DON DIARIES

Inilah Kisah Hidupku!!!

Advertorial


Kalo semalam aku penat asik nak merungut je kejenya.. Biarlah hari nie aku cari duit lebih untuk hari raya nie.. ok jugak.. X la aku rasa cam x berduit jer.. yang penting aku usaha mencari sumber pendapatan yang halal melalui perniagaan online nie..

Aku memang banyak bisnes online.. Ada lebih 100 buah perniagaan.. Aku pon dah x tau mana satu aku nak promosikan dah.. Pendek kata macam2 ada.. Tapi hari nie aku nak citer pasal satu jenis perniagaan yang direka untuk pembelajaran online untuk pelajar-pelajar sekolah nie.. Sekarang nie budak-budak untung.. Semua dah sedia ada dalam internet nie.. Mudah sangat.. Time aku dulu mana ada macam nie sumer.. Kene usaha sendiri nak berjaya sampai masuk Universiti.. Kalau mcm ni pon diorang x nak ambil peluang.. susahlah nak ckp kan.. Mesti korang pernah dengar pasal SCORE A PROGRAMME!! Betul x??

Apa istimewanya program nie sampai aku pon terbawak-bawak nak join program nie?? Kalau diikutkan prospek untuk perniagaan nie adalah mak bapak budak-budak sekolah.. Kalau ada link dengan ramai org yang byk anak lagi bagus..

Aku join program nie ada byk sebab.. Antaranya:-

1. Aku memang skeptik dengan program yang kata ianya terbaik. Apa buktinya? Aku mencari-mencari dan terjumpa sesuatu yang menarik. Berdasarkan kajian dibuat selama tiga tahun, 93% daripada pelajar-pelajar UPSR dan PMR yang menggunakan Score A programme ini berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan. Macam mustahil... macam mana boleh macam ni? Ingatkan ramai orang dapat markah "biasa-biasa" sahaja dalam peperiksaan ni? Setelah kajian dibuat, aku perasan bahawa ianya berdasarkan output learning di mana anak korang akan mempelajari daripada nota-nota yang diberi dan diberi latihan secukupnya. Lagi banyak latihan, lagi tinggi kefahamannya tentang sesuatu topik.

2. Program ni mmg dah popular dah.. So, bila mak bapak dengar pasal Score A nie, x la die berkerut dahi, "Menatang apa Score A tue??" So, senang sket nak buat promotion mcm tue..

3. Ada byk ciri-ciri menarik dalam Score A nie.. Antaranya erm..,

- eTopic

Di sini anak korang akan diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)

- eNational Trial Exam

Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

- eTrial Exam

Modul ini dicipta untuk memastikan anak korang seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. Kalo anak korang tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak korang tidak lagi boleh menjawabnya. Dengan ini diorang akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan. Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak korang yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung kepada tahap belajar diorang.

- eAssessment

Berbanding dengan cara tradisional di mana anak korang terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak korang belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy. Bebudak kan sukakan permainan.. Kemudian, jika diorang dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, diorang akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya. Dan kalau diorang sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, diorang sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar diorang tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut! Soalannya juga dipilih rawak jadi diorang takkan rasa bosan membuatnya walaupun diorang masih lagi pada tahap yang sama. Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.

- ePast Year Exam

Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.

- eProgress (khas untuk ibu bapa)

Seperti yang korang tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Korang juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak korang bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan korang mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

- eNotes

Anak korang juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak korang untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).

- eDictionary

Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. So, Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan. Korang pon mesti boring time sekolah dulu nak bukak kamus kan?? Jadi, mana nak tumpahnya bakat korang tu kalo x kat anak-anak korang kan??

- Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa

Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak korang menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit korang (kalau korang nak, korang boleh juga melihatnya di Internet). Ini memudahkan korang memeriksa prestasi akademik anak dan membantu korang mengetahui kekuatan dan kelemahan anak korang. Walaupun korang di pejabat, korang masih lagi boleh memantau anak korang (jadi korang akan tahu dia tak merayap sana sini masa korang tidak ada di rumah!)

Jika korang mahu, korang boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", korang akan mengetahui masalah dihadapi anak korang dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).

- Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia

Nak tahu performance anak korang berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Korang boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini korang akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek. Jika anak korang tersenarai di sini, kemungkinan besar diorang akan berjaya dalam exam sebenar nanti. Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak korang kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari. Betul x?? So, kalo anak korang dapat no 1 dalam top 100, korang pon mesti bangga gak kan??

Jadinya, byk kebaikan yang akan korang dapat daripada Score A nie berbanding dengan dengan program-program lain.. Harga pon lagi murah jika nak bandingkan korang hantar anak korang tue ke pusat-pusat tusyen.. Satu subjek dah berapa kan??

Dan kalo korang order nak langgan Score A daripada link kat bawah nie, korang turut akan dapat hadiah percuma tau!! Score A nie dah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Pakar-Pakar Motivasi, Pengetua dan ramai lagi ahli akademik lainnya.. Jadi, jika korang rasa nak beri pendidikan yang baik kat anak-anak korang mahal, cuba bayangkan bagaimana anak-anak korang nanti nak bersaing dengan anak-anak org lain.. Pendidikan sekarang x sama dengan 50 tahun lepas.. Budak 10 tahun pon dah boleh jadi cikgu.. Sekarang?? Erm.. paham-pahamlah yerk..

So, saper2 nak order atau beli Score A Programme nie untuk anak-anak korang, bolehlah beli online di sini http://www.tuisyen2u.com/index.php?ref=ramdan87

Oklah, kalo ader bisnes lain aku akan bagitau kemudian..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Top Sponsor

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Pengikut

Don Dale

Reka Lencana Anda

Mengenai Saya

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Anak jati negeri Johor yang kini bekerja dalam bidang perbankan di Petaling Jaya, Selangor.. "Think BIG" adalah kegemaran saya.

Blog Counter

Diriku Ini

1. Suka Ketawa (Gaya Ketawa yang Pelik)
2. Moody
3. Kalau Tak Cukup Tidur, Mata Akan Jadi Merah
4. Rabun Dah...
5. Gila Music
6. Friendly (Pada Orang Yg Tertentu)
7. Romantik (Ikut Ramalan)
8. Tak Suka Bising Sangat
9. Suka Menulis
10. Suka Masak dan Makan...

Senarai Iklan