td, sampai je.. kitorang disapa bapaknya.. Lalu masuklah ke dalam rumah awek aku.. Bapak die layan kitorang berdua.. Alamak.. Susah2.. Aku mmg pemalu orangnya.. Akhirnya, member aku si Fazli ni yang layan bapak mertua aku manakala aku pulak tersipu-sipu memandang awek aku... Tetibe aku boleh pulak sempat berbisik kat awek aku tue.. Hahahahahaha.. Balik jer, masa dalam kereta.. awek aku pon mulalah SMS.. Masih teringat petikan dari SMS tu yang berbunyi, "mak dengan ayah kata awak dengan Fazli sopan jer.. nampak baik".. Hahahhaha. Ketawa berdekah-dekah aku dengan si Fazli time nak balik..

Hui.. Letih la pulak... Kalau ada masa aku citer pulak tentang kisah beraya rumah dia di lain kali.. Aku nak bersahur dulu.. Owh.. sebelum terlupa.. pasal mat berger ngan minah materialistik tue.. tolong renung-renungkanlah yerk.. kita jumpa lagi lain kali.. Bye..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan